Habis jer PKP dan masuk ke PKPP, kami sekeluarga terus mengambil peluang yang ada untuk 'ambil angin' setelah lama terperap di rumah. Kami balik ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut kononnya nak ke Teluk Batik. Namun kami dapat rekomendasi yang lebih baik iaitu di Senangin dan saya belum pernah ke Senangin ni. Agak jauh juga Senangin ni daripada Lumut namun agak puas hati bila dah sampai.
Bergambar di hadapan Char Kuey Teow Pak Tam Senangin.
Sebelum tu, bergambar di tepi jeti Lumut.
Di Lumut, kalau tak singgah beli ikan bilik mata biru, memang saja sangat la.
Dah sampai ke kedai borong di Lumut ni, kalau tak datang dengan order-order daripada sanak-saudara, memang akan beli borong untuk stok sendiri nak masak la.
Budak-budak bila dah jumpa pasir, memang tak dapat dibendung lagi dah.
Makanan kami di Char Kuey Teow Pak Tam Senangin. Kami dah memang lapar dah waktu tu, memang hentam jer la.
Rambut PKP dihembus bayu laut.
Suasana di tepi pantai.
Pantai sini bersih juga.
Boleh pulak ada orang jual aiskrim duk bawak motor ke hulu ke hilir kat sini. Namun begitu, kenalah berusaha menjana kembali pendapatan dah habis PKP.
0 komen