Kerja, Tugas, Tugasan, Mana Satu Da?

Aku jarang bercerita tentang kerja aku. Mungkin pada sesetengah orang, kerja aku ni susah. Ada orang lain pulak nampak kerja aku ni senang dan rileks. Pada aku pulak, kerja aku kalau dah tahu tu senang la, tapi kalau tak tahu, sememangnya la susah. Inilah apa yang berlaku minggu lepas bila kerja aku (yang tak sepatutnya menjadi kerja aku pun, dah takde orang lain nak takeover) tiba-tiba datang satu kes yang melibatkan skill teknikal yang agak tinggi. Mana tak tingginya, nak kena gunakan bahasa komputer yang aku tersangat jarang guna iaitu SQL.

Aku bukannya tak nak belajar, kehendak tu ada malangnya keperluan tu takde. Tup-tup tiba-tiba keperluan ada pulak, tapi kes yang datang ni takdelah isu besar sangat aku rasa. Jenuh aku godek-godek balik segala dokumenlah, tengok balik scripting2 yang aku tak pernah guna, call dan e-mail screenshot orang lama yg dah berhenti tu, just nak setelkan satu kes. Tak setel lagi aku rasa, tapi biar jer la dulu. Bukannya aku tak nak kasi kerja yang komited dan berkualiti..Mmm..nanti la aku tengok (dalam erti kata lain, kita buat-buat tahu jer..haha..mkn gaji buta..tapi nak kata buta pun, kerja ni kalau kat tempat lain, gaji aku s'kang ni ciput kalau nak bandingkan..haha). Apa pun, aku ada luangkan sedikit masa la untuk belajar pasal pengkalan data ni.

Buku ni kalau beli kat Amazon, harga dia dalam USD25 (Lebih kurang RM90). Kalau ikutkan, nak bayar RM90 tu banyak jugak duit tu semata-mata untuk belajar asas mengenai pengkalan data. Tapi memandangkan aku boleh dapat free, aku download jer la. Cumanya bila benda yang boleh dapat free ni, kita jadi macam endah tak endah jer. Aku dah habis dah baca buku ni, tapi aku just 'glance through' dan tak 'go to detail' la. Sejam jer pun kalau tak silap aku, tapi ada la benda2 asas yang aku dapat. Tapi buku ni tak teknikal sangat. Mungkin aku ni jenis yang suka amik tahu dari segi luaran jer kut, bukan jenis CSI punya orang. Ada sapa-sapa yang lain nak baca ke buku ni?

Rasa macam takde point pulak aku tulis blog post ni kali ni. Kesimpulannya, buatlah kerja yang anda rasa serasi dengan diri anda. Kalau tak serasi tu, better carik jalan penyelesaian awal-awal atau lari cepat-cepat supaya diri anda tidak rasa terkongkong. Boleh pakai ke nasihat ni? ;-P

You Might Also Like

2 komen

  1. Boleh2 ..ayat kau mmg best sekali kat bawh tue...tp masalahnyer masih x jumpe lagi yang tul2 nak ... mcm mna?

    ReplyDelete
  2. erm..pe nk komen ek..kira aku stuju je la ngn statement ko.."buat keje yg kita rase serasi ngn diri kita" hehe..

    ReplyDelete