Monday, 4 April 2011

Naskah Layang

Encik Jay
Pada minggu lepas, macam biasalah aku balik kerja mesti mau tengok dulu kalau-kalau ada surat. Sekarang ni aku punya surat dah semakin kurang sebab makin lama banyak yang dah ditukarkan kepada bentuk digital PDF, email, online access semua. Sekali tu, dengan tidak semena-mena aku dapat surat daripada...tak tahu sapa yang hantar. Yang ada pun cuma cop pejabat pos kat sebelah setem 80 sen yang dihantar daripada Temerloh Pahang. Pelik dan ajaib, aku pun bukak la surat tu dan muncul lah satu naskah berwarna ni:

Kisah seorang sifu teragung alaf ini..
Mentor 5..
Bersama berganding bahu untuk mengejar impian yang 1 tunjuk ajar ku "SIFU"
Bila aku bukak jer naskah ni, terpampanglah gambar-gambar superimpose yang dah la tak professional, tapi memang niat untuk mesej yang hendak disampaikan tu teramatlah dahsyat kejinya. Aku tunjuk la kat mak aku kasi dia tengok, terus dia kata "Astaghfirullahalazimm..Cepat bakar naskah tu..". Aku dah tak ingat aku letak mana naskah ni jadinya aku tak boleh la nak tunjuk, kalau tunjuk pun tak guna jugak sebab mengarut jer benda dalam tu dan bersifat politik sikit. Lucah pulak tu..

Persoalan di sini:

  1. Macam mana pulak elok jer dia tampal nama aku siap dgn alamat penuh aku dan dihantar melalui pos ke rumah aku? Mana diorang ni dapat detail aku?
  2. Siapa la yang sanggup sponsor RM0.80 setem dan jugak printing naskah berkaler ni untuk diposkan kepada aku?
  3. Apa matlamat dan tujuan naskah ni diedarkan? Siap berkaler lagi tu..
  4. Ada sesiapa lagi tak yang dapat jugak naskah yang aku dapat ni?
Siapa nak jawab, dipersilakan komen di bawah ok? Babai..

Siapa En Jay

Encik Jay / Author & Editor

JayHemSem ni cuma nama samaran ataupun nama pena macam penulis buku.

Bertugas sebagai seorang IT professional di sebuah syarikat perisian Bumiputra. Blog ini didaftarkan pada bulan Mac 2009 dan pada asalnya bertujuan sebagai coretan hidup dan perkongsian maklumat yang telah dikumpulkan untuk dikongsi bersama, kini blog ini menyajikan pelbagai jenis maklumat yang bermanfaat untuk anda semua.

Untuk menghubungi saya, anda boleh scan imej wajah saya di atas menggunakan FB Messenger anda atau email kepada saya di jayhemsem[at]gmail.com

4 komen:

  1. weh, blog aku dah lama tukar. ko tukar link kat sidebar tu http://ladydyot.blogspot.com - nard

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. uitsss smpai mcm tu skali hurmmmm

    ReplyDelete
  4. I received the same one attention to my full name & my house address. The envelop chop came from Termeloh with 80 sen stem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...