Kenapa Loading Video di Netflix Sangat Lancar


Dulu Netflix ni hanya available kepada negara-negara yang secara rasminya disokong, selalunya kalau kita nak tengok Netflix, kita akan langgan VPN dan bayar mengikut currency negara tersebut, biasanya dalam US Dollar la.
 Netflix akhirnya tiba di Malaysia pada tahun 2016 dan boleh dibayar menggunakan Ringgit Malaysia. Pada bulan Oktober 2019,

Malaysia merupakan negara kedua di dunia selepas India dan negara pertama di rantau South East Asia yang mendapat Netflix Mobile Plan. Harganya pulak cuma RM17 sebulan sahaja tetapi hanya untuk 1 device. Maksudnya kalau anda cuba nak login di device yang ke-2 dah tak boleh.

Ada cara untuk mendapatkan akaun Netflix dengan cara membeli secara Kutu tetapi tu kena cari orang-orang yang menyediakan servis secara personal lah.

Saya sering tertanya-tanya bagaimana Netflix ni berfungsi sebab kalau sesiapa yang biasa handle pembinaan laman web atau sistem online, anda sudah pasti tahu betapa dahsyatnya kisah di sebalik tabir dan cara untuk menguruskan jutaan pelanggan-pelanggan walaupun secara mata kasar nampak macam benda kecil. Terima kasih kepada video Youtube How Netflix Work, saya akhirnya dapat jawapan yang saya cari. 

Saya buat kesimpulan sahajalah, kalau nak detailsnya boleh tengok video tu sendiri:

  1. Netflix mungkin (sebab saya tak buat research yang pasti) telah berurusan dengan pihak ISP tempatan untuk meletakkan appliance mereka di data center kepunyaan ISP di Malaysia. Sebab tu kalau anda buka Netflix, drama Melayu, Barat, Hindustan, Korea, Jepun semuanya anda boleh akses dengan cepat.
  2. Netflix punya partner adalah AWS, AWS pula ada membuka Edge Location di Kuala Lumpur Malaysia pada tahun 2017. Edge location merupakan Content Delivery Network  atau lebih dikenali sebagai CDN yang mempercepatkan lagi proses request dan deliver data disebabkan pengurangan jarak dan masa untuk data transfer berlaku. Sebab tu bila anda taip je di browser atau buka apps di fon anda, semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
  3. Disebabkan oleh CDN juga, data transfer yang besar sebab movie HD (selepas di compress) mempunyai saiz lebih kurang 1GB boleh di download dengan cepat.

Begitulah serba sedikit bagaimana Netflix ini berfungsi. Semoga anda pun dapat pengetahuan serba sedikit. Adios.

You Might Also Like

0 komen