Sebelum aku update kisah aku pergi ke LIMA Langkawi 2013, aku update dulu pasal benda lain. Memandangkan aku kini bergelar pelajar mahasiswa di OUM, aku telah pun mendapat Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). Ambil masa jugak aku nak belanja baucher ni sebab aku tahu bila aku beli buku pun, bukannya aku sempat nak baca. Masa aku banyak habis ke benda lain yang sepatutnya aku 'membaca'. Apa pun, bila orang dah memberi, kita seharusnya menerima dengan tangan yang terbuka. Betul tak?
Saja jer nak berposing sikit dalam kereta Mercedes big bos aku. Bukannya senang aku nak dapat jumpa big bos apatah lagi nak dapat naik kereta dia. Aku tak buat apa pun sebenarnya, cuma ikut dan jadi pak pacak jer jumpa potential client. Tapi aku takde la ikut saja-saja jer makan angin, ada la info-info yang penting aku kumpulkan untuk buat kerja, tu pun tak berapa nak menjadi pun kerjanya..hahaha..Cuma aku nak story la bila duduk dalam kereta Mercedes tu, rasa macam best jer, takde rasa macam naik kereta Proton ataupun Toyota pun, dia punya feel tu lain macam, langsung takde rasa bosan atau letih walaupun duduk dalam trafik jem. Patutlah kalau bos-bos ni suka naik kereta-kereta mewah dan mahal ni, feel dia lain wooo..
Okaylah, cukup-cukup la tu bermegah-megah. Tapi nak megah pun bukannya harta aku pun..kuikuikui..Jadinya pada 28/3/2013, aku telah pun terpilih untuk mengikuti seorang bos aku ke LIMA Langkawi 2013. Sebelum ni aku tak pernah pun pergi LIMA ni, jadinya bila dah ada peluang, wajibul ghunnah la aku terima dengan hati yang girang. Pergi pulak tu bukannya naik bas, kereta atau feri, naik flight tu wehh...walaupun cuma AirAsia tapi still terbang la jugak kan? Menariknya lagi, pergi balik hari jer pun, tak perlu bermalam bagai.
Sampai kat Langkawi waktu tu pukul 2pm, kebetulan pulak diorang tengah buat persembahan udara jadinya tak dapat tengok time tu. Dah la terpaksa berlegar kat atas udara tu sebab show tu punya pasal. Kat luar kawasan exhibition tu memang bising betul dia punya enjin jet tu, mau pekak telinga aku kalau hari-hari dengar bising jet tu. Air minuman nak beli untuk minum sebab haus waktu tu harga dia 3 kali ganda mahal woo..
BB1M Aku (3/3/2013) |
Bergaya di dalam Mercedes S Class milik big boss (5/3/2013) |
Okaylah, cukup-cukup la tu bermegah-megah. Tapi nak megah pun bukannya harta aku pun..kuikuikui..Jadinya pada 28/3/2013, aku telah pun terpilih untuk mengikuti seorang bos aku ke LIMA Langkawi 2013. Sebelum ni aku tak pernah pun pergi LIMA ni, jadinya bila dah ada peluang, wajibul ghunnah la aku terima dengan hati yang girang. Pergi pulak tu bukannya naik bas, kereta atau feri, naik flight tu wehh...walaupun cuma AirAsia tapi still terbang la jugak kan? Menariknya lagi, pergi balik hari jer pun, tak perlu bermalam bagai.
Boarding Pass AirAsia KL - Langkawi |
Naik kapal terbang AirAsia |
Pulau apa ntah sebelum sampai Pulau Langkawi |
Dah nak sampai Airport Langkawi |
Sampai sudah di Airport Langkawi |
Kapal terbang bersepah kat Airport Langkawi |
Kapal Terbang AirAsia aku naik tadi |
Pintu masuk ke check-in kaunter Airport Langkawi |
Ruang Legar Langkawi Airport |
Berjalan kaki ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) |
Pintu masuk utama MIEC |
Tempat pendaftaran di MIEC untuk LIMA 2013 |
Salah sebuah syarikat yang menyertai exhibition |
Tapak-tapak dalam exhibition centre |
Kapal terbang prototaip kut |
Jet pesawat untuk pelawat tengok-tengok |
Helicopter |
Pintu masuk MIEC |
Booth THALES: Besar-besar kontrak diorang ni |
Mobile Command Vehicle |
National Aerospace & Defense Industries: Industry yang sangat lumayan. |
KPT pun join jugak |
Sapura punya Command Centre Booth |
Advanced Air Traffic Systems punya booth |
SAAB bukannya setakat kereta jer, jet pesawat tempur pun ada jugak |
SAAB guna Alienware laptop tuh.. |
Macam pernah dengar Sukhoi ni..bukan ada kapal terbang diorang langgar gunung ke tak lama dulu? |
Bell Helicopter punya spec |
Berkilat lagi helikopter ni |
Airbus punya booth |
Tourism Malaysia pun ada |
Terserempak dengan rakan kenalan sejak umur 6 tahun. Kampeni dia bukak booth. |
Dept of Civil Aviation |
Jenjalan kat luar pulak tengok jet |
Apa pun, lawatan tu memang menarik dan aku sempat lagi borong sikit coklat Hershey's kat Airport Langkawi tu. Memang murah siut..
Kalau ada rezeki lagi, memang aku nak pergi ke Langkawi untuk bercuti pulak..mesti lagi best!!