Bulan November 2012 merupakan satu bulan yang mencabar buat aku kerana terpaksa menjadi weekend husband. Isteri aku berpantang di Ipoh jadi hampir setiap minggu aku akan cuba untuk balik Ipoh. Kebetulan pulak bulan November la pulak banyak meeting di pejabat pada waktu weekend. Sangat mengecewakan bila aku baru-baru ni dapat tahu yang segala usaha penat lelah datang weekend untuk projek bernilai jutaan ringgit tu akhirnya terbantut disebabkan masalah oleh jabatan lain. Apa pun, rekod aku pergi balik Ipoh paling singkat pernah aku buat pada hari Sabtu 24/11/2012, naik bas jam 4 petang sampai Ipoh jam 7 petang, tidur satu malam, pagi esoknya 7 pagi dah naik bas semula dan terus masuk ke mesyuarat jam 10.30am.
Hampir kesemua bas ke Ipoh yang aku naik adalah Bas Transnasional, kebetulan pulak hari 8/12/2012 tu ada pulak meeting projek pada sebelah pagi, terpaksa tunda nak balik Ipoh hari jumaat kepada hari Sabtu 8/12/2012. Minggu tu minggu terakhir sebelum aku membawa pulang isteriku dan anak aku ke KL (kereta tinggal kat Ipoh). Aku pun berusaha la naik Komuter daripada rumah aku turun kat Salak Selatan (Naik Komuter ni tersangat la menguji kesabaran, keluar rumah jam 7.45am sampai Bandar Tasik Permaisuri jam 10am), jalan kaki dari stesen Komuter ke ofis aku sejauh 1.7km. Habis jer mesyuarat jam 1.00pm, makan nasi dulu lepas tu jalan kaki ke stesen LRT pulak untuk kejar bas ekspres Transnasional jam 3.30pm (Sebenarnya beli tiket jam 4.30pm tapi tukar kat kaunter ambik yang awal sedikit). Bila masuk dalam bas, ahhhh..lega betul. Terus tido. Sekali tu...
Bas berhenti tepi lebuh raya |
Semua orang nak turun pergi mana ni? |
Bas Transnasional Tersadai |
Berjalan menuju ke bas gantian |
Bas SKS KL ni rupanya adik beradik Transnasional bawah syarikat KTB |
Selamat tinggal bas gantian |
Pakcik tu tengah baca Muqaddam..respek betul.. |
Aku pulak berposing di tepi highway |
Nampak tak pemandu bas belakang aku tu? |
0 komen