myMetro | Hanya hitung masa..Ni bukan kes Anencephaly ke?

Bila aku baca berita dalam Harian Metro online hari ni melalui satu link di bawah ni. Agak kehairanan aku bila aku baca doktor kata kes ni kes terawal negara dan amat jarang terjadi. Aku rasa kes ni pernah terjadi kat aku dengan isteri aku awal tahun ni. Aku ada tulis pasal kejadian ni dalam entri aku "Menguruskan Jenazah Bayi". Cuma aku rasa pada pandangan aku, mungkin doktor tu tak bertanya kepada pakar yang sepatutnya kut. Kalau doktor tu google 'anencephaly', mesti doktor tu boleh tahu rasanya.

Hanya hitung masa
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya. 
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. 
Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal. 
“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat. 
“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara. 
“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan. 
“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan. 
“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya. 
Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.
“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya. 
Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.
myMetro | Hanya hitung masa
Setakat maklumat yang aku baca-baca sebelum ni, memang takde kaedah untuk selamatkan bayi ni. Kalau ada pun, mungkin bayi tu boleh hidup tapi macam tajuk berita tu jugak la, 'Hanya hitung masa'. Aku tumpang simpatilah ke atas pasangan suami isteri tu sebab aku suami isteri sendiri pun dah pernah merasa kesedihan tu cuma aku dapat tahu lebih awal daripada doktor sendiri berbanding diorang.

Aku takde pun contact En. Eyrshah Elman tu, tapi kalau dia atau orang lain yang tahu sikit-sikit pasal kes ni ke dan terbaca blog aku ni, boleh la tinggalkan komen-komen sikit ye?

You Might Also Like

1 komen

  1. It is not anencephaly sebab can see clearly yang baby tu ada forehead and cranial vault. Anencephaly is exposed brain due to absent cranial vault. Yang ni nampak macam encephalocele and there is nothing new about it. I saw it many times masa kerja kat HUKM dulu. I do blogged about this by the way.

    ReplyDelete