Sejak Syawal muncul, memang malas pulak aku nak update blog ni. Asyik ada open house sana-sini. Apa pun, aku update jugaklah blog ni. Tahun ni aku beraya kat Ipoh, kat rumah mertua aku. Sama macam tahun lepas jugak, aku mesti akan balik kampung mak aku di Kedah. On the way ke sana, mesti akan lalu Pulau Pinang. Dah alang-alang sampai sana, mesti la nak singgah dulu jalan-jalan tengok pemandangan. 2 tahun aku duduk kat Penang dulu sekolah. Okaylah, citer banyak pun tara gua, mari tengok gambar-gambar:
Ecotel Hotel |
Bilik katil queen saiz di Ecotel Butterworth |
Boleh nampak bangunan Komtar daripada tingkap belakang hotel |
Ecotel ni dekat jer dengan stesen feri, so beraturlah sekejap untuk naik feri:
Kereta beratur nak naik feri |
Giler sesak.. |
Viva La George Town |
Dah kat atas feri Penang |
Pemandangan dari atas feri |
Kereta yang chomel kepunyaan biniku |
Kereta-kereta di atas feri |
Posing dalam kereta |
GPS Garmin aku yang display dah pudar |
Serius aku cakap, kalau takde GPS ni, memang aku boleh sesat kat jalan Penang ni. Tak kisahlah GPS ni dah lama tak update, janji boleh guna.
Sampai sudey.. |
Restoran Nasi Ayam Misai |
Menu Restoran Nasi Ayam Misai |
Boleh tahan jugak la nasi ayam misai ni. Janji kenyang jer la, banyak tempat nak pergi tengok lagi ni. Habis jer makan, terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Balik Pulau, tempat di mana aku bersekolah selama 2 tahun pada tahun 1997 dan 1998.
JayHemSem di depan MRSM Balik Pulau |
Setelah 11 tahun meninggalkan zaman persekolahan, akhirnya aku kembali jua ke MRSM Balik Pulau ni. Memang dah banyak berubahlah tempat ni. Aku tak sempat nak masuk ke dalam sebab nak kejar masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kedah. Tapi sebelum tu, singgah dulu ke satu tempat yang ramai orang duk kata laksanya sedap:
Laksa Janggus |
Tutup la pulak Laksa Janggus ni |
Malangnya sempena hari raya, diorang pun tutup jugak. Kempunan la isteri aku yang merupakan peminat laksa nombor satu untuk merasai laksa yang dikatakan 'da best' ni.
Pekan Kongsi Balik Pulau |
Meneruskan perjalanan, baru perasan rupanya satu tayar belakang kereta dah kempis la pulak. Pergi la isi angin kat stesen minyak pastuh carik kedai tayar. Rupa-rupanya:
Tayar Perodua Viva koyak |
0 komen