Kes sakit belakang isteri aku masih lagi belum selesai, sejurus selepas sesi latihan kat UTM KL, petang tu aku dah kembali bersama isteri aku ke Unit Kecemasan PPUM.
| Kaunter penyaringan Unit Kecemasan (Triage Counter) |
| Triage counter |
Sebelum dibenarkan masuk berjumpa doktor, kat kaunter Triage ni dia akan check suhu badan dan tekanan darah. Habis jer kat situ, terus pergi ke kaunter bayaran dan dapatkan nombor giliran. Lebih kurang sejam lebih kemudian, baru la sampai giliran isteri aku untuk diperiksa.
| Dalam Bilik Konsultasi Unit Kecemasan |
Kat Unit Kecemasan ni memang prosedur dia kena ambil darah dan sampel urine sekali lagi. Jadinya terpaksa tunggu 2 jam untuk keputusan keluar. Waktu ni badan isteri aku masih lagi panas sebab demam. Doktor cakap kalau demam tu maksudnya masih ada infection dalaman.
| Sementara tunggu keputusan darah dan air kencing, doktor masuk drip IV kat isteri aku |
Bila tengok IV drip ni, teringat waktu aku masuk wad dulu. Memang jarum dia besar betul. Aku sebenarnya takde masalah nak tengok jarum atau darah, tapi memang sejak aku umur 16 tahun, bila aku kena inject jer, badan aku jadi macam 'shock', tak lama lepas tu mesti aku pitam. Aku ingat lagi waktu tingkatan 5, aku dengan penuh konfiden cucuk jari sendiri waktu kat lab biologi nak test darah sendiri jenis apa. Mula-mula okay, tapi 2-3 minit lepas tu kepala jadi ringan, badan berpeluh-peluh rasa tak larat. Terus aku jalan kat belakang lab duduk bawah meja lab yang tinggi tu. Rupa-rupanya bukan aku sorang je duk tengah nyorok kat bawah meja tu, ada geng lagi rupanya. Sejak daripada peristiwa tu, aku tak pernah tahu jenis darah aku sampailah umur aku 28 tahun bila aku dapat kad jenis darah aku daripada laporan lab untuk pembedahan aku kat Hospital Selayang. Darah aku rupanya darah jenis O+.
Ke mana aku dah cerita da..pukul 6 petang, doktor bawa isteri aku pergi scan sebab nak tengok kandungan dan jugak nak kenalpasti sama ada apendiks atau tak. Pukul 8pm lebih baru jumpa doktor balik. 4 orang doktor berlainan dah datang periksa isteri aku siap sorang tu doktor bedah nak kenalpasti sama ada sakit belakang isteri aku tu sebenarnya urine infection atau apendiks. Akhirnya, doktor release jugak isteri aku tapi kena masuk wad. Pukul 10pm lebih baru dapat masuk wad.
Kat wad ni suami tak boleh tinggal untuk jaga isteri, jadinya aku terpaksalah balik keseorangan. Mujur jugak rumah mak aku dekat dengan rumah aku, jadinya aku kembali menjadi anak mak sementara menunggu isteriku sembuh..haha..
| Wad Ginekologi Tingkat 10 PPUM |
| Signboard waktu melawat wad di PPUM |
| Katil di Wad Ginekologi |
Kat wad ni suami tak boleh tinggal untuk jaga isteri, jadinya aku terpaksalah balik keseorangan. Mujur jugak rumah mak aku dekat dengan rumah aku, jadinya aku kembali menjadi anak mak sementara menunggu isteriku sembuh..haha..
Mengendalikan Training Di UTM International Campus Kuala Lumpur
- May 25, 2012
- By Encik Jay
- 0 Comments
Pada 26/4/2012 telah diadakan sesi latihan VRMS di kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Aku seperti biasa menjadi wakil syarikat telah membantu dan menyokong pihak CICT UTM dan pihak PHB. Memandangkan aku tinggal di KL, memang aku suka la sebab tak sampai setengah jam aku dah boleh sampai ke Jalan Semarak KL ni. Ada 2 sesi selama 2 jam setiap satu untuk acara latihan kali ni. Hadirin yang datang ada la dalam 20 - 30 orang.
Gambar ni kat bawah ni terima kasih kepada wakil CICT yang hadir sama waktu tu ambil.
Habis sudah sesi latihan di UTM International Campus KL maka sekarang ni tinggal tunggu untuk pelancaran rasmi untuk pihak UTM menggunakan secara rasmi sistem ini secara menyeluruh. Nanti kalau aku terima berita yang rasmi aku akan tulis lagi dalam blog aku ni.
| Wakil CICT memberikan sepatah dua kata |
| Wakil-wakil PTJ dan Fakulti di UTM IC KL |
| Wakil PHB di import khas daripada JB |
| Senarai Aplikasi UTM Online. Banyak kan? |
| Wakil PHB memberikan penerangan sistem |
| Sesi ke-2: Wakil PHB UTM IC KL memberikan sepatah dua kata |
Gambar ni kat bawah ni terima kasih kepada wakil CICT yang hadir sama waktu tu ambil.
| Aku sedang memberikan sedikit maklumat teknikal sistem tempahan kenderaan ni |
| Zoom dekat sikit muka aku ketika aku tengah memberikan penerangan |
Habis sudah sesi latihan di UTM International Campus KL maka sekarang ni tinggal tunggu untuk pelancaran rasmi untuk pihak UTM menggunakan secara rasmi sistem ini secara menyeluruh. Nanti kalau aku terima berita yang rasmi aku akan tulis lagi dalam blog aku ni.
Waktu aku di JB, isteri aku sebenarnya duk demam kat KL. Dah jumpa doktor dah hari Ahadnya tapi doktor cuma kasi ubat panadol jer. Mujurlah rumah mak aku dekat jer, jadinya bolehlah mak aku tengok-tengok kan waktu aku pergi JB. Sekembalinya aku daripada Johor, awalnya demam isteri aku dah macam kebah sikit, aku ingat okaylah kut, kalau nak pergi hospital pun esok pagi lah. Aku sampai rumah daripada JB dah dekat pukul 12am, pukul 2am isteri aku kejut aku mengadu sakit belakang dan demam pun macam dah kembali semula. Malam tu jugak aku kata kat isteri aku, takperlah kita pergi ke PPUM jam tu jugak.
Mulanya pergi kat Klinik Bersalin, lepas tu nurse cakap kandungan bawah 20 minggu kena pergi ke Unit Kecemasan untuk doktor check dulu. Pergi la pulak carik kat mana Unit Kecemasan tu, rupanya kat depan-depan jalan besar sana.
Register masuk pukul 3am lebih, dekat pukul 5 baru dapat masuk jumpa doktor. Kena ambik darah dengan air kencing untuk pemeriksaan dulu.
Habis jer jumpa doktor, kena tunggu result ujian darah dengan air kencing pulak. Tunggu 2 jam jugaklah.
Dah pukul 7 pagi baru la doktor panggil dan kata isteri aku kena Urine Infection. Mulanya dia nak masukkan kat wad, tapi doktor gynae yang dia kol kata tak perlu so dia issue ubat jer dan suruh balik rehat.
Aku terus EL hari tu, giler penat woo..Zzzzz...
Mulanya pergi kat Klinik Bersalin, lepas tu nurse cakap kandungan bawah 20 minggu kena pergi ke Unit Kecemasan untuk doktor check dulu. Pergi la pulak carik kat mana Unit Kecemasan tu, rupanya kat depan-depan jalan besar sana.
| Jadual bayaran kalau masuk ke Unit Kecemasan PPUM |
| Kawasan menunggu Unit Kecemasan PPUM |
| Ni Doktor nya, bukan warga negara Malaysia tapi boleh cakap Melayu |
| Doktor bacakan keputusan |
| Tunggu untuk ambil ubat pulak |
| Daripada ramai orang, sampai lengang dah pun bila matahari terbit. |