Asyik duk cerita benda-benda merepek jer. Kali ni aku cerita pasal benda serius pulaklah. Sebenarnya tujuan aku tulis benda ni bukan apa, kalau aku simpan jer gambar-gambar, pengetahuan dan pengalaman aku ni pun tak guna jugak. Better aku share jer terus, mana tahu ada sesiapa di luar sana tak tahu nak buat camner, so sedikit sebanayak aku telah memberikan sedikit sebanyak khidmat masyarakat terutamanya kepada kaum lelaki yang macam aku ni.
Bulan Mac 2011 yang lalu merupakan satu detik yang agak menyedihkan untuk keluarga aku. Dah ler luka kesedihan pemergian arwah bapa aku pada akhir tahun 2009 belum pulih lagi ditambah lagi dengan urusan harta pusaka yang belum settle lagi (baru je dapat surat kuasa daripada Pejabat Tanah minggu lepas), datang lagi satu ujian besar yang menguji tahap keimanan kami. Sapa yang tak sedih bila dapat berita gembira dengan kedatangan insan baru, dengan kecanggihan teknologi masa kini, rupa-rupanya insan tercinta itu hayatnya tak lama. Aku tak nak cerita detail-detail sangat sebab tajuk blog ni pun pasal benda lain. Kalau nak tahu sendiri, bacalah berkenaan Anencephaly di Wikipedia. Sebelum aku teruskan, kalau ada sesiapa nak menangis sedu-sedan waktu baca entry blog aku ni, silakanlah. Tak payah nak kontrol-kontrol macho, tu semua ego jer lebih. Bukannya aku nampak korang pun..haha..
Okay, setelah pemergian bayi biasanya nurse akan registerkan dulu dalam rekod diorang dan kemudian jenazah akan hantar ke unit Forensik. Kalau cerita CSI, forensik ni macam menyiasat punca kematian atau kejadian, di hospital (Hospital Kuala Lumpur tempat aku pergi) ada satu department yang uruskan bab-bab kematian ni. Kat sana, buat tuntutan jenazah, kasi IC semua pastuh bawak balik la jenazah untuk disemadikan. Yang ni baru satu perkara.
Kalau bayi tersebut dah cukup sifat semua, kalau macam kes aku dah umur 4 bulan. Kenalah uruskan mandi jer, tak perlu nak sembahyangkan sebab bayi tersebut belum kenal erti dosa pahala, ni menurut apa yang diberitahu kepada aku lah. Tapi sebelum tu kena la prepare dan cari pihak yang biasa menguruskan jenazah dulu lah kalau tak reti nak uruskan sendiri. Malu bertanya sesat jalan, gunakan la kelebihan ada telefon bimbit untuk bertanya dan mencari maklumat siapa yang boleh tolong uruskan. Biasanya masjid akan ada AJK yang berpengalaman dalam hal ni. Carik jer orang yang betul, selebihnya akan beres. Kalau di KL tempat aku, dia ada pakej semua lengkap, buat rundingan semua siap-siap dalam telefon, kita cuma bawak jenazah dan segalanya akan diuruskan.
Ni aku tunjuk sikit gambar-gambar pengalaman aku:
Penyediaan kain kapan dan kapur barus |
Proses mandi jenazah bayi |
Penyemadian jenazah bayi di liang lahad |
Kemasukan jenazah |
Penampan kayu |
Makam anak pertama aku berhadapan dengan datuknya |
1 komen
Maaf bertanya..tempat awk kl di mana?
ReplyDelete