Sabtu, 28 Januari 2012

Bertugas Di Johor Bahru

Aku tengah lepak kat Chamek Kopitiam kat stesen Bas Larkin ni. Ada dekat 2 jam lagi baru bas Transnasional   nak ke Kuantan akan sampai ke sini. Sepatutnya aku dah boleh balik KL dengan Fendi naik kereta Sorento kompeni punya, tapi kalau aku balik rumah pun bini aku takde sebab dia dalam perjalanan ke Kuantan sekarang ni dengan bapak dan mak mertua aku nak pergi melawat rumah abang ipar aku kat sana. Jadinya dah alang-alang gaji yang dah terlewat dekat 2 bulan dah masuk (aku kayaaa...tapi hutang pun banyak daaa), perlulah amik kesempatan ini untuk berjalan-jalan ke Kuantan yang dah berapa tahun lamanya aku tak pergi.

So, awal bulan yang lepas aku dah turun Johor Bahru, jadinya akhir bulan ni pun kena turun JB jugak la sebab projek tak habis lagi. Projek rasanya bulan 3 baru habis. Tak JayHemSem la kalau takde gambar dalam setiap blog post aku. So aku tunjuk slideshow gambar dulu, meh tengok:


Aku malas nak taip banyak-banyak citer kat dalam blog ni sebab ramai kengkawan lelaki aku bukannya nak baca pun. Diorang siap kata diorang kalau tengok (bukan baca sangat pun) blog suka tengok gambar jer. Tipikal lelaki la kalau diorang suka tengok gambar jer. Majoriti lelaki tergolong dalam kategori 'Visual' termasuklah aku. Kalau tak nampak, tak paham. Bila tak paham, tak guna la kan?

Tapi camner pun, aku tulis jugak la point2 penting dalam caption galeri gambar kat atas tu sebab aku tengah banyak masa ni. Pastuh aku senaraikan apa yg aku pelajari sepanjang trip aku ke JB ni:

  1. Member bawak kereta laju betul malam ke JB tu. Aku tengok dashboard 140-150km/h sampai aku nak tidur pun nervous (Aku ni bukannya speeder, aku bawak kereta rileks banyak). Gerak pukul 10pm, sampai kat JB pukul 1am, 3 jam jer beb!!
  2. Lepak kat Mutiara Hotel JB bilik suite yang besar dan luas. Memang syiok!! Tapi kalau ada bini lagi syiok!!! Hahaha..
  3. Tidur tak cukup sebab sampai hotel duk lepak dulu siap share internet dengan bebudak lain lagi melayari internet.
  4. Terkial-kial cari jalan balik daripada UTM Skudai ke hotel. Dah guna Google Maps pun, fail jugak tersasar.
  5. 1st time aku tengok Jalan Dhobi malam time sesat tu. Sebelum ni aku duk asyik dengar citer jer. Memang ada nampak orang-orang yg memberikan perkhidmatan malam tu.
  6. Sesi UAT esoknya aku rasa macam kantoi jugaklah sebab persediaan ntah hapa-hapa. Padahal dah berapa minggu dah tuh. Kena kerja kuat lagi lepas ni.
Okaylah, dah pukul 6pm dah ni. Aku nak kena pergi carik kat mana platform bas aku ni. Okaylah..gerak dulu..adios!!

Jumaat, 13 Januari 2012

Menukar Tayar Kereta Perodua Viva Elite

Dalam blog aku ni, aku duk asyik bercerita pasal kereta Proton Wira aku jer. Belum pernah lagi aku menulis pasal kereta isteri aku yang aku kongsi bersama setelah aku jual kereta Proton Iswara Aeroback aku. Sebelum aku meneruskan penulisan, aku tunjuk kat korang takde selindung-selindung berapa kos untuk maintenance kereta Viva Elite sepanjang aku dan isteri aku guna sejak Mei tahun 2010.

Tarikh Item Jumlah (RM)
5/29/2010 Perodua Service Ipoh 144.95
7/3/2010 Perodua Service Segambut 82.85
10/16/2010 Perodua Service Segambut 258.10
1/2/2011 Perodua Service DC Auto 267.10
3/4/2011 Perodua Service DC Auto 165.10
5/9/2011 Insurance + Road Tax 936.00
9/10/2011 Perodua Service Segambut 252.30
12/31/2011 Perodua Service Segambut 131.45
Jumlah
2,237.85

Kalau tengok pada senarai di atas, secara purata la kereta Perodua Viva ni memerlukan kos tambahan sebanyak RM1000++ setahun. Kalau bahagikan lagi ikut bulan, kena spare lebih kurang RM85 la sebulan. Total mileage kereta Perodua Viva Elite aku dan isteri aku sekarang ni dah hampir mencecah 65,000km. Belum sampai 2 tahun lagi tu. Apa boleh buat, dah berjalan sejauh tu, tayar pun dah makin nipis dan tibalah masa untuk diganti. Kalau nak tahu tayar tu dah makin nipis ke belum, kat alur tayar tu ada satu petanda. Kalau sampai petanda tu, maksudnya tayar tu dah menghampiri botak. Kalau tak ganti nanti susah dan bahaya pulak kalau bawak jalan jauh-jauh. Kalau dah botak, lagi la teruk terutamanya kalau bawak waktu hujan. Aku dah survey dah tayar apa nak pakai, daripada pembacaan dan pandangan nasihat orang-orang di sekeliling aku, tayar Falken antara yang berpatutan harga dan senyap katanya.

Kebetulan pulak isteri aku ada terjumpa kedai tayar Falken di kawasan perindustrian di Batu Caves. So last weekend, pergi la ke kedai tu bertanya, buat runding harga dan terus tukar. Mulanya ingat nak tukar 2 biji jer sebab budget tak cukup, sekali kedai tu kata boleh trade-in tayar belakang. Aku tak tahu pulak boleh trade-in tayar sebelum ni. Alang-alang, tukar jer la semua. Meh aku tunjuk gambar sikit:

Tayar-tayar display
Kereta Viva Elite Oren sedang di adjust ke atas tempat servis
Admin kedai tengah buat pemeriksaan kat kereta
Tayar depan dah dibuka
Tayar depan belakang dah takde
Disc brake yang baru di servis di Perodua Segambut
Lupa nak cerita, yang bagusnya kalau guna kereta baru ni kalau ada apa-apa masalah kat kereta tu dan masih lagi dalam tempoh waranti, kita boleh komplen pada Perodua dan diorang akan periksa repair atau ganti komponen yang rosak tu. Setakat ni, dah 4 kali waranti komponen kereta Perodua Viva Elite ni dah claim. 1st dulu getah pelapik pintu sebelah driver, 2nd automatik transmission oil pan yang dah cross thread, 3rd skim disc brake sebab bila brek jer kereta gegar, 4th getah pelapik pintu sebelah driver (sekali lagi). 

Aku dan isteri sedang menunggu kereta siap
Alignment tayar Perodua Viva (RM20)
Alignment tayar amik dari jarak dekat sikit
Jumlah kos untuk tukar 4 tayar Falken, balancing tayar, 4 ketul tiub isi angin dan alignment semua sekali adalah RM622.40. Tapi takperlah, harap-harap 4 biji tayar ni boleh tahan sekurang-kurangnya lagi 2 tahun. Tayar ni pulak katanya ada waranti 5 tahun so okaylah kut kalau jadi apa-apa macam bengkak ke pecah ke, boleh tiaw kedai ni terus.

Kenapa macam lengang je bengkel ni?
Perasan tak kat kedai ni, time kitorang pergi ada kereta Viva kitorang jer yang ada dalam kedai tu. Aku jarang jumpa kedai tayar yang lengang macam kedai ni. Admin kedai tu siap lepak dengan kitorang, kasi buah limau mandarin kat kitorang, sembang-sembang semua. Ada free gift lagi kasi, satu lanyard dengan satu kalendar. Time kereta dah siap, siap temankan kitorang sampai kat kereta pastuh lambai tangan lagi time kitorang nak balik. Punyalah layan customer sampai macam tu sekali. Best kan? Kitorang kat dalam kereta tu dah tergelak dah tengok diorang. Tapi bagus jugak kalau semua kedai macam tu, at least kita pun happy dengan layanan dia jadi kita rasa macam nak pergi situ balik nanti. 

Okaylah, citer lain pulak la lepas ni..Assalamualaikum...

Rabu, 4 Januari 2012

Berkunjung Ke Johor Premium Outlet

Wadduh, dah tahun baru 2012 dah rupanya. Pada tahun lepas, aku telah berkesempatan bercuti ke Phuket, Thailand. Waktu kat sana, aku ternampaklah pusat membeli-belah ni:

Premium Outlet Phuket
Aku snap gambar ni pun time aku dalam teksi sapu kat Phuket waktu tu. Pakcik driver teksi sapu tu kata tempat ni hanya orang putih jer pergi jadinya dia tak bawak la aku dgn bini aku ke Premium Outlet ni sebab katanya barang-barang tempat tu mahal. Aku pun 'yer' kan ajer lah. Aku tak tahu pulak tempat ni best sebenarnya bila dengar bos aku duk citer Premium Outlets yang dia pernah pergi kat US dan negara-negara lain.

Baru-baru ni, aku telah ke Johor atas urusan kerja dan ternampaklah Johor Premium Outlets ni betul-betul tepi highway PLUS. Aku tak sempat pun singgah ke situ. 2 minggu lepas aku ada day-trip ke UTM JB pastu time nak balik, ntah macam mana bos aku tiba-tiba pulak teringin nak pergi ke Johor Premium Outlets ni dan ajak la kitorang (aku dan 2 orang rakan sekerja yang lain) pergi melawat. Maka inilah snapshot yang sempat aku rakamkan:

 

Bila aku tunjukkan gambar-gambar kat atas ni kat isteri aku, terus dia berkobar-kobar nak pergi melawat kalau berkesempatan turun ke Johor. Rupanya Johor Premium Outlets ni baru bukak pada 11 November yang lepas.

Premium Outlets merupakan pusat membeli belah yang menghimpunkan pelbagai jenama terkenal dengan penjimatan sebanyak 25% - 65% setiap hari. Kebanyakan barang-barang di sini tiada dijual di mana-mana cawangan lain jadinya itu yang menjadikan tempat ini istimewa terutamanya kepada kaum hawa yang sememangnya meminati barangan berjenama mewah dan menarik.

Terdapat 70 Premium Outlets dengan 57 cawangan di Amerika Syarikat, 1 di Puerto Rico, 8 di Jepun, 2 di Korea, 1 di Mexico dan 1 di Malaysia.

Peliknya, takde pulak Premium Outlets Phuket dalam list kat website Premium Outlets ni. Tapi apa pun, kalau ada peluang melawat tempat ni, jangan lepaskan peluang ni tau. Okay..challuss..

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...