3D 4D Scan di Hospital Umra Shah Alam

Teknologi sekarang ni memang canggih, daripada ultrasound 2D yang doktor selalu buat tu, sekarang ni dah jadi 3D pastuh 4D la pulak. Tapi apa bezanya 3D dengan 4D ni kan? Kalau ikutkan pembacaan aku di Wikipedia, 4D ni sebenarnya 3D jugak tapi yang membezakan antara 4D dgn 3D adalah 'real time'. Maksudnya, kalau siapa pernah buat grafik 3D dia akan tahu 3D ni perlukan masa kalau nak render melalui komputer, tapi dengan mesin dan komputer sekarang ni 3D dah boleh ditunjukkan waktu tengok tu dah. Senang citer, time scan tu jugak dia terus hasilkan image 3D, itulah dia 4D Ultrasound ni.

Aku tak tahu la korang paham ke tak penerangan aku kat atas tu tapi pandai-pandai tupai la ye? Pada bulan puasa yang lalu di hari Ahad 22/7, isteri aku telah pun membuat appointment untuk scan baby dalam perut. Sebenarnya tiap-tiap bulan pun isteri aku ni scan perut terima kasih kepada doktor di PPUM yang tengah buat kajian thesis dia, so dapatlah scan tiap-tiap bulan free. Scan ultrasound baby ni bukannya murah wooo..sekali scan jer paling murah aku pernah dapat dulu RM60, biasanya RM90 dan ke atas. Bukannya lama pun scan tu, tak sampai setengah jam pun. Tapi yerlah kan, alat ultrasound tu kan mahal pastuh import dari luar negara lagi jadi of course la klinik kena cas mahal kalau tak mana dia nak cekau balik modal diorang.

4D scan ni sekarang ni kat KL boleh dibuat di banyak tempat dah, tapi isteri aku pilih buat guna satu FB Page ni untuk tetapkan temu janji. Ni website dia 3D 4D Scan Malaysia, mulanya aku tak berapa faham macam mana diorang ni beroperasi, selepas dah jumpa dia punya sonographer tu baru aku faham. Dia macam ejen la yang cari client untuk tempat-tempat yang ada machine 3D 4D Scan ni. Tempat yang dipilih disebabkan tarikh pada hari Ahad tu adalah di UMRA Hospital terletak di  Seksyen 13 Shah Alam.

Hospital UMRA

Kaunter Pendaftaran

Lobi tempat menunggu
Kebetulan hari yang kitorang pergi tu ramai ler pulak orang yang ada kat hospital tu. Tapi waktu hari cuti di bulan berpuasa, so tak kisah sangat la nak menunggu. Malangnya tunggu punya tunggu, dah lebih 2 jam tak sampai turn lagi, memang sengal la. Sampai kat Hospital tu jam 11.30am, pukul 1.45pm baru dapat turn..

Mesin Ultrasound 3D 4D Scan

Monitor untuk suami dongak ternganga tak paham apa tengok

Scanning in action
Sebenarnya untuk menghasilkan 3D scan baby yang terbaik, bergantung pada kedudukan baby tu sendiri. Kalau tetiba baby tu pergi menonggeng ngadap ke dalam ke, memang tak nampak la muka dia. Tapi syukur baby aku kedudukan dia kira okaylah, ada la aksi kaki dia sikit tapi at least nampak la jugak rupa.

Ni hasil yang terbaik yang sonographer tu dapat hasilkan:

Hasil 3D Scan
Aku sebenarnya lagi suka 3D/4D scan ni berbanding sebab 2D Scan. Setiap kali aku pergi scan ultrasound ni baby, aku bukannya paham sangat apa yang aku tengok kat monitor skrin doktor tunjuk tu. Aku 'Ha' kan ajer, tapi dah nama pun 3D/4D, harga pun paham-paham jer la. Cuma yang appointment ni aku puas hati sebab walaupun kena bayar RM100 untuk scan kali ni, masa yang diambil lebih setengah jam dan dapat CD, print out semua bagai so bagi aku berbaloi la jugak.

So, kalau bini anda mengandung, ada duit dan tak pernah lagi try tengok kecanggihan teknologi terkini dalam dunia perubatan ultrasound, boleh la cuba ye? Adios..

You Might Also Like

1 komen

  1. Shah alam nie harga 100 ke..umra ye nme nye..sabtu pon 24jam ye ?

    ReplyDelete