Niew Ladies Carnival di Universiti Malaya

Pada akhir bulan lepas, aku telah dengan secara tak sengajanya datang ke satu event ni bertempat di Universiti Malaya. Pada mulanya aku pun tak tahu event apa kat UM tu, tapi dah isteri aku terlibat dalam satu booth mekap kat sana, aku pun habis kerja pergi la singgah. Dapatlah makan free walaupun nasi bungkus jer pun. Sampai pun dah petang, siap banyak booth dah tutup dah pun. Takperlah, dengar citer katanya ada konsert malam tu. So lepak la kejap, semayang maghrib kat sana siap-siap.

Budak AF daripada Lim Kok Wing
Acara pertama, muncul budak-budak daripada Lim Kok Wing. Pentas dia kecik jer pun, orang yang datang pun daripada UM jer kut jadinya tak penuh mana pun. Aku dgn bini aku daripada belakang org ramai-ramai tu, pergi la sampai ke depan. Macam-macam persembahan ada. Aku tak ingat sangat siapa ni, tapi layan jer:




Ramai jugak yer artis daripada Lim Kok Wing, ada budak AF lah, yang ada buat album lah, Zimbabwe Idol pun ada..jangan tanya aku sapa, aku pun tak tahu, tapi aku ada la tangkap video persembahan dia. Boleh tahan jugak:


Last sekali, diorang bebudak Limkokwing nyanyi lagu 1 Malaysia ramai-ramai.

Bebudak Lim Kok Wing
Memula ingat, dah habis bebudak Limkokwing ni nyanyi, dah habis dah la. Rupanya ada lagi. Aku pernah la tengok beatbox tapi belum pernah tengok live lagi. Aku boleh pulak tersilap eja nama artis beatbox ni 'Taxy', padahal nama dia 'Tuxy', dia siap tegur lagi dalam komen video Youtube yang aku upload ni:


Ni FB page dia http://www.facebook.com/TuxyMusic. Boleh tahan jugak persembahan dia. Habis jer si Tuxy ni, muncul la pulak si Ana Rafali:

Ana Rafali
3 lagu kut dia nyanyi, aku rakam 2 jer.



Malangnya aku punya video ni Youtube kasi mute pulak sebab katanya ada isu copyright. Padahal bukan aku copy pun, aku tangkap sendiri. Ngarut betul la Youtube nih.

Seterusnya, muncul pulak budak Laman Muka Buku:


Memang suara dia sebijik macam yang keluar dalam radio. Kecik jer orangnya.

Artis seterus Bienda pulak, katanya dia tengah ngandung sekarang ni. Aku tak amik video pun sebab memori phone dengan kamera aku semua dah nak habis:


Dia siap turun lagi kat tempat penonton tarik orang naik atas stage bergelek-gelek lagi.


Habis sesi bergelek, datang pulak persembahan yang ditunggu-tunggu oleh semua gadis-gadis. Aku ingatkan gadis jer, rupanya bini aku pun malam tu jadi gadis balik. Tengok sapa yang datang:


Aku kenal si Adam jer, kumpulan VIP ni aku tak tahu sangat. Aku waktu diorang ni perform, asalnya aku duduk sebelah bini aku, sekeliling aku time tu memang tak payah cakap lah, semuanya gadis-gadis. Aku jer yang menyibuk tengah-tengah ramai-ramai aweks-aweks time tu dah nak duduk sebelah bini punya pasal. Seingat aku, aku tak berganjak pun daripada tempat duduk aku tu. Duduk atas tar parking jer pun, berpeluh-peluhnya dengan lampu konsert tu duk flash-flash kat mata aku, siut betul. Sedar-sedar, bini aku dah macam ke depan sikit daripada aku. Aweks-aweks sebelah kanan dgn belakang aku pulak dah makin ke depan pulak dah macam tersentuh aku ler pulak. Apa nak jadi dengan gadis-gadis muda zaman sekarang ni? Rasa tua la pulak aku, walhal aku baru jer menyambut kelahiran aku yang ke 25 (+5)...haha..Nak tahu apa yang berlaku? Meh tengok ni:


Si Adam ni turun carik awek. Adam ni aku tengok dah makin gemuk la pulak. Belum kahwin pun dah gemuk ka? Aku ni dah kahwin takperlah jugak.


Si Adam ni agaknya nak jadi Michael Jackson kut? Cuba tengok tangan kiri yang pakai glove hitam tu ada kat mana..wakaka..


Jadi artis ni letih jugak yer, cuba tengok si Adam ni berpeluh-peluh. Tapi yang bestnya..tengok ni:


Awek ni sanggup lapkan peluh si Adam dengan tisu dia. Agaknya apa dia buat dengan tisu tu ye? Dia simpan pastuh cium-cium kut? Iyeekkk!!

Cuba tengok reaksi budak pompuan yang kena tarik oleh Adam naik atas stage:


Kononnya teruja la tuh. Aku heran kenapa aweks-aweks boleh jadi minat dengan artis-artis KRU ni ye?


Dah habis diorang perform, tengok-tengok jam dah pukul 11pm dah. Tak sempat aku nak tengok persembahan kumpulan Raihan. Okaylah, berita ni pun dah lama, aku ada cerita lagi baru sebenarnya, tapi tak tahu la sekarang ni dah semakin malas pulak nak menulis.

Sekian..

You Might Also Like

1 komen

  1. ahahhaa, j ko tahu tak, b4 ni kan ada karnival kt putrajaya, pastu ana edar ada la bukak booth, si adam ni siap offer diri nk jadi duta. ahahaa layakkkk ker?

    ReplyDelete