Jumaat, 23 November 2012

Menukar Tayar Lama Proton Wira Kepada Yang Baru

Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang menarik tapi tak kisah la kan? Pada bulan Oktober yang lalu, sedar tak sedar dah setahun 6 bulan dah aku menggunakan kereta Proton Wira ni. Setakat ni memang kereta ni belum pernah lagi mengalami kerosakan yang menyebabkan tersadai di tepi jalan raya. Cumanya aku risau sebab tayar yang aku gunakan, walaupun nampak dari mata kasar bunga tebal lagi dan nampak okay, tapi sebenarnya tayar kereta aku ni dah ada bengkak sikit. Lepas tu, tayar ni pulak dikeluarkan tahun 2007 kalau ikutkan kod pada tayar. 2007? Tu dah 5 tahun dah. Tayar sepatutnya boleh guna antara 2-4 tahun jer. Aku ingat lagi tayar kereta Proton Iswara aku waktu aku jual dulu aku beli baru empat-empat tayar waktu tahun pertama aku guna dan bertahan sampai ke hari aku jual.

Tujuan sebenarnya nak ganti tayar baru ni sebab nak balik kampung Hari Raya Aidiladha ke Kedah. Mak aku nak balik sana sebab Hari Raya Aidilfitri hari tu dia tak dapat balik sana.Apa pun, sememangnya tayar ni kena ganti dah pun untuk langkah-langkah keselamatan. Aku memang guna tayar standard jer sebab aku tak berapa minat nak berbelanja lebih tukar sport rim lepas tu tayar sport rim low profile tu semua mesti la lagi mahal daripada spec standard.


Tayar Goodyear lama keluaran tahun 2007

Kereta aku masuk workshop
Kat area ofis aku ada banyak kedai servis tayar. Aku dah survey hampir kesemua kedai servis tayar kat area ni akhirnya aku jumpa jugak yang paling murah. RM118 untuk satu tayar jenamanya Falken. Bagi aku kira murah tu sebab dulu aku tanya kedai tayar waktu aku tukar tayar Perodua Viva isteri aku, dia kata dalam RM150 paling murah. Aku tanya kedai lain pun memang takde yang kurang daripada RM150 seketul. Jadinya memandangkan dah jumpa yang murah dan jenama pun pada aku okay, aku pun terus la angkat empat-empat tayar sekaligus memandangkan budget dah ada.


Brek lining pulak ada sedikit makan dalam..tapi tak repair pun, janji boleh guna lagi

Nat support arm punya getah dah keras, ganti 2 ketul RM80

Tayar baru Falken 175/70R13 dah pasang siap kasi wax kilat lagi

Rasa syok dapat kasut kereta baru ni..huhu..

Dah tukar tayar, mesti kasi alignment sekali
Waktu alignment tayar ni, mekanik yang buat alignment tu tunjuk la kat aku pasal tayar aku camber dah lari sikit. Dia tanya aku kereta aku ni takde camber nut ke? Aku jawab memang takde pun camber nut, dah beli pun second hand. Aku sebenarnya dulu dah tahu dah camber kereta ni lari sikit, tapi aku buat tak tahu jer sebab adjust camber jer sebelah tayar paling murah RM20 wooo..Mekanik tu duk pujuk aku suruh pasang camber nut sebab kalau ada camber nut tu jer boleh adjust camber ni kasi betul. Kereta aku yang dulu memang ada camber nut ni sebab dah kena Chong dengan mekanik kedai tayar, kali ni aku bertegas cakap tak nak pasang sebab kalau fikir logik pun, ko dah langgar lubang, camber ko lari sikit kira cam dah makan tepi dalam atau luar tayar ko. Lepas tu ko pergi pasang camber nut, camber nut ni pulak ko boleh adjust kat bahagian absorber depan tayar ko tu ke depan ke belakang. Dia agak2 dah betul angle kan, dia ketatkan pakai power tool dia. Ko langgar lubang lagi, gerenti la camber tu akan bergerak dah ko nak kena adjust lagi kalau ko check alignment la. So pada aku, camber nut ni sebenarnya satu penipuan kedai tayar nak carik untung lebih, aku pernah baca kat dalam forum kereta yang kalau ko beli camber nut tu kat kedai spare part, harga dia RM10 jer. Diorang kat kedai tayar ni cas RM40 seketul lepas tu takleh tukar seketul, kena 2 ketul katanya nak kasi balance. Hampeh kan? Aku cakap kat kedai ni, aku tak nak tukar camber nut, biarkan aje guna nut standard, lagi original. Diorang pun menurutlah perintah the customer is always right.


Alignment tayar sedang dibuat
So, total aku kena bayar untuk 4 biji tayar Falken 175/70R13 (RM118 x 4), alignment tayar dan ganti nat support totalnya adalah RM600.

5 ulasan:

  1. kdi ni ktner...leh guna kad kredit x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai ni kat Bandar Tasik Permaisuri, boleh je guna kad kredit.

      Padam
    2. Apa nama kedai ingat tak? saya nak kena tukar tayar tapi low baget skrg ni..

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...