2 hari selepas kelahiran anak aku, aku dan isteri masih belum dapat nama yang sesuai untuk anak aku yang baru lahir hari tu. Akhir pada hari ke-3, aku dan isteri aku telah pun mendapat kata putus untuk memberikan nama. Memandangkan aku dapat cuti ihsan daripada syarikat tempat aku kerja minggu tu, aku terus nak setelkan daftar nama anak aku di Jabatan Pendaftaran Negara. Kalau ikutkan JPN bagi masa 2 minggu kalau tak nak bayar denda pendaftaran lewat. Kalau tak salah aku RM1 sehari selepas hari ke-14 selepas kelahiran denda JPN.
Ditemani oleh bapa mertua aku, aku pun pergi la drive ke JPN tempat aku buat IC baru aku waktu aku tukar alamat IC aku di Maju Junction. Malangnya bila sampai sana, ofis JPN kat Maju Junction dah tutup. Dah la takde sebarang notis pun diletakkan kat bekas ofis JPN yang dah kosong tu. Aku tanya kat ada sorang mamat jaga mesin bayar parking kat Maju Junction tu, dia kata JPN dah lama dah pindah tapi dia pun tak tahu ke mana diorang pindah. Katanya dah setahun lebih. Terpaksa aku mintak tolong kat isteri aku untuk cari kat mana tempat baru JPN KL pindah. Jumpa je alamat, aku terus gerak ke tempat tu. Mujur jumpa jugak.
Lokasi baru JPN KL adalah di Jalan Duta berhadapan dengan Solaris Dutamas. Parking free dan banyak tempat baru ni so okaylah.
Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta |
Bahagian Kelahiran Kematian dan Anak Angkat JPN WP KL |
Waktu urusan di JPN WP KL: Isnin - Jumaat : 7.30am - 5.30pm Sabtu - Ahad : 8.00am - 1.00pm |
Kaunter JPN Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat |
Borang Pengesahan Kelahiran |
0 komen