Hari ke-2 aku dan isteri di Patong Beach bermula se-awal pagi pukul 7am. Sebenarnya Phuket punya time lewat sejam berbanding KL. Masalahnya jam tangan aku masih lagi jam di KL. So kalau jam tangan aku pukul 7am, baru pukul 6 sebenarnya. Masalah sikit la kalau nak tahu time nak semayang. Apa pun, malam sebelumnya kitorang dah survey pakej trip nak pergi berjalan. Kat Patong Beach tu, bersepah dia punya travel agent. Baru jalan berapa tapak, dah ada gerai yang offer travel trip. Harga semua lebih kurang jer. Aku punya travel agent orang India jadinya dia punya English boleh tahan la so senang sikit nak paham. Ada macam-macam pakej daripada cabaret (persembahan pondan), trip naik boat, trip cruiser, trip naik gajah, trip naik jetski dan lain-lain. Kitorang pilih pakej yang paling santai sekali iaitu naik boat cruiser sebab malas nak beraction-pack sangat. Harganya 800 baht sorang (dalam RM80 sorang).
Van pelancong pun sampai amik kitorang kat hotel. Perjalanan daripada Patong Beach ke pelabuhan tempat nak naik bot ada la dalam 45 minit. Boleh tahan jugak la jauhnya. Yerlah, daripada hujung sebelah sini ke hujung sebelah sana. Destinasinya adalah ke Phi-phi Island.
From Holiday at Patong Beach Phuket Thailand Jan 2011 (Day 2) |
Dari Pa Tong (sebelah kiri) ke Talat Yai sebelah kanan.
From Holiday at Patong Beach Phuket Thailand Jan 2011 (Day 2) |
Naik cruiser boat daripada Phuket ke tengah-tengah sana. Phi-phi Island ni jugak tempat pertukaran boat untuk ke Krabi daripada Phuket. Perjalanan daripada Phuket ke Phi-phi Island amik masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun kitorang berjemur kat atas boat tu, tapi angin laut sejuk pulak. Orang putih memang dah berlenggeng dah kat area tempat kitorang duduk. Kitorang letak sunscreen sikit jer, tengok orang putih letak sunscreen satu botol besar tu penuh satu badan. Kat bawah ni slideshow kalau korang nak tengok perjalanan kitorang secara bergambar. Aku tahu, semua orang suka tengok gambar kan?
Antara perkara-perkara yang menarik untuk diketahui:
- Cruiser boat ni walaupun dia kata tak boleh turun boat mula-mula, turun jugak kat Phi-phi Island tu. Tapi sekejap jer la.
- Sampai kat Phi-phi Island, sapa nak pergi snorkeling akan tukar boat. Cruiser boat pulak akan ronda pulau yang berdekatan. Ada satu pulau tu tempat penggambaran cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio.
- Makan tengahari dah dimasukkan dalam pakej cruise ni. Makan di Phi Phi Hotel dan di beritahu oleh ejen tiket dan staf hotel Phi Phi tu sendiri yang chef yang masak hidangan adalah Muslim jadi makanan adalah halal. Makanan macam biasalah, Tom Yam Kung dan lauk-pauk Thai. Kat Malaysia dah biasa makan dah so takde masalah la..
- Tempoh lepak di Phi Phi Island adalah lebih kurang 2 jam jadi memang sempat kalau nak bermandi-manda di pantai pulau tu sendiri. Air laut dan pantainya memang setanding dengan Pulau Tioman yang aku pergi tahun lepas.
- Harga barang-barang di Phi Phi Island lebih kurang je macam kat Phuket. Kalau dah nama tempat pelancongan, standard la harga barang-barang dia. Macam kat Tioman aku pergi dulu pun harga lebih kurang jer.
0 komen