Menjadi seorang ibu atau bapa bukannya perkara mudah. Antara daya ketahanan demi menjadi pasangan ibu bapa adalah daya ketahanan kewangan. Sebenarnya tak semestinya bil perlu dibayar oleh diri sendiri, kadang-kadang kita boleh salurkan cara pembayaran dibuat oleh orang lain. Itu satu skill yang tidak diajar waktu zaman persekolahan dulu.
Kali ni aku nak share berapa sebenarnya kos yang perlu ditanggung sekiranya melahirkan anak secara pembedahan di PPUM. Kos ni sebenarnya lain orang lain dia punya cas tapi sekurang-kurangnya boleh kasi anggaran kasar sekiranya pembaca blog aku berminat untuk bersalin di PPUM.
Setelah 4 hari berada di tingkat 6 wad bersalin PPUM, akhirnya doktor benarkan isteri aku dan anak aku discaj daripada hospital. Anak aku sebenarnya ada kena sikit penyakit kuning, aku sebenarnya tak mengkaji sangat pun pasal penyakit kuning ni. Mak aku duk citer pasal aku dulu kecik-kecik dekat seminggu duduk kat hospital sebab kena penyakit kuning tapi aku tak berapa kisah sangat pun sampai la anak aku sendiri kena, baru la aku start baca-baca pasal penyakit kuning ni. Baru aku faham kenapa kebanyakan bayi kena penyakit kuning ni. Yang tu aku citer dalam blog post lain la ok?
Slip Discaj PPUM untuk dapatkan ubat |
Bil Bersalin secara Caesarean (Czer) di PPUM |
Ni pun mujur jugak PPUM ni dikira sebagai Hospital Kerajaan walaupun sebenarnya dia bukan di bawah Kementerian Kesihatan. PPUM ni kalau ikutkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sebab carta organisasi dia berada di dalam Universiti Malaya. Kalau ikutkan kos di PPUM lebih mahal harganya kalau dibandingkan kat Hospital Kerajaan yang lain. Kalau korang nak jugak bersalin di Hospital Swasta, pandai-pandai koranglah nak tengok bil tu camner ok?
Oleh yang demikian, tips yang aku dapat berikan di sini:
- Kalau tak boleh nak menabung, bersedialah untuk membeli insurans yang boleh menebus kembali kos perubatan (baca betul-betul polisi insurans anda beli tu dulu ok?)
- Kalau bekerja di sektor swasta, pastikan majikan boleh cover kos perubatan sekurang-kurang dapat ringankan tanggungan.
- Paling bagus adalah bekerja di sektor awam (kerajaan) sebab hampir kesemua kos boleh ditanggung oleh kerajaan di hospital kerajaan la of course
- Kalau tips di atas tak relevan untuk anda, sila rujuk di klinik kerajaan yang berdekatan dan bersedialah untuk mematuhi segala proses kerja dan sila simpan segala komplen anda
4 komen
Nk tnye. Duit utk deposit tempahan bersalin $500 masa register dulu dah termasuk dlm bill ni ke?
ReplyDeleteNk tnye. Duit utk deposit tempahan bersalin $500 masa register dulu dah termasuk dlm bill ni ke?
ReplyDeletesalam kenal..trjumpa blog ni waktu gugel2 pasal brsalin di PPUM...jemput follow kmbali :)
ReplyDeletesalam semua ..betul ke besalin normal di ppum akk di beri ubat tahan sakit semasa jahit luka
ReplyDelete