Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang menarik tapi tak kisah la kan? Pada bulan Oktober yang lalu, sedar tak sedar dah setahun 6 bulan dah aku menggunakan kereta Proton Wira ni. Setakat ni memang kereta ni belum pernah lagi mengalami kerosakan yang menyebabkan tersadai di tepi jalan raya. Cumanya aku risau sebab tayar yang aku gunakan, walaupun nampak dari mata kasar bunga tebal lagi dan nampak okay, tapi sebenarnya tayar kereta aku ni dah ada bengkak sikit. Lepas tu, tayar ni pulak dikeluarkan tahun 2007 kalau ikutkan kod pada tayar. 2007? Tu dah 5 tahun dah. Tayar sepatutnya boleh guna antara 2-4 tahun jer. Aku ingat lagi tayar kereta Proton Iswara aku waktu aku jual dulu aku beli baru empat-empat tayar waktu tahun pertama aku guna dan bertahan sampai ke hari aku jual.
Tujuan sebenarnya nak ganti tayar baru ni sebab nak balik kampung Hari Raya Aidiladha ke Kedah. Mak aku nak balik sana sebab Hari Raya Aidilfitri hari tu dia tak dapat balik sana.Apa pun, sememangnya tayar ni kena ganti dah pun untuk langkah-langkah keselamatan. Aku memang guna tayar standard jer sebab aku tak berapa minat nak berbelanja lebih tukar sport rim lepas tu tayar sport rim low profile tu semua mesti la lagi mahal daripada spec standard.
Tayar Goodyear lama keluaran tahun 2007 |
Kereta aku masuk workshop |
Brek lining pulak ada sedikit makan dalam..tapi tak repair pun, janji boleh guna lagi |
Nat support arm punya getah dah keras, ganti 2 ketul RM80 |
Tayar baru Falken 175/70R13 dah pasang siap kasi wax kilat lagi |
Rasa syok dapat kasut kereta baru ni..huhu.. |
Dah tukar tayar, mesti kasi alignment sekali |
Alignment tayar sedang dibuat |
4 komen
kdi ni ktner...leh guna kad kredit x
ReplyDeleteKedai ni kat Bandar Tasik Permaisuri, boleh je guna kad kredit.
DeleteApa nama kedai ingat tak? saya nak kena tukar tayar tapi low baget skrg ni..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete