Parenthood Expo 2012 vs IBEX 2012

Pada bulan Puasa yang lalu, terdapat 2 event yang menarik bagi aku dan isteri aku. Memandangkan kandungan bayi isteri aku dah menjangkau 8 bulan pada ketika itu, persiapan untuk menyambut kelahiran bayi nak ke tak nak dah nak kena buat la, bila lagi pulak kan? Modal aku tak banyak pun, tapi kena sediakan jugaklah walau macam mana pun.

Parenthood Expo 2012 - 28/7/2012 (Mid Valley Exhibition Centre)

Pintu masuk 

Kaunter pendaftaran

BabyLove booth

Stroler mahal

Acara pentas

Baju baby

Lampin baby

Jenama BeBe

Puting jenama NUK

Suasana keramaian
Pros:

  • Banyak booth, banyak jenama, banyak barang dan banyak pilihan
  • Kalau pandai, boleh kutip banyak sample ataupun beg kertas/plastik free
Cons:
  • Ramai sangat orangnya
  • Tempat macam sempit la..kalau dah sarat mengandung lagi susah nak menyelit
  • Setelah survey di tempat lain, lebih kurang jer pun harganya
  • Faham-faham jer la kalau parking kat MidValley hari minggu..pack giler..


International Baby Expo 2012 (IBEX 2012) - 11/8/2012 (KLCC Convention Centre)

Lahabau parking bersepah kat  (Ada 3 keping kertas org tinggalkan kat wiper dia maki owner kereta ni..haha)

Kaunter Pendaftaran

Pureen punya Booth

Baju baby Pureen

Baju baby lagi

Lagi-lagi baju baby 

Booth Pureen

Jenama-jenama antarabangsa

Stroller Cybex

Jenama BeBe

Baby Hand Carrier

Stroller Graco

Stroller 2 in 1 Graco - harga tak sampai RM1k jer beb..

Stroller 2 in 1 Graco colour silver

Booth Graco

Pentas Acara

Booth BabyLove

Senarai Syarikat yang bukak booth

Barang-barang hasil borongan

Pros:
  • Banyak barang, banyak jenama, banyak pilihan
  • Tempat selesa, tak sesak dengan orang ramai macam kat MidValley
  • Banyak barangan antarabangsa yang tak pernah tengok sebelum ni
  • Parking pun okay, tak sampai RM10 pun
Cons:
  • Takde kut..kalau tidak aku takdelah nak borong sampai 4 beg


Wholesale Baju dan Barang Baby di Taman Ehsan

Kebetulan petang selepas IBEX tu, ada lagi satu wholesale baju dan barang kat Taman Ehsan Kepong yang tak pergi lagi, so pergi la tengok.

Dewan Serbaguna Taman Ehsan

Lelong..lelong..

Botol susu murah
Baju semuanya comel2, cumanya botol susu murah ni rasanya bukan BPA-Free so mungkin sebab tu harga dia murah.Cuma pilihan tak berapa menarik. Kata barang murah kan?

Apa pun, minggu depan adalah due date kelahiran anak ke-2 aku. Anak 1st aku dulu tak berapa menjadi, anak no. 2 ni pulak ada la sedikit isu tapi masih ada lagi masa untuk berusaha dan berdoa. Harapan aku supaya semuanya selamat sihat walafiat hendaknya..Amin..

You Might Also Like

0 komen