Oh Gadis Melayu!!

23hb Mei bulan lepas, aku temankan tunang aku pergi ke Plaza Alam Sentral. Kalau bukan sebab tunang aku nak join, aku pun tak tahu menahu pasal audition ni, Audition Gadis Melayu TV9 Musim Ke-2. Kalau aku, mmg aku takde maknanya nak join audition2 ni. Daripada join audition, baik aku pergi interview kerja, lebih kurang jer kan? Dulu aku pernah pergi sokong kawan aku audition Malaysian Idol 5 tahun lepas, berapa jam tunggu da. Dah nak malam pun kawan aku time tu tak masuk2 lagi audition, aku pun cabut dulu la dah penat tunggu.

So, aku pun temankan tunang aku pergi audition kat Plaza Alam Sentral. Awal jugak la sampai, pukul 10 pagi dgn tak sempat sarapan sebab kononnya nak dptkan nombor awal. Dapat la no giliran 21. Time tu belum ramai lagi la, dah dekat pukul 11 lebih baru la ramai jugak. Aku pun takperlah, pergi la tunggu kat tempat makan sebelah. Kasi tunjuk gambar sikit:


Ramaikan gadis-gadis Melayu?



Bosan-bosan, krew pergi la amik shoot interview olok-olok



Byk jugak idea krew2 Gadis Melayu ni tak nak kasi gadis-gadis jelita ni kebosanan


So tunggu la aku kat food court. Sekali tu tunang aku msg tanya aku kat mana, aku pun tanya la "Dah sampai belum giliran?". Rupa-rupanya belum, dah pukul 1 dah time tu. Aku pun budget lepas lunch ni boleh la balik awal. Dah penat aku tawaf satu Plaza Alam Sentral tu naik turun berapa kali. Sampai la pukul 4pm, pun tak masuk2 lagi tunang aku dalam tempat audition. Tengoklah kebosanan kat luar ruangan tempat menunggu:



Sempat jugak la aku sembang2 dgn orang-orang siap dgn mak bapak yg tunggu kat luar tu. Diorang duk cerita pasal producer Gadis Melayu tu nak carik kriteria yg lain sikit berbanding dgn Gadis Melayu season first sebab katanya yg pemenang lepas tu cam lembik sangat, diorang nak yg agresif dan lincah sikit.

Pukul 5pm baru la nampak tunang aku keluar. Aku pulak yg letih walaupun duk menunggu. Apa pun, tunggu jer la tengok sama ada tunang aku dapat masuk ke peringkat seterusnya ataupun tidak. ;-p

You Might Also Like

0 komen