Wednesday, August 19, 2015

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (Mei 2014)

Pada bulan Mei 2014, aku telah terjoin satu event di Dataran Merdeka yang bertamakan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014. Sebab kenapa aku terjoin adalah kerana isteri aku seorang yang aktif berpersatuan, tak macam aku yang suka buat hal sendiri..hahaha..

Helmi Gimmick kat atas pentas tu

Suasana di Dataran Merdeka ketika itu

Ber we-fie dengan anak aku

Kecik lagi anak aku time ni, gigi pun ada 4 batang je..sekarang dah besar dah pun
Rasanya kali terakhir aku datang Dataran Merdeka ni waktu zaman sekolah kut, tak pun time aku rempit dulu lepas habis Diploma UiTM. Apa pun event ni sememangnya menarik.

Kunjungan ke Bayou Resort Melaka & Zoo Melaka (Jan 2014)

Tahun 2013 berakhir dengan tiada apa yang menarik sangat untuk aku kongsikan. Kini dah tiba pula tahun 2014. Permulaan tahun jer aku dah mulakan aktiviti dengan bercuti..Destinasinya adalah di Bayou Lagoon Resort Melaka.

Pintu Utama Bayou Lagoon Resort
Bayou Lagoon Resort
Bayou Lagoon Resort reception
Bilik di Bayou Lagoon Resort

Kemain seronok lagi anak aku baring atas  katil

Anak aku dan kawannya sarapan pagi
Aku tak ambil pun gambar aku mandi-manda kat Bayou Lagoon Resort tu. Yerlah, kamera fon aku bukannya kalis air. Kang tak pasal-pasal kena beli lain pulak. Sebenarnya aku teringin nak beli Sony Xperia Z1 Compact dulu malangnya aku hanya mampu beli Sony Xperia M jer. Tunggulah ada rezeki nanti.

Habis berjimba-jimba di Bayou Lagoon, pergi pulak ke Zoo Melaka.

Pertunjukan burung di Zoo Melaka
Posing dalam Zoo Melaka
Zoo Melaka ni best jugaklah. Walaupun aku dah lama tak pergi Zoo Negara, tapi aku rasa Zoo Melaka ni lagi best kut. Apa pun, yang penting kita enjoy time bercuti..

Saturday, July 25, 2015

Pengalaman Kerja di Alstom Malaysia (Sept 2013 - Oct 2013)

Setelah lebih setahun, barulah aku menjumpai semula semangat untuk mengupdate blog ni. Banyak la pulak benda nak kena 'catch-up'. Memandangkan kisah ni pun dah hampir 2 tahun, aku cerita jer la. Pada awal bulan September 2013 aku telah dihubungi oleh seorang ex-client di sebuah syarikat yang aku pernah kerja dulu. Kali terakhir aku jumpa dia adalah pada tahun 2008, nak dipendekkan cerita rupanya dia ni bos di salah satu department di dalam Alstom Malaysia dan dia tengah cari calon untuk satu jawatan di bawah jabatan yang diterajui dan akhirnya aku telah pun diterima bekerja di situ. Aku sebenarnya tak pernah dengar pun nama Alstom ni, rupanya syarikat ni sebuah syarikat multi-national yang besar rupanya.

Syarikat sekuriti sistem yang aku kerja waktu tu agak terkejut jugak la bila dapat surat notis berhenti kerja aku waktu tu tapi diorang terima je la dah aku dah pun buat keputusan. Jadinya aku pun kerja la di pusat bandar KL. Memang setiap hari aku naik tren untuk ke ofis.

The Chulan Tower bersebelahan The Royale Chulan Hotel
Biasanya tengah hari aku akan makan sama ada di cafe di tingkat 2 ataupun di Kompleks Kraftangan bersebelahan hotel sana sebab nak bajet punya pasal..hahaha..

Reception desk di Alstom Malaysia
Meja/cubicle tempat aku bekerja
Kad pengenalan syarikat / smart card untuk VPN Access ke intranet syarikat
Sesi induksi pekerja baru di Alstom
Suasana pejabat Alstom Malaysia
Suasana pejabat Alstom Malaysia
Aku sebenarnya tak jangka pun akan dapat bekerja di sebuah syarikat besar macam ni. Kalau dulu aku hanya mengimpikan untuk dapat merasai suasana bekerja di sebuah pejabat yang mega macam ni. Akhirnya impian aku tercapai jugak tanpa aku sedari. Sememangnya banyak kemudahan serta imbuhan disediakan, namun begitu aku buat keputusan untuk meninggalkan jawatan serta syarikat multinational ini disebabkan oleh perkara peribadi.

Oleh itu pada 28 Oktober 2013, aku telah meninggalkan syarikat yang sangat menarik ini. Segala ilmu pengetahuan, kenalan dan kenangan di Alstom Malaysia sepanjang tempoh singkat 2 bulan akan aku kenang sepanjang hayat.

Tuesday, June 3, 2014

Kembali ke Balik Pulau, Pulau Pinang (Jun 2013)

Aduhai, entri ni dah terlewat hampir setahun. Haiyaa..

Aku merupakan bekas pelajar MRSM Balik Pulau batch 97/98. Pada tahun 1998, sekolah kitorang didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan dari luar negara. Waktu tu memang kecoh la, yerlah awek luar negara sorang dari England sorang dari Ireland, bebudak lelaki semua memang duk wusha jer la. Kelas aku waktu tu pulak dikenali sebagai kelas terer English (aku ni takde ler terer bercakap, menulis tu mungkin boleh lagi kut) jadinya salah seorang daripada diorang ni jadi macam mentor la kepada kami-kami ni. Aku pulak sememangnya jenis berprofil rendah ni lagi la sapa nak pandang pun.

Apa pun, aku ni walaupun sebagai seorang yang berprofil rendah, aku tetap sokong segala aktiviti yang dijalankan walaupun aku berada sebagai peramai majlis atau berada di belakang tabir jer. Tak reti la aku nak berlakon sebagai berprofil tinggi, mungkin dah jiwa aku suka untuk tidak menjadi perhatian ramai. Apa pun, upacara membuka kapsul masa telah dijalankan dan semua batch aku dijemput hadir dalam upacara yang ditunggu selepas 15 tahun.

MRSM Balik Pulau: Time Capsule Countdown

22 June 2013

Majlis besar-besaran

Bersama classmate tengok kelas lama

Pintu masuk kelas lama

Kelas waktu tingkatan 4

Majlis makan tengahari

Padang MRSM Balik Pulau
Dah setel event di MRSM Balik Pulau, pergi minum petang pulak. Akhirnya kesampaian jugak hasrat untuk makan Laksa Janggus Balik Pulau setelah beberapa tahun berkunjung tetapi tutup disebabkan oleh Hari Raya.

Laksa Janggus Balik Pulau

Laksa sudah siap terhidang

Durian Musang King Balik Pulau

Hotel Penginapan kami di George Town Penang

Bilik di Old Penang Hotel
Selesa jugak la duduk kat hotel ni walaupun bilik agak kecil.

Ghani Pasembur
Malamnya kami makan di satu food court berdekatan dengan hotel (2 km jugak dekat tak dekat pun). Ingatkan best sangat Pasembur ni, rupanya tak berapa best pun.

Sarapan di SlowRock Cafe berhadapan dengan Hard Rock Cafe

Bangunan UMNO yang tiang telekomunikasinya jatuh hari tu

Selfie anak-beranak di Penang Time Square

Naik feri Pulau Angsa

1st time naik feri yang ada tempat duduk kat tempat kereta

Selfie anak-beranak lagi sekali di atas Feri

Singgah UiTM Permatang Pauh jap jumpa adik
Begitulah sedikit sebanyak kisah perjalanan 2 hari 1 malam kami sekeluarga ke Penang.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget