Aku Di Tagged

Aku telah di tag oleh 2 orang gadis MTSB, Zai dan Filah. 1st time siut!!

1. Apa perasaan sekarang?
Dah nak tgh malam ni, ngantuk siut...

2. Saya nak makan :-
Kenny Rogers, baru makan last week waktu En Shahrul belanja sempena pemergian Lau

3.Saya tak suka :-
Waktu time nak tido, time tu la selalunya idea datang pastuh ngantuk tadi boleh hilang kadang-kadang.

4.Impian saya :-
Nak bukak company virtual, office virtual, pekerja virtual dan segala-galanya virtually outsource bila ada duit. Duit jer real..haha..

5. Haiwan yang saya tidak suka :-
Lipas. Aku pernah ngigau time tido sebab nampak lipas terbang dlm bilik sebelum tido.

6.Saya harapkan :-
Dapat kawin secepat yang mungkin sebab umur tahun depan dah 29 tapi duit tak cukup lagi ni, ayam betul. Nak buat anak sebelum umur 30..muahaha..

7.Jika boleh diputarkan masa :-
Zaman menganggur. Best siut lepak jer time tuh.

8.Saya pada 10 tahun akan datang :-
Dah tercapai impian ada bisnes virtual aku sendiri

9. Handphone saya adalah sebuah :-
Alat untuk call pasangan aku menggunakan bluetooth headset time kebosanan waktu sejam drive pergi dan balik dari ofis

10. Saya pernah berchenta sebanyak :-
Banyak siut. Cinta dlm senyap, cinta monyet, cinta rahsia, cinta terjumpa dan akhir sekali cinta nak kahwin.

11.Saya suka pada :-
Internet, tak boleh la kalau terdisconnected. Terasa seperti ketandusan.

12. Kawan-kawan saya :-
Dah jarang jumpa sebab diorang semua ada family sendiri dgn anak beranak semua. Ada geng single pun tak guna jugak sebab lepak tgh2 mlm buta time aku dah ngantuk nak tido.

13.Pernah dikhianati?-
Banyak kali dah tapi ntahlah, aku ni cepat lupa kut.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?-
Biarkan jer. Dunia ibarat roda, hidup umpama layan-layang.

15.Senaraikan 8 orang untuk di tag :-
Malaslah, nak tido..Good Night!

You Might Also Like

4 komen

  1. furkis la J,
    tu ar..
    lu kawen lambat..
    org lain dh beranak pinak..
    hahhahahhahah..
    lepak la beryuppies ngan aku..
    Hohohohohoho

    ReplyDelete
  2. siotttt...

    mane aci, nak gak makan kenny rogers...arghhh beshhnyer....

    ReplyDelete
  3. nyampah! nk makan Kenny Rodgers, makan sorang2!!! xpe2....ada ubi, ada kerang, lain kali, sy mkn sorang :-I

    ReplyDelete