Cloud Storage Yang Anda Boleh Cuba


Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya guna thumbdrive atau external hard disk. Kebanyakan data yang saya simpan adalah di web/cloud storage dan ianya lebih kepada backup sahaja. Berikut adalah tempat-tempat cloud storage yang saya gunapakai dalam kerja-kerja harian:

1. Google Drive (15GB Free)

Google drive datang sekali dengan akaun Gmail atau Google. Kebiasaannya saya simpan data yang saya akan gunakan selalu. Gdrive ni kalau anda buat link public dan share dengan public atau ramai orang, biasanya Google akan limitkan link tersebut. Syarikat tempat saya kerja pula menggunakan Google Suite dengan kapasiti 30GB. Tak semua Google Tools yang sedia ada digunapakai pun.

Kelemahan Gdrive ni, kita tak boleh nak track kalau ada orang dah pernah klik/download link tu tapi kalau kita setakat guna sendiri, kita akan nampak file mana yang kita baru akses. Saya masih lagi guna file yang saya create 15 tahun lalu waktu Google Drive ni baru diperkenalkan.

Rasanya saya sendiri ada 5 akaun Google bermakna ada 60GB kalau dijumlahkan secara keseluruhan, itu pun sebenarnya dah ada yang kena tinggal (kalau anda tak akses akaun Google anda lebih daripada 2 tahun, Google akan delete akaun tersebut kalau tak silap).Kalau anda guna handphone Android tapi takde akaun Google, saya tak pasti anda sebenarnya guna handphone apa.

2. PCloud (10GB Free)

PCloud adalah web storage kegemaran saya selepas Gdrive. Walaupun data centernya ada di 2 lokasi iaitu di United States (Dallas, Texas) atau di European Union (Luxembourg) sahaja (perlu pilih antara 2 lokasi ni waktu buka akaun baru) namun data transfernya sangat laju. Anda juga boleh back-up semua media, image, video yang ada di Social Media anda seperti FB. Backup tau data-data anda kat FB tu, anda tak tahu bila akaun anda boleh kena block.

3. MEGA (15GB Free)

MEGA.nz ni beribu pejabat di New Zealand. Saya sangat suka features security yang MEGA ni tawarkan. Antara kelebihan lain, anda boleh embed video dan host di MEGA ni. Transfer data pun laju, ianya adalah antara cloud storage yang saya rekomen anda gunapakai.

Lokasi data centernya berada dikatakan berada di Canada, New Zealand and beberapa negara European Union tapi di zaman cloud ni, ianya boleh berada di mana-mana sahaja mengikut pihak pengurusan syarikat asalkan ada network connectivity.

Dikatakan juga MEGA mempunyai hubungkait dengan seorang lagenda internet kontroversi bernama Kim Dotcom yang terlibat dalam cetak rompak harta intelektual (Megaupload) suatu ketika dahulu.

4. OneDrive (5GB Free)

OneDrive adalah produk cloud storage daripada Microsoft, anda memerlukan akaun Microsoft. Saya gunakan akaun email Hotmail yang didaftarkan pada era tahun 2000 (email akaun Hotmail saya dulu lepas saya abandon, ada orang daripada Pakistan dapat email tersebut, saya berjaya dapatkan semula sebab 2-Factor authentication, kesian mamat Pakistan tu..huhu).

7. Dropbox (2GB Free)

Saya daftar akaun Dropbox pada tahun2009. Waktu itu disebabkan ada kawan seofis invite, jadinya dapatlah extra storage sikit. Dropbox ni yang best adalah interface dan tool sync. Lain-lain daripada tu saya jarang pakai Dropbox ni.

Bagi sesiapa yang mengikuti rapat dunia Cloud Computing, Dropbox pada mulanya menggunakan AWS sebagai back-end platform mereka tetapi kemudian buat keputusan menguruskan sendiri platform mereka dengan menyewa ruang data center dan menamakan sistem mereka Magic Pocket. Kalau anda menggunakan Dropbox, data anda besar kemungkinan akan berada di USA.

8. Box.com (10GB Free)

Dahulunya dikenali sebagai Box.net waktu saya mula-mula daftar pada tahun 2009, pada tahun 2011 mereka gugurkan nama .net dan cuma guna nama Box atau Box.com. Box menggunakan data zone untuk menyimpan data dan zone paling dekat dengan kita adalah di Singapore.

Walaupun 10GB nampak macam banyak, namun saiz file anda tidak boleh lebih daripada 250MB sahaja, bermaksud kalau anda ada fail video movie yang mempunyai saiz lebih daripada 250MB maka upload anda tidak akan diterima oleh Box.

Disebabkan oleh kekangan 250MB ni, saya teramatlah jarang gunakan Box.

9. ASUS Web Storage (5GB Free)

Saya daftar akaun ASUS Web Storage pada tahun 2014. Waktu tu saya baru beli ASUS T100. Selepas tahun 2015, ASUS Web Storage ni senyap seketika sampailah tahun 2018 baru mereka hantar email promosi secara berkala. 1TB punya webstorage cuma sekitar RM85 setahun. Pada saya agak murah namun bila lihat pada interface dan review orang lain berkenaan servis yang mereka tawarkan, saya berpendapat anda boleh la guna untuk simpan fail-fail yang tidak begitu penting.

Data Center mereka berkemungkinan berada di lokasi Taiwan dan saiz File Limit adalah maksimum 500MB dan cuma boleh sharing sekitar 100GB sehari.

10. Dubox.com

Dubox adalah satu-satunya servis cloud storage yang mempunyai website yang sangat simple. Banyak review mengatakan mereka agak sangsi dengan Dubox ini yang berkemungkinan akan hilang suatu masa nanti atau akan menggunakan data-data anda sebagai tebusan bagi meminta anda untuk memberikan bayaran servis mereka secara tiba-tiba nanti.

Buat masa ini saya hanya gunakan Dubox ini sebagai backup untuk gambar di handphone saya disebabkan saiz 1TB yang sangat besar. Walaubagaimanapun saya sendiri agak sangsi dengan servis mereka dan hanya upload fail-fail yang biasa-biasa sahaja.

Begitulah sedikit sebanyak cloud storage yang saya pernah cuba pakai dan mempunyai akaun free dengan mereka. Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman menggunakan cloud storage yang tidak tersenarai di dalam post ini, anda boleh sharekan di ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca blog saya ini.

You Might Also Like

0 komen