Pada 30 Jun 2017, kami telah berkesempatan membuat satu trip ke Penang. Jom kita terbang dulu sebelum mendarat tengok mainan pulak:
KLIK DI SINI untuk menonton video rakaman |
Lokasi Toy & Fantasy Museum Penang ni terletak di Teluk Bahang. Tempat ni memang tak nampak daripada tepi jalan jadinya agak tersorok sikit, guna Waze jer. Saya pun dapat tahu pasal tempat ni selepas tu browsing online kat dalam smartphone sebab agenda jalan-jalan buat pun dah sampai Penang.
Toy & Fantasy Museum Penang ni dikatakan mempunyai koleksi lebih daripada 100,000 mainan yang terkumpul sejak dibuka tahun 2005. Bagus jugak owner museum ni, dah habis ribu-riban belanja beli mainan, collect la balik duit dengan bukak museum sendiri. Memang tak macam saya la, beli mainan bagi anak lepas tu habis hancur berkecai di belasah oleh anak-anak lelaki bijak bistari saya ni.
Pintu masuk Toy & Fantasi Museum |
Cuaca agak panas hari tu, mujur ada aircond dalam ni. Besar jugak la tempat ni. |
Terminator life size doll |
Koleksi mainan Cars |
Selfie sikit dengan budak-budak |
Mainan Back to the Future..legend mainan ni |
Anak sulong saya tengah gila Mario waktu ni, sekarang ni dah gila mainan lain pulak |
Game Mario ni saya main waktu awal 90-an, time tu guna game console Micro Genius. Best giler zaman tu. |
Memang puas la budak-budak tu duk berlari dalam museum ni |
Budak-budak ni tak tahu pun nama robot tu R2D2, bapak budak jer tahu..diorang ni tahunya Star Wars jer.. |
Memang belambak-lambak mainan besar pulak tu dalam museum ni |
Captain America life size doll |
Thor dan Wonder Woman dan lain-lain lagi life size doll -Tonton Video- |
Lara Croft - Teringat zaman duk beli CD Game Tomb Raider kat Kota Raya KL. Zaman guna internet dial-up..huhu |
Batman life size doll |
Cars lagi |
Halo 2 |
Lara Croft versi askar |
Star Trek rasanya patung pompuan ni |
Lara Croft lagi |
Koleksi mainan Mario dan Luigi |
Selfie video di dalam Toy & Fantasy Museum Penang ni -Tonton Video- |
0 komen