Parking Di Hospital Kuala Lumpur

Sebenarnya aku ketandusan idea nak bercerita ni, jadinya aku amik la isi kandungan blog Inggeris aku. Minggu lepas aku habiskan 6 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kalau nak tahu sebabnya, korang tanya la aku sendiri nanti. Tapi kali ni aku nak cerita pasal parking di HKL la. Seperti yang semua orang tahu (kepada mereka yang tak pernah datang HKL, datanglah lihat sendiri), HKL merupakan sebuah hospital kerajaan ternama di Malaysia. Kebanyakan pakar-pakar perubatan yang handal di Malaysia ada di HKL. Siap ada satu tempat VIP khas untuk kenamaan kalau ditakdirkan diorang jatuh sakit. Tapi jarang pulak kita dengar VIP kenamaan masuk wad di HKL kan? Selalunya diorang mesti masuk swasta mana-mana tak pun terus pergi berubat di luar negara. Masalah bila masuk swasta pulak, bila ada kes berisiko tinggi, diorang still tolak kat hospital kerajaan jugak. Agaknya hospital swasta ni takut nak kena saman kalau jadi apa-apa. Kerajaan kalau kena saman pun, saman la kan? Boleh guna duit kerajaan yang jugak duit rakyat, betul tak? Eh, ke situ pulak cerita aku, kang tak pasal-pasal aku pulak yang kena saman karang. Sekarang ni dah la ada blogger kena saman cakap benda yang bukan-bukan.

Okaylah, meh aku tunjuk tempat parking awam terbuka di HKL:

Keadaan di open parking HKL
Parking HKL Open Space
Korang tengoklah apa dah jadi kat tayar kereta Viva kenit aku tu. Dah macam off-road tu. Dia punya lopak memang macam-macam ada dalam tu macam batu-bata semua. Pulak tu kalau datang waktu pagi, sentiasa la penuh. Ni tempat aku parking ni kat hujung sekali dah nak habis dunia parking dalam tu. Kat belakang tu wad pediatrik kanak-kanak. Kat situ lagi ler takde parking, nak kena menapak jauh pusing baru sampai.

Ni aku tunjuk HKL punya parking rate:
Parking rate di HKL
Kalau korang just nak drop orang, kena cepat-cepat sikit la. 15 minit pertama free tak payah bayar. Lebih daripada tu dah kena RM2. RM2 tu pulak untuk 3 jam pertama, lepas daripada tu kena RM1 setiap jam. Maksimum bayaran parking kat HKL adalah RM10. Bismark Technology Sdn Bhd adalah operator parking kat HKL. Dengar ceritanya syarikat ni baru dapat kontrak kendalikan tempat parking HKL ni. Hotline dia no handphone tu, ntah handphone sapa la dia letak jadi hotline tu. Tukang kutip parking pulak kira jam guna jari jer pun. Ada sekali tu aku parking daripada pagi sampai malam, kena RM12. Aku tanya dia balik, "Bukan maksimum RM10 ke?", dia jawab balik "Kira ikut jam ni Bang". Aku malas nak bertekak sebab aku dah penat, aku bayar jer lah. Ada sekali pulak aku masuk daripada pagi sampai malam RM2 jer, time tu aku terus bayar cepat-cepat la sebab aku saspek dia tengok tiket parking aku dia tak perasan aku sebenarnya masuk pukul 9AM. Haha..rezeki aku la kut..tapi memang kalau pergi HKL jer parking misti kena bayarlah.

Okaylah..aku nak kena sambung buat kerja ni. Release tension jap berceloteh kat sini.. Adiostoss!!


You Might Also Like

0 komen