Panduan Menukar Tayar Pancit Perodua Alza

Pada hari Ahad lepas, perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku, selama 5 tahun memiliki Perodua Alza ni tak pernah lagi tayar pancit dan perlu ditukar dengan tayar spare, akhirnya kejadian tayar pancit itu berlaku dan berlaku pulak di tingkat 2 di dalam tempat letak kereta di dalam Tesco Extra Selayang.


Apabila saya melangkah keluar je daripada kereta, saya terdengar bunyi angin keluar daripada tayar.


Apabila disiasat, tayar belakang dah semakin mengempis. Waktu bawak kereta, ada terasa seperti di tayar macam ada bunyi pelik sedang berlaku sebelum itu.


Apabila diteliti, rupanya ada seketul nat skru sudah pun menembusi tayar ini.


Waktu umur saya 20 tahun, saya merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dalam pengkhususan automotif dan memiliki kereta sendiri. Maka pengalaman memiliki kereta sendiri dan aktiviti menggodek kereta tersebut telah memberikan latihan dan kemahiran dalam menukar tayar kereta sendiri.


Langkah pertama yang anda perlu buat sebelum buat apa-apa adalah jangan panik, tengok wallet anda, kalau ada no telefon bantuan, inilah masanya untuk digunakan.

Kalau anda nak jugak cuba jaya sendiri, periksa dulu di belakang kereta sama ada peralatan menukar tayar kereta seperti wrench dan jack ada. Seterusnya, periksa sama ada anda boleh keluarkan tayar spare anda ataupun tidak, dalam contoh saya, tayar spare Alza berada di belakang dan di bawah kereta, anda perlu turunkan tayar spare tersebut daripada tempatnya menggunakan wrench. Tayar spare saya 5 tahun tak pernah diusik, memang penuh dengan habuk, pasir yang melekat.

Masalah yang saya hadapi adalah, tayar spare saya rupa-rupanya takde angin. Setelah berfikir sejenak, nak bawak tayar spare ni ke stesen minyak di luar Tesco sana memerlukan tenaga yang banyak, saya buat keputusan untuk menukar juga tayar yang pancit dengan tayar spare dengan harapan membawa kereta ke stesen minyak untuk dipam. Biarlah tayar spare ni jahanam daripada tayar nak pakai hari-hari yang jahanam.

Oh yer, sebelum naikkan jack, (jack tersebut perlu diletakkan di tempat slot yang betul kalau tak kerosakan boleh berlaku di lantai kereta anda), anda perlu longgarkan nat tayar dulu. Memang nat tayar tu ketat jadinya anda perlu menggunakan skill tuil atau pijak wrench tersebut bagi menggunakan berat anda sebagai force untuk melonggarkan nat. Setelah semua nat dah longgar, barulah anda naikkan jack. Boleh jer kalau nak naikkan jack dulu dan longgarkan kemudian, cuma cara tersebut akan memberikan sedikit kesukaran sebab tayar dah tinggi walaupun anda dah pasang brek kaki.


Turunkan tayar yang pancit, kalau ada rasa tayar ni macam melekat ketuk sedikit (jangan ketuk kuat sangat) tetapi berhati-hati jangan ganas-ganas sebab boleh menyebabkan kerosakan komponen lain pulak seperti break dan alur nat.


Pasangkan tayar spare dan pasang nat di tayar spare. Ketatkan sedikit nat tersebut, tak perlu ketat-ketat lagi asalkan tayar spare tersebut melekat sudah. Setelah siap, turunkan jack kereta dan kemudian baru ketatkan menggunakan wrench anda dengan kekuatan tangan anda, jangan paksa atau terlalu ketat sangat nat tu untuk mengelakkan kerosakan alur nat.


Saya kemudian bawa kereta ke Petronas dan cuba memasukkan angin di tayar spare, malangnya valve tayar spare tu pulak dah rosak. Kedai pulak di sekitar Batu Caves kebanyakkannya tutup sebab hari Ahad. Maka perjalanan diteruskan ke Sri Gombak sebab ada satu kedai ni memang confirm bukak punya. Kedai tersebut sememangnya dipenuhi dengan pelanggan lain sebab memang semua kedai tayar lain di kawasan situ tutup.

Mekanik di kedai tersebut membuat tampalan tayar menggunakan getah cacing dan membaiki valve tayar spare, kos keseluruhan adalah RM10. Sebenarnya mekanik kedai tayar tu asalnya bertanya sama ada nak tampalan tayar yang baik punya (berharga RM25-35) atau biasa punya (berharga RM8). Saya pilih yang biasa punya sebab tayar ni pun bukan tayar baru dan saya mungkin akan bertukar ke tayar baru dalam tempoh beberapa bulan lagi.


Minggu sebelum tu, tayar kereta Perodua Viva saya apabila dipandu, terdapat bunyi seperti hentakan di jalan raya. Setelah diteliti, terdapat nat yang melekat. Mujurlah sempat dibaiki sebab kalau dibiarkan menghentak jalan lagi, berkemungkinan tayar ni akan rosak dengan lebih teruk.


Seperti Alza juga, untuk penukaran tayar spare Viva tak perlu turunkan tayar spare sebab memang berada di dalam boot belakang di bawah tempat alas kadboard. Jangan lupa periksa tayar spare tu ada angin ataupun tidak sebelum ditukar.


Kalau yang tadi tu tayar depan, ni pulak isu tayar belakang terlekat dawai di tepi hujung tayar. Memang setiap bulan tayar ni perlu dipam sebab akan kehilangan angin perlahan-lahan.


Bila hantar ke kedai untuk repair, mekanik kedai tu cakap ni susah woo sebab dawai tu tembus di tepi tayar yang takde dawai penyokong. Tapi dia cuba jugak la pasang dan cucuk getah cacing tu tengok keadaan macam mana dulu. Setakat ni tayar ni masih mempunyai angin dan berfungsi dengan baik.

Sebenarnya memiliki kereta adalah seperti membela binatang tunggangan, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan yang penting, sentiasa bertanyakan mereka yang berpengalaman dan jangan terpedaya dengan penjual di tempat repair kereta yang tidak bertanggungjawab. Selamat memandu!

You Might Also Like

2 komen

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete