Isnin, 30 Disember 2013

Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah (Mei 2013)

Asyik terbang ler pulak aku. Bulan lepas baru jer terbang ke Kuching, kali ni ke Sabah pulak. Terasa macam naik kapal terbang ni macam naik bas ler pulak. Cumanya kali ni daytrip jer sebab semata-mata nak hantar dokumen tender syarikat.

Gate P10 ke Kota Kinabalu
Masuk flight jam 6.15am, pagi tu dah hampir-hampir terlewat. Aku sememangnya perlu berterima kasih kepada isteri aku kerana teman hantar aku naik kereta pagi tu dan bawak balik kereta, kalau naik bas memang dah kena tinggal la aku dan memang kena tiauw la dengan bos.

Terminal 2, Kota Kinabalu Sabah
Dalam flight memang aku tido ler. 9.15am sampai.

Welcome to Sabah

Terminal 2 Airport Lobi
Airport kat Sabah ni lebih kurang macam kat Sarawak hari tu. Nampak tak ada booth gerai sebelah kanan gambar atas ni, makcik tu jual kek lapis Sarawak tu. Padahal aku kat Sabah. Harga memang mahal sikit la. Mungkin ada jugak kebenaran apa yang orang war-warkan tu.

Naik MyVi rakan sekerja cawangan Sabah

Destinasi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pembangunan di KK

Dah sampai kat UMS

Lobi UMS

Pemandangan dari tempat jejambat UMS

Lobi UMS tapi kat tempat lain (banyak betul tempat lobi)

Hiasan di lobi

Peti penghantaran dokumen tender
Lepas je hantar dokumen tender tu, terasa lega dah. Boleh la jalan-jalan kejap, member pun bawak la pusing area situ kejap.

Tune Hotel KK berdekatan dengan UMS
Dah makan minum semua siap, kena berkejar ke airport balik sebab kat KK tu pun jalan jem woo!

Jabatan Kastam DiRaja Sabah

Shopping Complex di KK

Singgah kejap di Persatuan Penjual Ikan Masin
Kali terakhir aku datang Sabah, aku beli ikan bilis sekilo. Tak sampai RM40, berkualiti pulak tu. Member pulak ada kawan bukak gerai tu, slash harga RM15 lagi. Memang untung woo..

Pukul 1pm, masa untuk check in

Sempat lagi beli fridge magnet

Boleh tahan jugak harga fridge magnet ni

Slip lawatan sosial
Slip kat atas ni kena simpan elok-elok jangan kasi hilang sebab kena pulangkan balik slip ni kalau nak lepas imigresen. Aku tak check pulak kalau hilang slip ni apa hukumannya. Aku sampai balik kat rumah dah malam dah pun. Aku berharap dah tak perlu datang ke Sabah ni lagi tapi citer tu aku sambung kemudian la ek..adios..


Selasa, 24 Disember 2013

Terbang ke Kuching Sarawak (Mei 2013)

Dua minggu selepas pulang daripada Taiwan, aku terbang lagi tapi kali ni dengan famili. Itu yang lagi best sebenarnya. Percutian kali ni dirancang pada bulan Mac lagi bersempena dengan Promo AirAsia waktu tu.

Sebenarnya tujuan ke Sarawak ni sebab aku ada sorang kawan daripada Sri Aman Sarawak, member ni sebaya arwah bapa aku jadi memang kitorang zaman belajar kat UiTM dulu duduk rumah sewa sekali dan selalu keluar berjalan sana sini dengan dia. Sebab keduanya memang aku tak pernah jejak kaki kat Sarawak ni, jadinya mesti kena pergi jugak la. Kononnya nak jumpa dia kat Kuching pastu jalan-jalan kat kampung dia di Sri Aman tetapi member ni pulak outstation ke Limbang time tu. Tak sempat jugak nak jumpa. Apa pun, mujur plan B ada so perjalanan tetap diteruskan jugaklah.

Bergambar selfie dengan anak aku

Mesti bawak stroller woo..kalau tak naya woo!

Kapal terbang AirAsia

Pemandangan dari atas awan

Dah mula dah anak aku tak nak duduk diam

Takde keje nak buat dalam flight, main dengan anak jer lah


Dah sampai dah Airport Kuching

Cari teksi
Memandangkan Plan A iaitu nak jumpa kawan aku tak jadi, Plan B adalah nak jumpa dengan kawan arwah Bapa aku yang juga kenalan daripada zaman aku kecik lagi. Dia siap book hotel lagi untuk kitorang tinggal. Memang murah hati betul, semoga bisnes Uncle bertambah maju..chewah..

Harbour View Hotel

Bestnya si Arshad baring merasmikan katil King size

Pemandangan Bandar Kuching daripada luar tingkap hotel
Malamnya tu jalan-jalan sekitar hotel nak cari makan, ternampak Hotel yang kitorang dah tempah untuk 2 malam seterusnya. Rupanya dekat je hotel tu dengan hotel yang kitorang tinggal.

Tune Hotel Kuching

Gambar snapshot esok paginya

Bangunan Harbour View Hotel Kuching

Gambar selfie lagi sambil susukan anak

Breakfast Sarawak tak jumpa..hentam Breakfast Inggeris kekonon 

Keluar bersama keluarga kakak Ipar

Restoran Tok Janggut

Sedapnya Arshad tido dipeluk mak angkatnya

Check-in Tune Hotel pulak

Arshad merasmikan katil queen (downgrade) size Tune Hotel

AirCond dapat 24 jam jer

Pintu bilik air pun jadi iklan

Top Spot Food Court..kalau takde orang bawak ni memang sesat

Makan malam time
Keesokan harinya kitorang pinjam kereta dan pergi ke Kampung Budaya Sarawak. Boleh tahan jauhnya, setengah jam ada kut driving.

Kampung Budaya Sarawak

Tiket berharga RM60 tapi aku beli kat kaunter kat lobi TuneHotel tu dapat diskaun sikit.

Besar jugak tempat ni

On the way nak pergi tengok show ni

Sebelum show start, posing gambar dulu

Show pun bermula..sangat menarik

Menari-nari

Habis dah show

Arshad kepanasan tapi selfie tetap kena amik jugak

Jambatan buluh

Rumah contoh

Rumah Bidayuh

Rumah Iban..papan tanda jer la..

Arshad dah ngantuk sangat..panas-panas pun boleh tido

Rumah Penan..papan tanda lagi

Rumah Melanau..memang tinggi giler

Dari atas Rumah Melanau..nampak tak stroller selambe je tinggal kat bawah

Dalam rumah Melayu..Arshad main rangkak-rangkak..

Rumah Cina..berhabuk tak ingat, panas pulak tuh..

Habis dah tour..

Dekat dengan laut tempat ni

Kenyalang replika

Makan malam..Mi Kolok!!

Kek Lapis jadi kewajipan untuk tapau bawak balik

Shopping Kompleks The Spring..macam-macam ada

Food Court seberang Sungai

Tak naik bot pun sebab dah ada kereta..haha

Ikan terubuk masin

Macam-macam nama kek lapis ni. Neelofa pun ada.

Chocolate Cheese

Nak balik dah

Barang-barang kargo..

Selfie di airport

Group Family Photo
Percutian ke Sarawak ni memang menarik. Next trip nak ke mana pulak ye?

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...