Pengalaman Membeli Canon E470 WiFi Printer Secara Online
- April 25, 2020
- By Encik Jay
- 1 Comments
Saya baru perasan, pada ketika blog post ini ditulis, Blogger telah pun upgrade interface back-office nya setelah bertahun-tahun tiada sebarang major update. Interface nak menulis dan features editornya dah semakin baik. Cara nak masukkan gambar dan video pun dah semakin improved. Saya pada mula bercadang nak menukarkan JayHemSem blog ini ke self-hosted Wordpress platform (jadi orang banyak idea memang pening) namun begitu setelah difikirkan saya pernah banyak abandon Wordpress blog sebab Wordpress ni renyah dan banyak kerja-kerja disebalik tabir walaupun cukup powerful, saya buat keputusan untuk kekalkan jer la blog di blogger ni dan buat projek sampingan sahaja di Wordpress.
Baiklah, kembali ke topik, bermulanya PKP pada 18 Mac yang lalu, anak-anak saya dah tak boleh nak ke sekolah. Cikgu pula beralih ke group WhatsApp untuk bagi kerja sekolah. Keperluan mendapatkan printer tiba-tiba jadi penting, maka saya pun terus search di Shopee, setelah membuat beberapa pembacaan dan tonton YouTube video review, saya terus buat pembelian HP Deskjet 2622 seperti di bawah ni.
Waktu tengah search printer mana nak beli ni, saya perasan yang semakin lama kalau delay beli printer ni harga semakin hari semakin naik. Betul-betul goreng pisang panas printer di kala tempoh PKP ni. Kat atas ni harga paling murah yang saya sempat sambar.
Malangnya, setelah 10 hari menunggu,status order takde tulis shipped pun. Hati dah semakin panas, chat dengan seller pun langsung takde respon maka terus issue cancellation. 3 hari seller masih juga tak respon, maka duit pun secara automatik Shopee kreditkan ke dalam Shopee Wallet. Duit masuk dalam wallet jer, pada hari yang sama terus saya buat pembelian printer brand lain pulak setelah baca review HP Deskjet 2622 tu takde function connect ke router network rumah (tak berapa pasti ini betul ataupun tidak). Maka saya beralih ke brand Canon. Walaupun terpaksa topup sikit duit sebab harga printer dalam tempoh hampir 2 minggu semakin mahal, saya teruskan juga pembelian Canon E470 ni setelah menonton banyak video YouTube review.
Dah baca kat review dan testimoni page produk tu, ada customer yang dapat barang mereka dengan pantas guna seller ni. Pulak tu hanya seller ni sahaja yang bundlekan kertas A4 sebagai pakej pembelian. Maka saya pun terus buat pembelian di atas ni.
Nak tunggu barang shipped sahaja dah makan masa 4 hari, kemudian tunggu pulak 7 hari menjadikan keseluruhan penungguan 11 hari barulah WiFi printer ini tiba.
Balut guna plastik je seller ni? Biar betul? Agak kecewa juga kerana keseluruhan masa yang diambil untuk membeli perinter mengambil masa hampir sebulan. Tapi ni cuma pengalaman saya lah, mungkin orang lain lebih bernasib baik. Oh yer, saya ada buat video unboxing di bawah:
Kalau anda pun ada pengalaman membeli printer dalam tempoh PKP ni, saya berminat nak tahu juga. Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan gambaran dan input serta maklumat kepada anda semua. Sekian.
Berminat nak beli ink printer refill. Klik di sini.