Sehari sebelum majlis perpisahan kecil-kecilan di syarikat yang bakal aku tinggalkan waktu tu, aku menerima satu panggilan telefon daripada satu agensi pekerjaan. Dia kata yang dia berminat tengok profile aku di Monster.com.my dan nak hantar profile aku ni kepada satu client dia. Gaya cakap dalam telefon lagi aku dah tahu dah yang ejen ni daripada India. Memandangkan aku waktu tu masih dalam mood bercuti, aku pun okaykan aje. Dia siap bagitahu jawatan dan syarikat yang dia nak hantar profile aku tu, sebuah syarikat IT yang agak terkemuka juga. Dalam hati aku, aku tak rasa mereka akan berminat dengan pengalaman dan lagi-lagilah kelayakan aku yang belajar dalam bidang lain, kerja bidang lain.
Keesokannya harinya selepas majlis perpisahan aku tu, aku menerima satu lagi panggilan telefon daripada ejen tu dan dia kata client dia dah pun bersetuju untuk mengadakan satu temujanji temuduga pada minggu hadapannya. Aku terkejut jugak sebab aku tak jangka pun sebuah syarikat IT yang ada dalam list di Bursa Saham berminat nak jumpa aku yang kerdil ni. Jawatan pulak bukan jawatan yang main-main punya, Account Manager tu. Aku jawab kat ejen aku tu tolong hantar e-mail detail dulu untuk aku teliti dulu dan aku akan bagitahu keputusan aku petang sikit.
Setelah berfikir dan berfikir, aku akhirnya buat keputusan untuk menolak tawaran temuduga ni sebab sebelum ejen tadi tu call aku, syarikat yang aku akan mula bertugas minggu depannya dah pun call dan aku pun telah confirm yang aku akan datang lapor diri. Aku pun hantarlah email kepada ejen tadi, dia call aku balik pastu dia macam tak puas hati kenapa aku tak nak pergi semua. Aku tersilap pulak pergi bagitahu dia berapa gaji aku kat syarikat yang offer aku tu, dia pun cakap la yang gaji yang client dia tawarkan ni range adalah daripada RM4k - RM10k dan aku sepatutnya dapat at least RM1k daripada jumlah gaji aku sekarang ni berdasarkan pengalaman yang aku dah ada semua. Aku cakap dengan baik kat dia yang aku dah pun confirm nak lapor diri semua, pastuh dia boleh pulak bagi cadangan kat aku untuk lapor diri lewat sikitlah, dia kata kalau aku nak carik kerja lain pun mesti paling kurang pun setahun lepas kerjalah, jangan sia-siakan peluang ni lah. Aku jawab kat dia, aku mintak maaflah sebab kalau temuduga minggu depan memang aku tak dapat hadir lagilah sebab aku dah mula kerja, takkan dah mula kerja boleh pulak sesuka hati keluar pastu pulak nak pergi interview kerja lagi. Dia pun kata okay, dia suruh aku fikirkan dulu malam ni, esok dia akan call aku balik. Aku memang dah buat keputusan tak nak pergi dah lah.
E-mail panggilan interview dan borang permohonan kerja di HeiTech Padu |
1st time aku nak pergi job interview naik tren |
Tren Komuter ni dah baru lah. Koc dia sekarang dah cantik dan moden. |
Hentian bas di hadapan Carrefour Subang Jaya |
Dalam teksi, dah nak sampai ke destinasi |
HeiTech Village: Sampai jam 5.10pm |
HeiTech Managed Services |
HeiTech Padu Level 1 |
Aku di lobi Corporate Reception HeiTech Padu |
Habis jer interview, aku terus ke Summit USJ bersebelahan HeiTech Village dan Segi College. Kat tengah-tengah ruang legar ada jualan murah buku oleh Popular Bookstore. Aku terjumpa buku ni (harga murah giler, RM10 jer sebuah. Terus aku angkat sebuah..):
Ultimate Selling Power dan Superstar Sales Secrets |
Aku teringat kembali zaman aku belajar pasal Sales ni 7 tahun lepas. Waktu tu aku tengah gila pergi ke semua seminar pasal Personal Development. Siap kerja lagi dengan seorang jutawan British yang sekarang ni nama dia tengah hot dalam bidang Sales Training. Kenapalah aku tak apply semua ilmu yang aku dah belajar dulu? Agaknya bila berada di zon selesa, kita akan kurang berusaha meningkatkan tahap kemahiran diri kita. Bila dah keluar daripada zon selesa macam aku sekarang ni yang duit pun dah nyawa-nyawa ikan jer tinggal, baru lah terhegeh nak berusaha kuat sikit untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin betullah apa orang kata, ada hikmah di sebalik musibah. Mungkin inilah masa dan ketikanya perubahan dalam hidup aku sedang diatur oleh satu kuasa yang kita sendiri tak tahu atau sedar.
8 komen
hey luuu, kasi justify la lu punya entri, tak suker dowh tak kemas...
ReplyDeletetp entry ko bagus...ahhaa sbb org bc mcm bleh rs xperience ko tuh
Slm Jay, eh nak tanya larh dia orang punya interview in English @ BM? sbb saya pun ada interview kat HeiTech nanti.. kalau in English not so influence larh :(
ReplyDeleteTu bergantung kepada siapa yang akan interview, tapi biasanya orang Melayu jugak rasanya kat Heitech ni. Selalunya diorang akan sarankan cakap English tapi kalau rasa lebih selesa cakap Melayu, pastikan cakap dengan penuh konfiden la ok?
ReplyDeleteSlm, nk taye, cm mane nk apply kt Heitech? Sy baru2 lg cari kerja ni.
ReplyDeleteBoleh guna pelbagai cara nak carik kerja ni. Antaranya cari di Jobstreet, JobsDB, Monster, Mudah dll. Selain tu boleh guna agensi pekerjaan macam Kellys dll. Cuma kalau bertekad nak kerja di satu kampeni yang dah target, kol/email aje HR di Heitech sana. Nak contact person, no phone direct HR diorang, PM aku..
Deletesalam nak tanya. bang keje lg ke kat hitech padu ? saya fresh grad..bidang it...ade keje kosong tak skrg?
DeleteAku dpt offer keje kat Heitech Padu ni tapi aku tak terima pun. Keje kosong rasanya sentiasa ada tapi perlukan 'connection' sikit. Aku hari tu guna perkhidmatan 'head hunter' untuk dapatkan interview cumanya kalau fresh grad ni peluang tu bergantung pada nasib gak..ni berdasarkan pendapat aku la..
DeleteSalam,saya tau yg entri ni dh agak lama..just nk sedikit info.last week saya ade attend intvw dgn HPadu jawatan Acc Manager jgk.just nk tau,berapa lama yer dorang amik masa utk call dan beritahu awak dpt offer bekerja dgn mereka?thanks in advance!
ReplyDelete