Pada bulan Mac yang lepas, dalam kekalutan nak pergi ke pejabat dalam masa yang sama nak bawa anak saya yang demam, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dah siap kunci pintu pagar semua dah, sekali tu kereta tak boleh nak start pulak. Ternyata bateri kereta telah pun sampai tempoh hayatnya. Oleh itu terpaksalah diganti, nak ganti pulak nak kena buka bonet depan kereta, perlu ada ada spanar bersaiz 10 untuk buka nat pengikat bateri dan terpaksa berpanas.
Kita pulak dah pakai baju kerja, dah seterika baju semua, kalau berlaku pulak kejadian tak boleh start ni di tempat lain contohnya seperti di kedai makan atau yang lagi teruk di tengah-tengah jalan raya dalam jem, satu mimpi ngeri yang sangat-sangat ditakuti. Saya dah tak ingat di mana saya ternampak iklan Bateriku.com tapi search sahaja di Google, terus jumpa dan terus saya kol. Kurang daripada sejam, wakil mereka sampai di depan rumah.
Memandangkan saya tiada cash maka saya pun transfer pembayaran kepada no akaun brader installer yang datang tu. Resit saya dapat melalui email, memang proses penukaran bateri kereta dengan Bateriku.com sangat efisyen, mudah dan pantas.
Kalau kereta anda tidak boleh start dan anda saspek bateri anda adalah puncanya, hubungi sahaja pihak Bateriku.com untuk membantu anda.
**Saya tidak dibayar pun untuk buat review ni, saya cuma nak kongsikan pengalaman saya jer tau..
Kita pulak dah pakai baju kerja, dah seterika baju semua, kalau berlaku pulak kejadian tak boleh start ni di tempat lain contohnya seperti di kedai makan atau yang lagi teruk di tengah-tengah jalan raya dalam jem, satu mimpi ngeri yang sangat-sangat ditakuti. Saya dah tak ingat di mana saya ternampak iklan Bateriku.com tapi search sahaja di Google, terus jumpa dan terus saya kol. Kurang daripada sejam, wakil mereka sampai di depan rumah.
Motosikal daripada pihak Bateriku.com |
Brader installer Bateriku.com |
Tukar bateri lama kepada yang baru |
Trade-in bateri lama so dapat la bateri baru. Harga untuk bateri kereta Perodua Alza: RM185 |
Dah siap pasang bateri kereta baru dengan tarikh pemasangan dicatatkan atas bateri |