Khamis, 14 April 2011

Ajak's Fried Chicken

Entri kali ni aku tujukan kepada member se-ofis aku yang suka makan ayam, termasuklah aku. Mareeeeee....

Ajak's Fried Chicken
Sekarang ni makin banyak pulak aku tengok orang jual ayam goreng stail macam ni. Macam-macam nama aku dah tengok. 1st sekali yang aku jumpa kat pasar malam area rumah aku kat KL, nama dia Uncle Bob Fried Chicken. Pastu keluar pulak Uncle John Fried Chicken. Ada pulak Kelantan Fried Chicken dan macam-macam lagilah. Yang ni yang paling terkini aku jumpa 'Ajak's Fried Chicken' time aku meronda kat pasar malam area belakang Bandar Putra Permai, Lestari Putra Bandar Putra Permai. Ni lokasi dia aku kasi Google Map lagi kalau korang tak tahu tempat dia:


Oh yer, pasar malam ni  setiap hari Khamis malam Jumaat. Aku try Pop Corn Chicken, harga dia RM3 satu beg kertas kecik.  Satu jer komen aku pasal Ajak's Fried Chicken ni, tak boleh challenge rasa Uncle Bob lagi la...

So apa lagi Ajak!! Mari kita ajak semua rakan-rakan makan Ajak's Fried Chicken!!

4 ulasan:

  1. wei ajak, belanja ar opismate...kedut...

    BalasPadam
  2. sebenarnya owner dia orang lain..tapi diorang bayar royalti guna nama aku..

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...