Pengalaman Hampir Kena Tangkap Khalwat di Hotel Murah

Kisahnya bermula begini, isteri aku sebelah paginya pergi buat passport antarabangsa untuk honeymoon ke-2 kitorang bulan depan, pukul 12 lebih passport dia dah siap dah pun. Punya la cepat. Memandangkan isteri aku kini dah 2 bulan bersama si cumel dalam perut dan nak tunggu aku balik sekali, aku cakap la kat dia suruh rehat di hotel murah berdekatan dengan ofis aku ni. Nama hotel ni Putra One Avenue Hotel terletak di Putra Walk Bandar Pinggiran Putra. Hotel ni bagus jugak dia punya fasiliti tapi yang paling bestnya ada WiFi dalam bilik.


Aku tulis blog post ni dalam bilik ni, tengah pening kepala sebab bau asap rokok tak hilang-hilang lagi.Kejap lagi aku nak balik rumah dan hirup udara segar kat luar sana. Camner boleh ada asap rokok ni, citer aku tak habis lagi ni. So lepas makan malam kat Equine Park, aku pun balik la bilik untuk berehat. Bilik ni takde tingkap, ada la air-cond, bilik mandi, katil queen size dengan TV LCD 14 inci yang disangkut kat dinding. Lepas temankan isteri aku tidur, aku sambung la tengok TV. Pukul 10.30pm lebih camtu tetiba ada dengar orang datang ketuk-ketuk pintu, sekali pintu bilik aku kena ketuk. Ketuk punya kuat, pastu cakap "Kami polis, bukak pintu!" dengan suara garang tak ingat.

Aku dah mula panik, aku kejutkan isteri aku. Bini aku pun terkejut dengar bunyi bising-bising, dah ler bangun tidur. Aku pergi kat pintu tu jawab salam (ntah diorang bagi salam ke tak) pastu aku cakap dengan baik "Tunggu sekejap yer?". Dengan gelabah giler aku dengan pakai tuala jer dengan bini aku nyorok belakang pintu bukak la pintu, polis tu bawak keluar dompet dia tunjuk kad kuasa dia. Haram aku tak nampak apa yang tertulis kat kad tu. Dia tanya aku, "Duduk sorang je ke berdua?", aku jawab kat dia "Dengan isteri saya". Dia balas balik, mintak IC. Aku pun cakap, tunggu sekejap yer, aku tutup la pintu tu nak pakai baju sikit dan amik IC dengan salinan sijil nikah kitorang. Aku bukak balik pintu tu tunjuk IC aku & bini aku, terketar-ketar tangan aku nak serahkan IC dengan salinan sijil nikah (fotostat kasi kecik saiz dompet pastu laminate, idea bini aku). Padahal aku dah kahwin tu, tapi cuak tak ingat, aku ingat kalau aku betul-betul berkhalwat, kalau ada tingkap mmg dah terjun dah..haha..

Sambil-sambil kawan dia amik butiran kat IC aku dgn bini aku, polis tu tanya, "Tinggal mana ni?", aku jawab, "Saya duduk KL". Dia tanya balik, "Apsal ko duduk hotel ni?", aku jawablah, "Isteri saya pergi buat passport jadinya dia penat, rehat la dulu kat hotel ni". Patutnya aku jawab jer, "apa hal nak tanya kenapa aku duduk hotel ni, aku dah kahwin, suka hati aku la"..tapi kang tak pasal-pasal aku kena tangkap pulak..haha..Pastu polis tu sempat pulak citer, "Kami ni buat pemeriksaan kat hotel-hotel murah ni, kengkadang ada budak sekolah pun datang hotel ni buat maksiat". Pastu dia bagi balik IC aku, takde cakap mintak maaf ke apa ker, terus blah jer. Aku pun tutup pintu tengok bini aku pastu senyum-senyum ketakutan..pengalaman yang sungguh mendebarkan.

Tapi yang aku bengangnya, time diorang duk buat "rush" ni, polis-polis ni pergi hisap rokok kat lorong bilik-bilik ni. Bilik aku walaupun dah tutup pintu, still habis jugak bilik aku berbau rokok, sakit kepala aku jadi second hand smoker. Bilik aku ni dah ler takde tingkap. Tak sekolah ke apa diorang ni? Dulu aku pernah jugak terbaca pasal ada couple orang asing kena cekup dengan polis kalau tak salah aku kat Langkawi kut. Memang contoh yang tak baik la Polis ni, patutnya diorang ni kena lebih beradab sikit. Janganlah merokok sambil bertugas, pulak tu di tempat berhawa dingin lagi. Lagi satu, jangan la ugut-ugut time nak bukak pintu tu. Bukannya semua orang yang datang ke hotel murah harga RM70 satu malam ni nak buat maksiat pun.

So, apa moralnya di sini? Kalau dah kahwin, bawaklah sijil nikah. Kalau ada kad nikah lagi bagus. Kad nikah aku tak buat lagi, tak sempat nak pergi buat kat Ipoh sana. Lagi satu, hentikan tabiat merokok. Sekian..

You Might Also Like

12 komen

  1. lepas ni kalau org tya apa bukti kau dah kawen. ko tunjuk perut bini ko. ni buktinya. bangang pya polis. dah la kasar. hisap rokok tempat air cond plak tu

    ReplyDelete
  2. mmg Polis tu jalankan tggungjawab dia sbgai polis..nak cegah maksiat...dh ok dah...tp bab dia smoking kat area non-smoking tu...mmg x wajar...n x beradab la jugak...kata polis, kena la tunjuk contoh yg baik...ini tidak...smoking x kira tmpt...ermm, Malaysia..Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde istilah nak cegah maksiat kena ketuk pintu bilik org , benda yg tak pasti duk cari2 dosa peribadi org,

      Delete
  3. alamak...aku xde lagi ape2 bukti aku dah nikah.. mcm mana nak gi hanimun nih?? bwk kad kawin bole?? hohohohoh agak2 kena tangkap, aku tepon org mekrokop je mntk tlg sah kan, boleh? hahahahah opss..

    ReplyDelete
  4. jay, aku ni kan tiap2 kali berdua dua an kan, teringin ada org buat rush, sebabnya aku nak tunjuk kad kawin aku yang cantik itu. macam ic tuh. sioootttt takpernah pulak kena. masa kt kelate aku siap berdua dua an dlm kete depan UIA kelate tuh...ahahah tapi still xkena cis cis cis cis dan cis....

    ahahha berlagak owhhh nak org tangkap ;)

    ReplyDelete
  5. ish..ish..pengalaman haru...apa pun jemput saudara titipkan sedikit pengalaman saudara nie kat Forum E Komuniti Bandar Putra Permai yer..tq

    ReplyDelete
  6. xyah takut dgn diorg klu x buat salah.islam x pernah anjur pun cara mcm ni dlm mencegah maksiat.

    ReplyDelete
  7. Polis guna cara babi cegah maksiat. Bodoh dan tiada adab..ni mesti kes jadi polis sbb kelulusan rendah..bangang abadi tiada etika..bodoh

    ReplyDelete
  8. Haha lawak gak korang ni. Tapi aku pernah terbaca entri orang lain pernah kena ambush jabatan agama. Yg lawaknya org yg kena ambush tu nginap hotel suami isteri dgn anak2..kikiki..sy x pernah bawa surat nikah kalo berjalan nginap hotel, kad nikah pun x buat2 lah ni..alhamdulillah xde pape... touch wood kata org putih :-)

    ReplyDelete
  9. aku teringin gak nak kna ambush dgn dorang hahah. merata hotel dah aku dah check in. penah kat sabah sekali ada kaunter dorang senyum2 je masa aku check in. fikir lain la tu....

    ReplyDelete