2 minggu lepas, setelah sekian lama isteri aku tak gunting rambut dia dan aku pun dah berapa bulan simpan rambut aku, aku pun carik la salun yang okay. Duk tengah rilek-rilek surf internet, isteri aku bagitahu kata Fasha Sandha yang sekarang ni berlakon cerita 'Cinta Elysa' katanya ada salun rambut sendiri. Kalau dulu aku pergi salun si Misha Omar, kali ni pergi ke Fasha Sandha pulak. Aku pun terus search internet, jumpa la 2-3 orang yang dah pernah pergi Salun Fasha Sandha.
Salun Chinta kepunyaan Fasha Sandha ni terletak dekat jer dengan Wangsa Walk kat Wangsa Maju. Parking kat situ agak susah sikit la, kalau nak senang dan sanggup nak bayar, park jer dalam Wangsa Walk Mall tu terus. Jalan depan sikit, carik OCBC Bank ada kedai mamak sebelah pastuh naik atas. Meh aku tunjuk gambar sikit:
Banner Chinta Hair Salon & Beauty sebelah kedai mamak |
Papan tanda kedai |
Chinta Hair Salon & Beauty Pintu Depan |
Chinta Hair Salon & Beauty Front Desk |
Ruangan tempat gunting rambut Muslimah |
Ofis Chinta Salon |
Aku bergambar dengan gambar Fasha Sandha |
Gambar sebelum gunting rambut |
Gambar selepas gunting rambut |
Okaylah, untuk mereka yang berminat untuk gunting ke basuh rambut ke buat treatment ke kat Chinta Hair Salon & Beauty, pergi la tengok lokasi alamat diorang kat Chinta Hair Salon and Beauty di Facebook. Sekian.
5 komen
aku tengok cam budak skola daa~
ReplyDeletebro salon tu bleh buat rambut style korea tak bro ?
ReplyDeletenak pegi la esok
ReplyDeleteRebonding+full highlight brape ye??ade no fon kdai x?
ReplyDeleteadik ni mmg okay potong rambut. dah 2 kali potong rambut dgn dia. tp dah malas la nak pi saloon fasha sandha ni...😌
ReplyDelete