Berbuka Puasa di Homst Taman Tun Dr Ismail

Sedar tak sedar, dah tinggal seminggu jer lagi nak raya dah? Tak sempat aku nak meng'update' blog ni pun. Haiya..Apa pun, setakat hari aku tulis blog entri ni aku masih lagi belum ada rezeki untuk berbuka di tempat-tempat mewah macam di hotel. Tapi tu tak berapa penting pun, yang penting perut mesti kena isi. Cumanya, kalau pergi bazar Ramadan jer, mesti kengkadang budget makan tu terlebih pulak.

Pada hujung minggu awal bulan puasa hari tu, aku dan isteri berkesempatan berbuka puasa di cawangan utama Homst Restaurant bertempat di TTDI. Ni first time aku datang ke restoran ni, sebelum ni aku biasa pergi kat Homst Restaurant di Shah Alam di belakang Tesco Extra Shah Alam. Homst ni sebenarnya restoran Chinese Muslim. Makanannya memang berbeza sedikit dengan makanan Melayu dah kata chinese kan?

Kaunter bayaran Homst
Restoran ni kecik jer sebenarnya. Tapi kira okaylah bagi aku. Siap ada Wi-Fi free lagi, jadinya kalau ada smartphone memang boleh jer nak surfing ke Facebook, Twitter punya.

Buttered Prawn
Ni antara lauk favourite aku, udang yang diletak butter. Aku dulu first time jumpa yang macam serunding ni, aku ingat apa benda lah, rupanya butter. Ntah camner dia buat benda ni aku pun tak tahu. Tapi memang kalau meratah sedap tu.

Ayam Black Pepper
Aku ni memang peminat ayam, jadinya kalau ayam takde, tak berapa syiok makan nasi. Bukanlah nak kata aku ni memilih makan, kalau dah lapar tu bedal ajer apa yang ada...hehe..

Silver Anchovies Frid Rice
Orang lain semua dah dapat makanan masing-masing, aku punya jer lambat. Ntah kenapa ntah, tapi mujur sebelum buka puasa sampai. Nama nasi goreng ni kemain lagi, cuba baca 'Silver Anchovies Fried Rice'. Tapi kalau ditranslatekan 'Nasi Goreng Ikan Bilis' jer pun. Haha..

Yee Mee
Ni juadah berbuka bini aku. Aku tengok macam ciput jer makanannya tapi dah bini aku punya selera tak sebesar aku, takperlah.

Ada juadah lain lagi yang aku tak snap gambar. Tapi overall, memang sedap-sedap makanan kat sini. Cuma satu jer la, bila makan makanan sedap-sedap ni, setakat rasa sikit-sikit memang syiok. Bila dah makan banyak, dia jadi macam rasa muak pulak. Makanan yang simple-simple jugak yang selalunya makan tak ingat. Apa pun, terima kasih kepada isteriku tersayang kerana belanja makan berbuka ni.

Ada lagi seminggu jer lagi sebelum Hari Raya jadinya aku ucapkan..Selamat Berpuasa...


You Might Also Like

4 komen

  1. Assalamualaikum. saya ada baca entry dalam blog akak pasal HOMST Restaurant. Saya perlukan pertolongan awakk untuk assignment saya. Boleh tak awak tolong jawab soalan survey mengenai HOMST Restaurant? Sebab susah saya nak cari orang awam yang pernah makan kat situ. Harap awak sudi tolong. Terimakasih.

    kalau sudi, saya perlukan email untuk forward questionnaire.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Sila gunakan borang di link ni untuk hubungi saya:
    http://jayhemsem.blogspot.com/p/siapa-jayhemsem.html

    Saya akan bagi tips bagaimana nak cari org2 yang pernah makan kat HOMST tu. :-)

    ReplyDelete