Selasa, 3 Jun 2014

Kembali ke Balik Pulau, Pulau Pinang (Jun 2013)

Aduhai, entri ni dah terlewat hampir setahun. Haiyaa..

Aku merupakan bekas pelajar MRSM Balik Pulau batch 97/98. Pada tahun 1998, sekolah kitorang didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan dari luar negara. Waktu tu memang kecoh la, yerlah awek luar negara sorang dari England sorang dari Ireland, bebudak lelaki semua memang duk wusha jer la. Kelas aku waktu tu pulak dikenali sebagai kelas terer English (aku ni takde ler terer bercakap, menulis tu mungkin boleh lagi kut) jadinya salah seorang daripada diorang ni jadi macam mentor la kepada kami-kami ni. Aku pulak sememangnya jenis berprofil rendah ni lagi la sapa nak pandang pun.

Apa pun, aku ni walaupun sebagai seorang yang berprofil rendah, aku tetap sokong segala aktiviti yang dijalankan walaupun aku berada sebagai peramai majlis atau berada di belakang tabir jer. Tak reti la aku nak berlakon sebagai berprofil tinggi, mungkin dah jiwa aku suka untuk tidak menjadi perhatian ramai. Apa pun, upacara membuka kapsul masa telah dijalankan dan semua batch aku dijemput hadir dalam upacara yang ditunggu selepas 15 tahun.

MRSM Balik Pulau: Time Capsule Countdown

22 June 2013

Majlis besar-besaran

Bersama classmate tengok kelas lama

Pintu masuk kelas lama

Kelas waktu tingkatan 4

Majlis makan tengahari

Padang MRSM Balik Pulau
Dah setel event di MRSM Balik Pulau, pergi minum petang pulak. Akhirnya kesampaian jugak hasrat untuk makan Laksa Janggus Balik Pulau setelah beberapa tahun berkunjung tetapi tutup disebabkan oleh Hari Raya.

Laksa Janggus Balik Pulau

Laksa sudah siap terhidang

Durian Musang King Balik Pulau

Hotel Penginapan kami di George Town Penang

Bilik di Old Penang Hotel
Selesa jugak la duduk kat hotel ni walaupun bilik agak kecil.

Ghani Pasembur
Malamnya kami makan di satu food court berdekatan dengan hotel (2 km jugak dekat tak dekat pun). Ingatkan best sangat Pasembur ni, rupanya tak berapa best pun.

Sarapan di SlowRock Cafe berhadapan dengan Hard Rock Cafe

Bangunan UMNO yang tiang telekomunikasinya jatuh hari tu

Selfie anak-beranak di Penang Time Square

Naik feri Pulau Angsa

1st time naik feri yang ada tempat duduk kat tempat kereta

Selfie anak-beranak lagi sekali di atas Feri

Singgah UiTM Permatang Pauh jap jumpa adik
Begitulah sedikit sebanyak kisah perjalanan 2 hari 1 malam kami sekeluarga ke Penang.

Ahad, 2 Februari 2014

Mencuba Stroller SeeBaby

Bulan Mei 2013 tahun lepas, aku telah mendapat maklumbalas berkenaan dengan stroller yang dibeli hari tu. Sememangnya stroller yang dibeli dengan harga RM500 tu hanyalah set display, tapi daya ketahanannya dan kualitinya memang tidak dapat disangkal. Dah siap terbang ke Sarawak lagi mengharungi pelbagai permukaan jalan tetapi binaannya tetap utuh. Malangnya bila nak bawak masuk dalam kereta comel Viva Elite, boot belakang memang langsung tak muat, letak kat seat belakang dah makan space untuk sorang penumpang dah.

Alternatifnya, kena la cari stroller yang lebih kecil. Kebetulan kawan isteri aku ada stroller jenama Seebaby, kasi test la tengok. Cuba tengok anak aku punya gaya bila duduk dalam stroller kecik ni.

Arshad dalam stroller Seebaby
Dah ler stroller ni takde proper seat belt, kalau nak tido memang dalam keadaan duduk jer la boleh. Akhirnya kami buat keputusan tak nak beli lah stroller Seebaby ni. Tengok brand lain pulak lah.

Isnin, 6 Januari 2014

Kembara Pantai Timur (Mei 2013)

Alamak, dah tahun baru 2014 dah rupanya. Entri aku baru sampai Mei 2014. Lambat pulak aku nak catch up ni. Takperlah, kasi taram jer la dulu. Pada 24 Mei 2013, aku isteri dan anak telah memulakan satu kembara ke Pantai Timur sebab nak menghadiri kenduri kahwin sepupu aku di Kuala Terengganu. Tidur di Ipoh dulu kemudian baru masuk ke Gerik dan lalu laluan yang agak menyeramkan la. Silap timing sebenarnya hari tu sebab sampai di pekan Gerik pun dah 6.30pm. Selamat tiba di Pasir Mas dah dekat pukul 10pm dah waktu tu setelah sesat ke mana hala masuk ke dalam Felda kelapa sawit mana ntah. Ada guna Waze pun tak boleh harap. Menginap di rumah keluarga kakak ipar di Pasir Mas.

Okaylah, gambar-gambar:

Lapar..makanlah Snickers! Pengaruh iklan menebal

Masjid di Pasir Mas
Kelantan ni bestnya bab makan, aku masih teringat nasi kerabu waktu abang ipar aku kahwin. Aku memang tak berapa suka sangat nasi kerabu ni dengan sayur semua, tapi waktu tu dah itu jer makanan yang ada, aku pun hentam jer la. Perghh..siap tambah 2 kali aku waktu tu..tu citer 3 tahun lepas la..

Daulat Tuanku

Pembangunan di Kelantan

Pasar Besar Siti Aishah Jelawat
Perjalanan bermula jam 11am, tiba di Terengganu jam 3pm.

Posing

UNISZA

Sotong masak tepung

Pasar Payang

Suasana Pasar Payang

Gerai-gerai di Pasar Payang

Family jauh yang dah tak kenal

Suasana di luar Pasar Payang

Posing di kedai makcik ex-ofismate

Bangunan apa nama aku tak tahu

Berduyun orang datang woo

Fridge Magnet, key chain dan cenderahati macam-macam

Berposing di tengah panas

Group Triton pun datang jugak, siap tunjuk skill lagi kat tengah2 tu

Keropok Leko Losong

Order jangan tak order
Selesai beli barang semua, kami bertolak balik. Sekali lagi ikut Waze, dia bawak pergi jalan lain bukan jalan tepi laut. Mujur la kereta kecik lagi jimat minyak, kalau tak memang terkandas la sebab tak isi minyak siap-siap konon ingat boleh jumpa RnR tengah jalan. Selamat tiba di KL pada malam tu jugak.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...