Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah (Mei 2013)

Asyik terbang ler pulak aku. Bulan lepas baru jer terbang ke Kuching, kali ni ke Sabah pulak. Terasa macam naik kapal terbang ni macam naik bas ler pulak. Cumanya kali ni daytrip jer sebab semata-mata nak hantar dokumen tender syarikat.

Gate P10 ke Kota Kinabalu
Masuk flight jam 6.15am, pagi tu dah hampir-hampir terlewat. Aku sememangnya perlu berterima kasih kepada isteri aku kerana teman hantar aku naik kereta pagi tu dan bawak balik kereta, kalau naik bas memang dah kena tinggal la aku dan memang kena tiauw la dengan bos.

Terminal 2, Kota Kinabalu Sabah
Dalam flight memang aku tido ler. 9.15am sampai.

Welcome to Sabah

Terminal 2 Airport Lobi
Airport kat Sabah ni lebih kurang macam kat Sarawak hari tu. Nampak tak ada booth gerai sebelah kanan gambar atas ni, makcik tu jual kek lapis Sarawak tu. Padahal aku kat Sabah. Harga memang mahal sikit la. Mungkin ada jugak kebenaran apa yang orang war-warkan tu.

Naik MyVi rakan sekerja cawangan Sabah

Destinasi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pembangunan di KK

Dah sampai kat UMS

Lobi UMS

Pemandangan dari tempat jejambat UMS

Lobi UMS tapi kat tempat lain (banyak betul tempat lobi)

Hiasan di lobi

Peti penghantaran dokumen tender
Lepas je hantar dokumen tender tu, terasa lega dah. Boleh la jalan-jalan kejap, member pun bawak la pusing area situ kejap.

Tune Hotel KK berdekatan dengan UMS
Dah makan minum semua siap, kena berkejar ke airport balik sebab kat KK tu pun jalan jem woo!

Jabatan Kastam DiRaja Sabah

Shopping Complex di KK

Singgah kejap di Persatuan Penjual Ikan Masin
Kali terakhir aku datang Sabah, aku beli ikan bilis sekilo. Tak sampai RM40, berkualiti pulak tu. Member pulak ada kawan bukak gerai tu, slash harga RM15 lagi. Memang untung woo..

Pukul 1pm, masa untuk check in

Sempat lagi beli fridge magnet

Boleh tahan jugak harga fridge magnet ni

Slip lawatan sosial
Slip kat atas ni kena simpan elok-elok jangan kasi hilang sebab kena pulangkan balik slip ni kalau nak lepas imigresen. Aku tak check pulak kalau hilang slip ni apa hukumannya. Aku sampai balik kat rumah dah malam dah pun. Aku berharap dah tak perlu datang ke Sabah ni lagi tapi citer tu aku sambung kemudian la ek..adios..

You Might Also Like

1 komen