Menghadiri Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Segambut
- March 22, 2018
- By Encik Jay
- 0 Comments
Pada bulan Februari yang lepas, saya telah mendapat mesej WhatsApp seperti di bawah:
Assalamu'alaikum w.b.t... Salam Sejahtera dan Salam Negara Ku Malaysia.
Dengan hormatnya menjemput semua warga Segambut hadir beramai-ramai bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga ke Karnival Kenduri 1 WP Parlimen Segambut. pada :-
Tarikh : 25/2/2018 (Ahad).
Tempat : Taman Rekreasi Jln Jambu Golok Off Jalan Kuching (belakang BHP).
Masa : 8.00 pagi.
YBM Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dijangka tiba jam 10.30 pagi.
Pelbagai acara sukan akan berlangsung :-
1. Zumba / Senam Tari.
2. Cycle Hunt.
3. Sukaneka Kanak-kanak / Dewasa.
4. Pertandingan mewarna (TABIKA/TASKA)
5. Futsal.
6. Tarik Tali pelajar sekolah dan Dewasa.
Pendaftaran peserta acara sukan - jam 7.30 pagi.
Diadakan juga pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah untuk dimenangi dan dibawa pulang. Antaranya ialah Basikal, TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, pelbagai peralatan letrik dan banyak lagi.
-Pendaftaran penyertaan Cabutan Bertuah seawal jam 8.00 pagi.
Minum pagi, Jamuan Makan Tengah Hari (Kenduri Rakyat). Minum petang dan makanan bergoreng seperti keropok lekor / nugget / chicken wing dll disediakan.
Pameran Agensi Kerajaan :-
1. MAWIP (Baitulmal).
2. Jabatan Kesihatan DBKL.
3. Pusat Pungutan Zakat.
4. Bomba.
5. Angkatan Pertahanan Awam (JPAM).
6. Kolej PICOM.
7. Giat MARA.
8. Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
9. Alam Flora & SW Corp.
10. KPDNKK.
Edaran Cermin Mata (Percuma)
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
Mohon hebahkan kepada semua kawan-kawan dan rakan taulan.
Terima kasih .
Kebetulan pula taska anak saya pun turut serta dan boleh dapat jam kredit dan sangat dekat dengan kediaman kami. Jadinya kami sekeluarga pun pergi la. Ni sedutan FB live video yang sempat dirakamkan:
Cabaran di acara ini adalah pertamanya cuaca yang panas, keduanya anak saya buat kerja mewarna tak siap, dah la tak siap warnanya pulak memang macam conteng-conteng jer. Memang takde bakat mewarna atau melukis agaknya. YBM Tengku Adnan tak datang tapi dihadiri oleh timbalannya, apa pun makanan sarapan yang disediakan memang best dan sedap.
Cuma saya sekeluarga tak stay pun sampai makan tengahari dan balik awal jadinya tak tunggu la untuk acara penyampaian hadiah cabutan bertuah. Rasanya semua orang yang stay tu pun nak tunggu sama ada dapat cabutan bertuah ataupun tidak dan makan tengahari percuma. Apa pun aktiviti yang dianjurkan ini satu acara yang bagus dan memang dinanti-nantikan kemunculannya setiap tahun.
0 komen