Upgrade Lenovo Ideapad 100-14IBD HDD ke SSD (GALAX GAMER SSD L 480GB Review)

Saya ni jenis yang kalau saya boleh buat sendiri, saya akan cuba belajar dan buat sendiri. Setelah beberapa hari menerokai dunia hard disk, rupanya terlalu banyak perkara yang saya masih tak tahu. Nanti saya cuba rungkaikan serba sedikit. Apa pun, pelaburan atau pembelian Solid State Drive (SSD) merupakan satu perkara yang boleh merubah kehidupan penggunaan komputer anda, saya ingat benda ni main-main tapi memang serius.


Link video di bawah ni merupakan video yang saya rujuk sewaktu membuat penukaran HDD ke SSD. Memang telah banyak membantu berbanding video-video yang lain:

How to disassembly Lenovo ideapad 100-14IBD | Upgrade HDD - SSD , RAM 4GB - 8GB

Sebelum penukaran bermula, ada satu perkara yang perlu dibuat iaitu 'planning'. Secara kasarnya nak tukar hard disk ke SSD ni dari pembacaan dan tengok YouTube ni nampak macam mudah. Tapi cuba buat tengok? Start daripada sini terdapat seribu satu persoalan akan timbul.

Pada asalnya sebelum beli GALAX GAMER SSD L 480GB ni, saya dah wusha produk ADATA SSD SU630 480GB sebab ADATA ada menyediakan macam-macam tools software free untuk proses migration. Namun demikian, disebabkan GALAX GAMER SSD ni harganya RM36 lebih murah termasuk shipping, maka saya pun ambil yang lebih jimat. Tapi sebenarnya saya sarankan anda kalau nak beli, dapatkan semua maklumat dahululah kalau nak buat apa-apa keputusan.



Perkara pertama saya buat sebelum DIY tukar HDD ke SSD ni, saya dah sediakan laptop spare dulu just in case kalau usaha ni gagal sebab laptop saya gunakan ini adalah laptop utama, data semua dah backup ke akaun Onedrive 5TB (Tak sampai 1TB pun guna) dan juga external HDD. Paling penting adalah nak kena buat clone HDD ke SSD sebab saya tak nak apa-apa pun berubah dalam laptop saya sebab kalau buat fresh installation Windows 10 Home, banyak software-software nak kena cari dan install balik, lagi banyak kerja nanti dengan license activation la apa bagai. Saya ada masa cuma 1 malam je sebab esok paginya ada online Zoom meeting nak kena hadir sempena PKP.


Tools untuk buat cloning adalah external SATA connection, alat ni sebenarnya external HDD enclosure jer, boleh beli kat Shopee tak sampai RM20.


Cloning HDD ke SSD dalam proses.Oh yer, sebelum tu, kena pastikan saiz data dalam HDD dah clean up dan saiz HDD mesti lagi kecil daripada SSD. Macam kes saya, HDD 500GB, SSD ni 480GB. Saiz data dalam 240GB je setelah clean up proses dibuat. Nak tahu apa folder paling besar saiz data yang saya jumpa menggunakan software WinDirStat? Telegram Web dalam Google Chrome saya, berpuluh GB rupanya duduk tersimpan dalam HDD..adoi..Pelik jugak tengok kenapa HDD saya ni nampak macam takde simpan file banyak tapi free space tinggal sikit. Proses start pukul 9.30 malam.


Saya guna software EaseUS Todo Backup Free 12.0, just follow je instruction dalam software ni.


Dah 2 jam setengah tak siap-siap lagi cloning ni. Tido dululah sebab dah tengah malam ni pukul 12.50 pagi.


Bangun pagi 6.30am, dah siap dah. Jumlah masa diambil untuk buat cloning adalah hampir 4 jam setengah. Maksudnya pukul 3 pagi lebih dah habis dah rupanya.


Setelah shutdown, kini bermulalah proses pembukaan laptop ni buat kali pertama setelah 3 tahun dipakai. Kalau laptop anda masih baru, baik tengok dululah waranti. Laptop saya ni dah 2 tahun dah tamat waranti. Kalau beli laptop dan tak nak pening kepala, waranti tu sangat penting.


Ini tools screw driver yang saya pakai, beli daripada Mr DIY RM3 macam tu.


Perkara pertama setelah semua skru dibuka, kena bukak dulu keyboard.


Tu dia, habuk tebal tak ingat kat exhaust fan. Ini kat bahagian atas punya view. Punyalah pemalas nak servis.


Ok, bukak bahagian bawah pulak. Saya takde yang chip cungkil macam orang main gitar tu yang professional guna jadi saya pakai kad AEON membership terpakai. Kalau pakai kad kredit kang jahanam pulak kad tu.


Pandangan kipas berhabuk daripada sisi bawah pula. Habuk tebal tak ingat.


So, beginilah pandangan setelah laptop ni dibuka. Mulanya saya ingat nak upgrade RAM daripada 4GB ke 8GB dengan beli sekeping lagi DIMM RAM tu. Saya duk baca-baca katanya RAM laptop ni di soldier terus ke motherboard jadinya slot tu kosong sebab kat task manager windows tulis slot used 1 of 2. Rupa-rupanya ada sekeping jer RAM nya. Kalau nak upgrade, kena beli sekeping 8GB RAM DDR3 SODIMM 1600MHz, tu dah maksimum sebab laptop ni memang specnya macam tu.


Ada sedikit struggle berlaku sebab ada screw ketat sangat tak boleh nak bukak. Akhirnya berjaya juga menggunakan skill tuil hasil belajar automotif zaman dulu-dulu.


Inilah rupanya HDD Seagate yang selama ini digunapakai. Ingatkan produk Seagate ni daripada Malaysia, rupanya HDD saya ni daripada China. Mungkin disebabkan usia, HDD ni dah semakin tak efisyen, kalau tengok di task manager, asyik running pada 100% dalam tempoh yang lama menyebabkan keseluruhan sistem laptop jadi sangat lambat. Disebabkan itu juga laptop saya menjadi panas dan cepat kehabisan bateri.


Okay, sekarang ni tibalah masa untuk memasang SSD baru ni yang dah siap di klon ke dalam laptop ini. Saya sebenarnya pelik kenapa SSD ni kalau nak banding dengan HDD biasa berat dia sangat ringan. Lepas tengok gambar ni baru faham kenapa.


Rupanya ada 2 ketul chip jer lepas tu lagi separuh enclosure SSD ni kosong je. Memang betul-betul ringan la.


Okay dah siap, nanti saya akan tulis mengenai pengalaman menggunakan SSD berbanding HDD dalam blog post akan datang.

You Might Also Like

0 komen