Aku rasa macam punyalah lama aku tak update aku punya blog ni. Dalam bulan puasa memang aku takde update langsung, bukannya takde masa pun. Sempat tidur lagi kadang-kadang tu. Sebelum tu aku ingin ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin' kepada semua yang sudi membaca blog aku ini.
Blog aku ni takdelah glamer mana pun, tapi setiap bulan kalau tengok graf kat bawah ni macam makin ramai pulak orang duk baca blog aku. Tapi aku faham, menulis blog dengan membaca blog ni tak sama. Dia lebih kurang macam membaca buku la, orang yang tulis buku tak seramai orang yang membaca buku. Orang yang tak baca buku pulak lagi ramai daripada orang yang baca buku. Macam tak berapa kena pulak analogi aku ni.
Tak kisahlah apa pun, aku kini berada dalam satu organisasi bisnes yang baru. Lokasi pun menarik, banyak kedai-kedai makan yang best dan yang paling penting parking masih lagi percuma. Trafik jem tu cuma di beberapa lokasi je lah tapi tempoh aku ulang-aling daripada rumah ke tempat kerja dah jimat separuh termasuk kos pengangkutan semua.
Tempat ni dah nak sampai hujung jalan dah, letrik pun takde. Diorang pakai generator diesel kalau nak ada elektrik. Ada berapa kali generator tu habis minyak, memang takde letrik langsung. Air pun ambik air sungai je aku rasa, ada bau semacam sikit tapi aku belasah jer mandi. Malulah kalau bekas budak asrama duk komplen-komplen kan?
Cuba korang tengok dia punya cadar, ada macam bilik budak-budak tak?
Fasilitator yang mengendalikan sesi induksi ni memang sempoi. Aku suka cara dia mengendalikan sesi induksi ni. Dalam sesi induksi ni, peserta paling tua (31 tahun) adalah aku dan ada sorang lagi. Terasa tua pulak aku, yang bestnya Fasilitator tu macam tak percaya umur aku 31 mungkin sebab aku tak nampak setua tu. Bebudak lain yang ada semuanya lingkungan umur 27 tahun ke bawah dan paling muda 19 tahun.
Aktiviti kat atas ni cuma budak-budak sekolah ni jer yang buat. Siap ada Flying Fox semua bagai. Group kitorang takde pun buat aktiviti ni, cuma duduk dalam dewan dengar ceramah sampai lebam.
Bab kursus yang aku paling suka adalah makan free. Jimat duit siutt...
Cepat betul masa berlalu, bila dah sampai waktu balik la..Waktu duk dengar ceramah punya la rasa panjang masa tu ntah bila nak habisnya..
Blog aku ni takdelah glamer mana pun, tapi setiap bulan kalau tengok graf kat bawah ni macam makin ramai pulak orang duk baca blog aku. Tapi aku faham, menulis blog dengan membaca blog ni tak sama. Dia lebih kurang macam membaca buku la, orang yang tulis buku tak seramai orang yang membaca buku. Orang yang tak baca buku pulak lagi ramai daripada orang yang baca buku. Macam tak berapa kena pulak analogi aku ni.
Statcounter JayHemSem Jan-Aug 2012 |
Aku di syarikat baru |
Baru 2 minggu aku di tempat kerja baru ni, keluar memo mengatakan ada kursus induksi untuk mereka yang baru bekerja di syarikat ataupun mereka yang tak pernah lagi pergi induksi anjuran syarikat. Tengok-tengok dalam list, sudah semestinya nama aku pun ada sekali. Sebelum tu, satu kisah menarik sikit. Seminggu selepas aku join syarikat baru ni, sepatutnya aku ada sorang lagi geng yang akan bersama dalam kumpulan aku ni. Malangnya mamat tu hanya datang ke pejabat 2 hari jer, hari ke-3 dah tak nampak dah muka dia. Pada aku, mamat tu sepatutnya lebih bersikap professional dan bagitahu jer la kat pihak pengurusan syarikat tentang keputusan dia, bukannya main cabut jer dah tak suka ataupun dapat offer tempat lain. Ramai lagi orang nak jawatan yang dah ditawarkan kat dia tu, bukannya senang nak dapat. Cuma yang tak best selepas mamat tu cabut, ramai yang tertanya-tanya lepas aku jugak orang yang menjadi kaunter pertanyaan.
Berbalik pada kursus induksi tadi, pada awalnya aku macam pelik jugak kenapa aku kena join kursus induksi ni. Syarikat-syarikat yang aku kerja sebelum ni takde pulak hantar aku ke kursus induksi pun. Tapi aku take it positively la sebab sebelum ni aku cuma berkhidmat di syarikat kecik yang stafnya tak ramai. Lagipun aku ni staf baru, pangkat pun biasa-biasa jer, ko takkan nak berlagak pulak kata tak nak join semua tu.
Jadinya pada 13/7 hari Jumaat, aku terpaksa meninggalkan isteri kesayangan aku di rumah dan aku dihantar ke satu tempat di Hulu Langat untuk mengikuti kursus induksi selama 3 hari dan 2 malam.
Kem Iman D' Semungkis |
Kem Iman D'Semungkis, Hulu Langat |
Pemandangan Kem Iman D'Semungkis (Dari depan) |
Pemandangan Kem Iman D'Semungkis (Dari atas bilik) |
Bilik bujang kongsi |
Nama Fasilitator - En. Faiza |
Bebudak sekolah yang buat aktiviti di Kem D'Semungkis |
Wall Climbing Activity |
Masa untuk makan |
Masa untuk balik |
Menariknya tempat ni, udara dia segar, nyamuk pukul 7pm je ada lepas pada tu dah takde dah. Kalau tak disebabkan oleh bebudak sekolah yang buat aktiviti bunyi bising tak hingat, aku rasa ingatan aku pada ceramah tu lagi bagus kut. Apa pun, kursus induksi ni satu pengalaman yang menarik.