Rabu, 23 November 2011

Mencuba Tutti Frutti

Aku dah lama duk dengar pasal Tutti Frutti ni tapi tak berkesempatan nak cuba. 2 minggu lepas, lepas pergi kenduri kahwin kat Bukit Antarabangsa, aku dan isteri pergi la singgah di Courts Mammoth di Ukay Boulevard di MRR2 sana. Dah tengok-tengok barang kat Courts tu, barang yang dicari ada tapi agak mahal pastu takde apa yang berkenan, tengah nak keluar daripada parking tiba-tiba ternampak satu kedai ni.

Kedai Tutti Frutti di Ukay Boulevard Business Centre MRR2
Sekarang ni makin banyak pulak kedai Tutti Frutti ni. Bila baca dalam website Tutti Frutti Malaysia, baru la paham kenapa kedai ni makin banyak. Rupanya perniagaan francais. Menurut forum yang aku baca ni, nak bukak francais bisnes ni kena ada sekurang-kurangnya setengah juta RM. Tu belum termasuk lagi sewa kedai, peralatan, staff dan lain-lain. Dahsyat jugak untuk francais yang baru macam Tutti Frutti ni. Kita tengok jer la nanti berapa banyak cawangan yang akan bertahan.

Kaunter nak bayar
Dengan coklat, strawberri bagai..agak-agak berapa ringgit ye?
Tu DIA!!! 300g kali RM5.30/100g total semua RM15.90
Sememangnya Tutti Frutti ni satu makanan dessert yang mewah! Aku duk ingatkan benda ni aiskrim, rupanya yogurt yang dibekukan. Patutlah takde rasa lemak-lemak pun time aku makan. Katanya bagus untuk kesihatan bagai. Tapi tak tahan betul aku tengok harga dia. Dah sama harga dengan meal Kenny Rogers dah.

Tapi yang menariknya, sepanjang aku makan kat kedai ni. Ada saja orang masuk dalam kedai beli aiskrim Tutti Frutti ni. Mungkin waktu tu aku berada di tempat golongan-golongan elit "Ukay Perdana" la katakan. Selambe jer bawak anak-anak datang situ, amik bekas yang lagi besar daripada aku, isi penuh-penuh pastu siap sorang satu lagi. Dahsyat...

Aku tak sure la aku nak datang lagi ke tak ke Tutti Frutti ni. Insya'allah kalau rezeki aku murah, aku datang la lagi.

2 ulasan:

  1. nak jugakkk...tak penah lagi rasa...

    BalasPadam
  2. kat kubang kerian kelate, org nk jual branch tutti frutti nih, RM2JUTA, 2JUTA beb. ada masalah dalaman management, aku ckp kt juki, ada duit beli lah, brenti dr mekrokop, aku jaga je tutti frutti tuh. tapi mslhnye mana nak cekau 2JUTA. tak agak2, baek aku bukak je branch baru, +- baru 1JUTA. sewa kedai kat kelate, takla mahal mcm KL...siot nak jual 2JUTA...

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...