Review Tools WFH (Work From Home) Sepanjang PKP


Berikut adalah tools Work from Home (WFH) yang saya gunapakai sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 sehingga May 2020 mengikut ranking:

1. WhatsApp

Whatsapp kalau kat Malaysia ni memang tool no. 1, kesemua maklumat berkenaan kumpulan staf dan rakan-rakan memang semua update ada di sini. Video call sebelum ini cuma maksimum 4 orang, kini telah dipertingkatkan kepada 8. Saya gunakan fungsi video call WhatsApp ini untuk video call mak saya hampir setiap hari.

2. Zoom

Setiap pagi waktu, bagi menggantikan daily morning briefing seramai hampir 60 orang di dalam syarikat akan berkumpul membaca doa di dalam meeting pagi ini. Menggunakan akaun premium kepunyaan bos, biasanya meeting akan diadakan di antara 30 minit sehingga 2 jam bergantung kepada keadaan. Hanya host sahaja boleh buat rakaman dan fungsi susunan video tiles adalah yang original dan terbaik. Zoom  online meeting setakat ini memberikan kualiti yang baik dan berkesan.

3. Microsoft Teams

Tools daripada Microsoft ini saya dan team gunapakai disamping WhatsApp. Menggunakan Microsoft Teams (Free account), kami akan buat video/audio meeting, discussion dan screen sharing presentation kebiasaannya sekitar 1 jam dan paling lama 4 jam. Terdapat fungsi chat, channel dan cloud storage serta macam-macam add-on yang lain ada di dalam tool ini. Tiada fungsi susunan video tiles dan tiada fungsi rakaman. Kualiti online meeting menggunakan Microsoft Teams setakat ini tidak mengewakan.

4. Meet Jitsi

Ini merupakan web meeting service yang agak baik. Team sebelah menggunakan tool ini hampir setiap hari. Tiada sekatan tempoh masa eg. 40 min tidak seperti akaun free Zoom. Kami pernah anjurkan online pop kuiz session yang disertai seramai hampir 40 orang (Dikatakan maksimum participant untuk Meet Jitsi adalah 75 orang). Kualiti online meeting di Meet Jitsi bagi saya lebih baik berbanding tool-tool di atas.

5. Webex

Webex kini menyediakan free account, sebenarnya tool ni dah berzaman wujud yang dipunyai oleh Cisco. Pada tahun 2007 saya banyak menyertai webinar pada ketika itu. Buat masa ni, saya cuma gunakan Webex untuk menyertai webinar anjuran orang lain sahaja. Kualiti online meeting tidak sehebat Zoom atau Meet Jitsi namun cukup baik sekiranya bandwitdh internet anda tidak selaju fibre connection.

6. Google Hangout

Tool ini sebenarnya telah berada di Gmail sejak sekian lama. Cuma ianya lebih sesuai untuk one-on-one meeting. Mempunyai fungsi chat, video call, screen sharing. Fungsi chatnya boleh disimpan dan boleh di search bagi tujuan rujukan. Kualiti online meeting di Google Hangout agak baik.

7. Google Meet

Tool ini seakan-akan Google Hangout cuma didapati pada Gsuite akaun sahaja. Dikatakan akan dibuka kepada semua Google free account, online meeting di Google Meet mempunyai kualiti yang cukup baik. Rakaman boleh dibuat dan akan diberitahu kepada semua orang bahawa sesi sedang dirakamkan. Rakaman akan disimpan terus di dalam Google Drive bagi tujuan rujukan.

8. Skype Meet Now

Web software ini merupakan kesinambungan daripada software Skype yang berkeinginan untuk menyaingi Zoom. Skype telah melalui banyak pertukaran owner dan kini anda tidak perlukan akaun Skype/Microsoft sekiranya dijemput ke dalam meeting. Untuk membuat meeting, anda cuma perlu create room dan jemput sahaja sesiapa jemputan anda dengan share link yang diberikan. Tiada had durasi online meeting, rakaman boleh dibuat dan dan akan diberitahu kepada semua participant. Link rakaman akan diberikan di dalam ruangan chat untuk anda download dalam tempoh 30 hari sebelum ianya dipadam.

9. FB Messenger

Facebook juga tidak ketinggalan di dalam menyediakan video chat dan fungsi share screen. Sekiranya anda pengguna FB tegar, ini merupakan tool yang agak baik untuk anda gunapakai bagi membuat group video chat.

Begitulah 9 pilihan online meeting yang saya telah tengok dan cuba. Kesemua tools tersebut ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda boleh cuba sendiri kesemua tools tersebut dan nilaikannya sendiri.

You Might Also Like

0 komen