Lubuk Perabot Terpakai Di Jalan Ipoh Kuala Lumpur

Kedai Chai & Chai Trading Sdn Bhd ni sebenarnya hampir setiap hari saya akan lalu dalam perjalanan pergi ke tempat kerja tapi saya tak pernah pun terfikir nak menjejakkan kaki, sehinggalah selepas saya berpindah rumah dan perlukan meja khas untuk "Work From Home" sebab asyik buat kerja di rumah di merata-rata tempat dengan hanya meja laptop IKEA.

Daripada luar saya duk membayangkan tempat ni takde la besar sangat, tapi bila dah masuk dalam dah macam masuk mini-IKEA.


Parking kena tengok nasib jugaklah tapi biasanya kalau datang awal, ada jer tempat.


Nak jalan masuk kedai pun dah nampak dah barang-barang yang boleh dibelek-belek.


Ni tingkat 1, macam-macam jenis meja pejabat boleh dilihat, dipegang dan ditempah.


Norma baru naik lif, dulu boleh muat sampai buzzer bunyi, sekarang ni kena ada jarak-jarak.


Mulanya nak cari kerus-kerusi murah je, tapi bila fikir balik kerusi ni kalau nak buang pun banyak kerjanya, lebih baik melabur lebih sedikit supaya tiada suara-suara penyesalan muncul.


Okay, dah jumpa kerusi yang berkenan. Mulanya ingat nak order kat Shopee je kerusi gaming sebab nampak orang beli nampak okay. Tapi lepas fikir balik dan baca-baca review, kaki kerusi gaming yang murah ni cepat patahlah, rosaklah dan macam-macam. Tengok kaki kerusi ni nampak utuh, ada headrest, lepas tu ada fungsi hydraulik naik turun. Lebih berbaloi dan selesa bila dah cuba.


Okay, jom berangan bukak ofis sendiri.


Dah jumpa meja yang sesuai, siap ada tempat plag untuk laptop yang kemas.


Untuk meja yang hemsem macam ni, harga pun hemsem gak. Okay, booking terus.


Sambung eksplorasi ke tingkat VIP. Lagi banyak rupanya perabot best-best!


Kalau tengok benda yang berkenan dan ngam dengan bajet, memang kena cepat-cepat booking sebab barang-barang kat sini memang laku keras rupanya.


Kalau ada barang-barang ofis anda yang nak bungkus atau dah tak nak tengok lagi, boleh tanya kedai ni tengok berapa boleh tolak.


Gaya seorang bakal bos di atas kerusi berharga RM1,500!


Impian mana-mana bos untuk ada ofis yang selesa dan 'impressive'. Saya pernah berkhidmat dengan beberapa bos, ada sorang bos ni bila masuk ke dalam bilik, terasa seperti berada di dunia lain. Saya tak tahu apa dia buat tapi memang lain macam bila masuk bilik dia.


Almari kaca display yang solid dan cantik ni cuma berharga RM680 weh! Adui..letak kat rumah ni memang sedap mata memandang.


Mem Besar tengah check kerusi empuk yang sangat menarik ni. Mesti dalam hati kalau ada bajet dan ruang kat rumah ni dah angkut terus ni.


Warna oren sememangnya mempunyai daya tarikan yang sangat kuat kepada pemilik barang-barang berwarna oren.


Kembali ke meja yang dah ditempah untuk satu lagi round inspection.


Tiba-tiba muncul keretapi MRT di luar tingkap.


Kalau tak boleh nak baca, kena zoom gambar di atas ni untuk terma dan syarat membeli di Chai & Chai Trading Sdn Bhd. Oh ye, saya tidak bekerja atau promoter kepada Chai & Chai ni tau jadinya tak takde maklumat lanjut kalau nak tanya apa-apa.

Kos yang dihabiskan untuk membeli satu set meja dan kerusi di atas adalah RM500. Saya terlupa nak ambil gambar waktu masukkan perabot baru beli ni ke dalam kereta Alza saya. Mujur muat masuk sebab kalau nak upah kedai hantar, booking queue dekat sebulan. Keadaan bilik agak bersepah lagi sebab baru pindah tapi dengan adanya meja dan kerusi baru ni, semangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda semakin membara. 

Terima kasih kepada semua sokongan yang diterima oleh anda semua!

You Might Also Like

0 komen