Hari Raya Haji di Tambun Ipoh

Salam semua. Dah nak akhir bulan baru aku nak update blog aku ni. Memang pemalas betul. Tapi at least aku still update jugak kan? Awal bulan lepas merupakan Hari Raya Aidil Adha. Tahun lepas aku hanya beraya di KL je, takde apa-apa aktiviti sangat. Tengok orang sembelih lembu pun dari jauh jer. Lepas tu pergi ziarah sanak-saudara yang dekat-dekat. Teringat lagi raya haji 2 tahun lepas, waktu tu arwah bapa aku pada hari raya korban tu sakit dan aku yang bawak dia ke klinik seterusnya ke hospital dan kemudian masuk IJN. Waktu tu aku belum kahwin lagi. Memang kenangan pahit sukar dipadam tapi akan sentiasa dikenang.

Tahun ni, aku berkesempatan beraya di keluarga sebelah isteri. Kebetulan pulak isteri datuk aku punya kampung pun berdekatan jer dan diorang pun nak balik jugak. Jadinya aku pun bawak la sekali. Beraya di kampung isteri memang tak sama dengan beraya di KL. So, pagi Aidil-Adha pergi la sembahyang raya di surau belakang rumah. Kebetulan pulak, bapa mertua aku yang jadi imam.

6 ekor kerbau yang akan dikorbankan ditambat di pokok kelapa
Taklimat sebelum sembahyang raya
Habis jer sembahyang, aku balik rumah bapa mertua. Dalam taklimat tu, diorang mintak sapa yang nak bertugas untuk sembelih, melapah daging semua tu balik rumah dan tukar baju. Aku ni dah ler tak biasa dalam aktiviti-aktiviti ni, asalnya aku ingat nak lepak rumah bapa mertua jer duduk lepak depan TV lepas sembahyang raya. Tapi dah alang-alang kat tempat orang, aku pergi jer la tengok kasi tunjuk muka sikit. Boleh la jugak aku tolong amik-amik gambar buat tunjuk dalam blog, betul tak?

Sebelum aku tunjukkan gambar-gambar selepas ni, aku nak ingatkan yang gambar-gambar ni 'uncensored' tau! Kalau ada sapa-sapa yang takut nak tengok kerbau-kerbau yang kat gambar di atas tu disembelih, baik korang jangan skrol ke bawah. Baiklah, mari kita mulakan:

Kerbau yang telah siap diikat untuk keselamatan
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...selesai
Sesi melapah kulit dimulakan
Sambungan melapah daging
Proses pengagihan daging
Begitulah pemandangan di lokasi surau. Memang semangat muhibbah di kalangan orang-orang kampung sangat aku kagumi. Seingat aku, aku tak pernah lagi rasa daging kerbau ni. Waktu kat sana, tak sempat pulak nak rasa. Dah bawak balik KL baru dapat try, buat masak kicap. Rasa daging kerbau ni takde beza pun daripada daging lembu. Tapi mungkin kandungan lemak dia lagi rendah kut. Aku cuma agak jer la sebab aku ni bukannya saintis yang ada alat nak uji kandungan lemak semua tu.

Apa pun, Hari Raya Haji (Aidil-Adha) aku di Ipoh sememangnya lebih menarik berbanding di KL. Begitulah coretan seorang Jay.

You Might Also Like

0 komen