Ketika sedang memperbaiki UniFi fiber kabel yang rosak dilenyek kerusi, TV pulak rosak. Terpaksalah ganti yang baru untuk set balik UniFi TV.
Setelah browse Shopee untuk beli TV baru, jumpalah jenama T-POT ni.
TV lama simpan dalam stor, tempoh masa menunggu selepas buat pembayaran adalah 6 hari yang dihantar oleh kurier J&T.
TV ni punya display memang jelas dan terang. Masalahnya cuma pada remote control yang jelas dan ketara sangat kualitinya yang rendah. Nak picit remote tu pun bermasalah. Apa pun, kalau anda jarang layan TV sangat, pada harga RM550, memang berbaloi beli TV ni. Kalau anda memang nak duduk lama depan TV, baik anda beli jenama yang sememangnya diketahui kualitinya tapi harga pun sepadanlah dengan kualitinya.
0 komen