Staycation PKPP di Menara PNB Park

Plan untuk menginap di Perdana Kuala Lumpur City Centre atau nama lamanya PNB Perdana Hotel & Suites On The Park hampir terbantut dengan kisah kereta kena langgar. Mujur jadi jugak. Sebenarnya takde modal sangat nak berjimba ni tapi itulah gunanya bila kita guna kutu famili. Nak pergi cepat pergi sorang-sorang, tapi kalau nak pergi jauh kena pergi bersama-sama.


Pada tahun 2016 dulu saya pernah ke bangunan felda kat belakang saya dalam gambar di atas tu untuk berjumpa dengan Tan Sri Isa Samad dengan bos-bos saya. Menunggu giliran daripada awal pagi sampai ke petang baru dapat jumpa, tu pun 5 minit jer. Tapi pengalaman yang menarik la sebab bukannya senang nak dapat peluang macam tu.


KL Tower kat belakang tu entah bila tahun saya nak pergi tak tahu. Bila tengok harga tiket dia jer terus rasa tak jadi. Cuma dalam keadaan PKPP ni kena fikir banyak kalilah nak pergi tempat-tempat pelancongan ni.


Suasana pada sebelah siang, pemandangan kawasan pembinaan yang tak pernah putus dibangunkan. Katanya sebuah bangunan Podium akan dibina di sini sebab sebuah syarikat pembinaan ternama dah dapat award untuk membina bangunan yang serba canggih di sebelah masjid bawah tu. 


Nak pergi swimming pool kena beratur sebab ada nombor kena ambil dan daftar.


Boleh tahan jugaklah ramai orang nak bermandi-manda di sini.


Yes..dapat jugak terjun dalam pool!


Bila dah jadi bapak budak, memang kena jaga la budak-budak ligat ni.


Mujur juga bawa tempat letak handphone dalam plastik tu, boleh terjun sekali dengan handphone.


Sebelah malamnya sambut birthday girl yang pakai cekak tu. Walaupun berjawatan ketua jabatan di sebuah syarikat kecantikan ternama dan umur dah sepatutnya wajib kahwin, namun sifat kebudak-budakan masih lagi menebal. Tapi apartment ni memang luas dan best.


Walaupun rasa macam tak nak balik, namun terpaksa jua balik. 

Malangnya bila semua orang pun nak balik, maka terpaksa la menunggu giliran nak masuk lif. Memang menyesal juga tak gerak awal-awal sebab terpaksa bersesak-sesak dalam suasana Covid ni, namun begitu terpaksalah redah jua.

You Might Also Like

0 komen