Peristiwa Sedih Bulan November 2009

Tersangatlah lama aku tak mengupdate blog aku ni. Last karya penulisan aku adalah pada bulan November 2009 tahun lepas. Ni dah masuk bulan Februari dah pun. Terlalu banyak perkara telah berlaku sepanjang bulan Disember dan bulan Januari. Tak sempat aku nak update blog aku ni. Blog aku yang lagi satu pun dah tak termaintain dah. Dah datang dah pun invois web hosting yang aku kena bayar setiap tahun. Tapi blog ni kat Blogger, so free jer la takde bayar apa pun.

Akhir bulan November 2009 ada Raya Haji, seminggu selepas aku pergi tengok Tari Tirana yang blog post aku kat bawah ni. Memang aku tak ke mana-mana pun time tu, time tu walid aku (aku panggil bapa aku walid) duk tengah sakit-sakit dada so bawak la ke klinik berdekatan dengan rumah. Balik tu just rest jer la kat rumah. Esoknya (29/11/2009) mak aku mintak tolong aku bawak walid aku pergi ke hospital sebab nampak macam teruk je walid aku tu punya sakit dada. Aku pun pagi-pagi siaplah bawak walid aku. Walid aku cakap nak pergi ke Tawakkal KL, so aku pun bawak la dia ke sana. Katanya walid aku pernah pergi check dada dia kat sana, tapi tak pergi follow up sebab dia rasa dah ok.

Sampai-sampai jer kat Hospital Tawakkal KL tu, doktor dah check semua, doktor kata walid aku ni dah teruk dah ni sebab tekanan darah dia tinggi betul. Diorang terus masukkan tiub dengan semua benda-benda medikal diorang. Walid aku diberi satu ubat khas ni, katanya nak cairkan darah. Doktor dah tak kasi bergerak banyak. Nak check-in kat hospital la untuk rawatan, tanya kaunter rupa-rupanya company walid aku takde dalam senarai panel hospital. So, tunggu la doktor buat surat untuk admission kat Institut Jantung Negara (IJN) dah walid aku ada kad pencen. Siap semua tu, terpaksa ambil ambulans bayar RM200 sebab memang tak boleh bawak sendiri dah walid aku, doktor tak bagi.



Time tu memang mak aku dah risau sangat. Aku terpaksalah follow ambulans tu dari belakang.



Pagi tu hari Ahad, jadinya jalan memang lengang kat tengah-tengah KL ni.



Gambar kat atas ni gambar terakhir walid aku yang aku ambik guna kamerafon aku. Walid tinggal di wad CCU Institut Jantung Negara (IJN) selama 5 hari. Doktor kenalpasti jantung walid tersumbat 1 injap. Rawatan berikutnya adalah pada bulan April 2010. Kos rawatan waktu mula-mula masuk IJN tu diorang kata boleh cecah RM30K. Tapi disebabkan walid aku pemegang kad pencen kerajaan, diorang cas berapa ratus jer. Kalau aku, memang kena harapkan insurans la, tapi aku takde la doa nak sakit pulak. Baik cegah daripada rawat.

Perisitiwa bulan Disember 2009 lagi sedih akan aku tulis dalam tempoh cuti Raya Cina akan datang ni.

Tujuan aku tulis ni bukan apa, daripada gambar-gambar dalam handfon aku ni tersimpan jer tak buat apa-apa. Baik aku paparkan untuk tatapan bersama. Baru-baru ni laptop personal aku yang aku buat semua kerja-kerja ofis & persendirian setelah hampir 2 tahun akhirnya rosak. Nasib baik hard disk dia aku berjaya selamatkan, so data-data aku masih lagi selamat. At least kalau dah tulis dalam blog ni, kenangan tu masih lagi ada. Betul tak?

Sehingga di lain waktu pula..

You Might Also Like

3 komen

  1. syg...ni peristiwa bln Nov ke Dec 2009??

    Btw, mmg kene mencegah sblum tkena pnyakit2 yg kiter xnak n bbahaya...so, ape kata, mula ngn pgram detox...so, igt2 la utk minum air kosong sllu yer syg.....luv u!!

    ReplyDelete
  2. beb,
    even aku xrapat ngn walid ko, tp shoottt...aku sedey giloss bile tahu beb....

    and,
    aku smpai skrg xjumpa lg umi ko, lepas peristiwa nih...InsyaAllah...aku akn melawat umi ko...

    ** weh, tukar la link blog aku, ni yg latest mhttp://mzhany.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semoga ayah awak cepat sembuh...

    ReplyDelete