Pada bulan Julai 2020, saya telah nampak satu iklan ketika sedang browse Facebook mengenai MediSavers yang diiklankan oleh seorang ejen MediSavers. Sebelum ini saya pernah dengar mengenai MediSavers tetapi saya tidak berapa mendalami sangat apa yang ditawarkan oleh mereka. Ketika membaca iklan tersebut, saya sebenarnya sedang mencari peluang serta produk yang bukan berbentuk fizikal, yang mempunyai potensi untuk dibayar secara ‘recurring’ supaya usaha marketing dan sale yang dibuat tidak hanya diperolehi secara ‘one-time’ sahaja.
Maka saya pun tekan pada iklan tersebut dan telah menghantar mesej WhatsApp seperti yang diprogramkan. Ejen tersebut atau saya panggilnya Kak T pun reply menggunakan skrip yang telah kemas dan rapi bagi mendorong saya untuk menyertai sesi taklimat secara online melalui Zoom Meeting yang dijadualkan pada malam esoknya. Sejam sebelum sesi taklimat, Kak T pun hantar link untuk join Zoom Meeting.
Setelah sejam setengah selesai mendengar taklimat, maka Kak T follow up dengan saya dan beliau telah memberikan segala maklumat yang diperlukan untuk join program MediSavers. Kak T terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan menjawab segala pertanyaan saya serta memberikan saya maklumat-maklumat tambahan. Keesokan harinya saya masih lagi belum membuat pendaftaran tetapi sekali lagi join sesi taklimat yang dikendalikan oleh seorang lagi leader yang lain.
Setelah 2 hari (tidak termasuk research mode yang telah dibuat melalui YouTube dan Google) membuat segala pembacaan mengenai MediSavers, akhirnya pada hari ke-3 saya pun berilah info yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran. Banyak juga info yang perlu diberikan namun melalui WhatsApp memang takde masalah. Memandangkan hari info yang diberikan adalah hari cuti Raya Haji, maka terdapat sedikit delay la respon daripada Kak T namun Kak T masih lagi cuba menjalankan tugasnya.
Hari ke-4, akhirnya saya telah menerima quotation melalui Gmail saya untuk pakej yang saya dah order. Saya jenis yang suka godek, quotation yang diberikan melalui sistem tu pulak boleh godek, saya pun tukar-tukar la setting itu ini sebab nak tengok payment mode apa yang boleh guna. Rupa-rupanya tiada function untuk bayar guna Maybank2u, hanya boleh guna kad kredit/debit sahaja untuk bayaran bulan-bulan. Setelah cuba berkali-kali, pembayaran masih lagi tidak berjaya disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dapat dikenalpasti.
Hari ke-5, Kak T buat quotation baru untuk saya. Kali ini saya dah tak godek-godek lagi dah quotation tu, terus saya buat bayaran guna kad debit Maybank. Sejurus selepas pembayaran dibuat, email daripada pihak HQ MediSavers terus muncul di dalam Inbox.
Selain daripada program MediSavers VIP Takaful, saya juga join sekali program MediSavers Membership Advisor. Program advisor ini adalah lesen 2 tahun untuk memperkenalkan program ini kepada orang lain dan mendapatkan komisyen hasil jualan.