Update Pertama JayHemSem Untuk Tahun 2013

Sedar tak sedar, dah 7 bulan rupanya aku tak update blog aku ni. Bila malas dah melanda, memang ianya akan berterusan melanda. Padahal bukannya takde masa nak tulis blog ni tapi tabiat lain yang menjadi pilihan. Apa pun, aku cuba meng'update' apa yang telah berlaku sepanjang 7 bulan yang lalu bermula dengan Januari 2013. Terima kasih kepada Rohani dan Bujal kerana membuat request kepada aku untuk update blog ni kalau tak memang aku malas sebenarnya nak update..haha..

Macam biasa, aku suka letak gambar jer sebab aku memang kalau pergi mana-mana, aku kebiasaannya akan snap gambar. Dalam phone aku jer sekarang ni nombor siri dia dah DSC_8202 bermaksud aku telah pun snap sebanyak 8200 gambar guna kamerafon Xperia Mini aku sejak aku beli pada tahun 2011. Tak semua la 8000 gambar aku tu ada dalam fon, 7000 daripadanya aku dah transfer ke hard disk back up dah pun. Okaylah, pada bulan Januari 2013:

6 Jan 2013: Mencuba YB Burger di Seksyen 7 Shah Alam
Burger YB ni memang sedap tapi seketul 500g harga dia RM10. Kalau zaman student dulu bagi aku memang mahal la. Tapi sekarang ni asalkan benda tu sedap nak makan, beli jer..chewah..tapi kadang-kadang tu budget la jugak. Hari-hari nak makan Kenny Rogers memang terkoyak la dompet.

8 Januari 2013: Sesi interview kerja di 3F Resources
Syarikat 3F Resources ni aku pernah contact waktu zaman aku kerja di Seri Kembangan. Tak sangka pulak aku boleh terpergi ke interview ni. Job agensi (headhunter) punya pasal la ni. Aku dah ada kerja dah pun, bukannya takde tapi saja jer gatal nak pergi tengok tempat orang. Time interview rupanya dia nak cari salesman, aku pernah cuba nak jadi salesman ni tapi macam tak boleh pergi la. Berdasarkan pengalaman aku, aku rasa aku lebih sesuai jadi penyokong/pembantu salesman jer. Jadinya, memang tak pernah dengar balik la daripada kampeni yang aku pergi interview ni.

11 Januari 2013: Krisis air melanda Cheras dan kawasan sekitarnya
Kat ofis aku air masih ada lagi sebab ada tangki kat atas. Dalam ofis aku ada berapa orang jer pun, setakat buang air kecik dengan basuh tangan sikit-sikit takde luak pun air dalam tangki tu. Aku mulanya ingat air kat masjid berdekatan ofis aku ni ada air, rupanya takde. Terpaksa beratur kat lori tangki air ni nak ambik air sembahyang nak sembahyang Jumaat. Punya la panjang queue dia. Waktu aku sampai tu dah khutbah dah pun, kalau aku beratur jugak aku rasa orang dah habis sembahyang Jumaat pun aku masih lagi beratur. Jadinya aku patah balik ke ofis nak ambik air sembahyang, sembahyang Zohor jer lah.

13 Januari 2013: Menjejakkan kaki ke Felda Ulu Belitong
Kawan isteri aku di ofisnya kahwin, memang dah plan awal dah pun nak datang kendurinya. Siap duduk homestay lagi kat sini. Jadinya sampai la ke sini. Aku guna Maxis jadinya kat sana takde internetnya, ada cuma GPRS jer. WiFi kat Kg Tanpa Wayar 1 Malaysia ni pulak kena ada login dengan password. Kena mintak kat pejabat Ketua Kampung ke camtu, memang takleh nak online la walaupun ada WiFi. Cuma WiFi ni 2MBps jer speed dia bagi. Percuma la konon kan?

17 Januari 2013: Business retreat di Avillion PD
Syarikat aku kerja sekarang ni setiap 3 bulan mesti buat retreat. Memang kaya kan? Tak pasal-pasal department aku kena datang jugak ke sesi ni. Memang best Avillion PD ni, kalau aku nak datang sendiri memang tak dapek la, 1 malam jer rate dia berapa ratus. Best tu best jugak, kerja kena jalan jugak, pukul 3 pagi baru tidur menyiapkan presentation slide. Tak boleh lupa la keempukkan bantal dan katil dia..Perghhh...

19 Januari 2013: Berkunjung ke Mother and Baby Expo PWTC
Orang dah ada anak ni memang kena mencari barang-barang baby yang murah-murah. Kat Expo ni kadang-kadang boleh la dapat barang-barang murah sikit. Tak semua barang murah pun tapi bolehlah.

26 Januari 2013: Ceramah Jihad Bisnes oleh Ustaz Haslin Bollywood, Duta Produk Qaseh Ana Edar
Memang lama betul aku tak dengar ceramah-ceramah agama ni. Memang best Ustaz Bollywood ni, memang kelakar lawak-lawak yang dia buat. Tak sangka pulak aku Ustaz ni kerja kat Puncak Niaga sebagai pegawai khas kepada bos Puncak Niaga. Cuma ceramah dia ni agak panjang sampai terlebih waktu makan dah. Komen aku, kalau dia boleh set timing tu ngam-ngam time kemuncak apa yang dia nak sampaikan dalam ceramah tu, mesti lagi best.

27 Januari 2013: Mencuba Burger Bakar Selayang di Rawang
Burger bakar BBS ni terletak di tepi jalan utama Rawang sebelum sampai Bandar Rawang. Rasanya okay la jugak. Kalau dah lapar tu apa saja boleh hentam kan? Hehe..

28 Januari 2013: Menghantar Nexus 7 ke pusat servis ASUS di Plaza Low Yatt

28 Januari 2013: Menghantar Nexus 7 ke pusat servis ASUS di Plaza Low Yatt
Nexus 7 versi 3G ni aku beli bulan Disember 2012. Tak sampai 2 bulan pakai tiba-tiba speaker dia macam bunyi pecah lepas tu terus tak keluar sound dah. Mujur beli barang branded dan ada waranti, free of charge ganti speaker tu. Tak sampai seminggu dah siap. Memang puas hati aku guna Nexus 7 ni, nyesal dulu aku pernah beli tablet China harga RM200 tapi aku guna tak sampai sehari sebab aku tak puas hati. Nexus 7 ni aku guna sebagai replacement laptop, antara salah satu sebab la kenapa aku malas nak update blog. Nak menaip guna touch screen ni leceh sikit.

29 Januari 2013: Tender briefing di KPKT Putrajaya
29 Januari 2013: Tender briefing di KPKT Putrajaya
Sepanjang aku bekerja di Cheras, aku dah tak ingat berapa banyak tender briefing aku pergi. Senang citer, boleh kata setiap bulan mesti ada. Bayangkan tahun lepas aje, lebih 20 tender yang syarikat aku masuk. Tapi yang tak bestnya, dapat 2 jer. Apa pun, syarikat buat keputusan untuk melepaskan tender ni jadinya aku pergi ni cuma sebagai nak dapatkan info jer lah. Tapi aku suka pergi tender briefing/site visit ni, banyak benda-benda baru yang aku boleh belajar dan tengok.

Begitulah serba sedikit rentetan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku pada Januari 2013. Harap anda semua terhibur.

You Might Also Like

4 komen

  1. oitttt pergi china taraaaa ka?

    ReplyDelete
  2. Rileks dulu..itu citer bulan April..lambat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakaka ooo ni br januari eh.cekodok ko...raya punya lagi lambat la nanti

      Delete