Rabu, 27 November 2013

Terbang ke Taipei Taiwan (April 2013)

Kali terakhir aku pergi ke luar negara adalah pada awal tahun 2011, tu pun sebab dapat tiket penerbangan hasil ikhsan daripada sepupu. 2 tahun kemudian, tahun ni 2013 baru la aku dapat peluang ke luar negara pulak, siap dah expired dah aku punya passport antarabangsa.

Akhirnya pada 23 April 2013, dibiayai oleh partner kepada syarikat tempat aku bekerja aku telah dibawa bersama secara berkumpulan ke Taiwan untuk menghadiri satu exhibition berkaitan dengan dunia teknologi sekuriti. Aku keluar seawal 5.30 pagi untuk ke KL Sentral sebelum naik tren ERL ke KLIA. Memang laju tren tu, aku siap sempat bukak Waze dalam tren tu dia tulis 150km/h! Tapi aku naik Mini Cooper ada sorang rakan sepejabat aku lagi laju dia bawak, dah nak cecah 200km/h kat NPE highway pulak tu, Scary Weh!!!

So aku naik flight pukul 9am, penerbangan memakan masa 5 jam. Mujur ada makan dalam flight tu kalau tak kebulur aku. Sampai di Taiwan airport jam 2pm lebih. Dari airport Taiwan ke bandar Taipei tempat hotel kitorang akan menginap ambil masa sejam nak sampai. Pukul 4pm lebih tiba di hotel, check-in semua kemaskan beg semua siap, dah petang dah. Pukul 6pm dah gelap dah pun. Tido..


Bandaraya Taipei Taiwan

Hotel tempat kami menginap

Teksi Taiwan. Satu habuk apa dia tulis tak paham kecuali nombor..

7 Eleven..bersepah kat sana..selain daripada 7E lagi banyak..

Hari ke-2 selepas menghadiri exhibition yang tempat dia besar tak ingat tu, kitorang pun ambik kesempatan untuk keluar berjalan-jalan. 5 orang gerak naik sebuah teksi, terpaksa berhimpit-himpit kejap..haha

Aiseyman..kedai apakah ini??

Guanghua Digital Plaza..kira Low Yatt Plaza la kalau kat Malaysia

Ni aku boleh baca..tengok..Guanghua Digital Plaza

Tengok..ada macam Low Yatt punya kedai tak? Tapi aku tengok macam Imbi jer lebih..

Cam biasalah, kedai jual barang-barang elektronik

Tapi Guanghua ni langsung tak semeriah macam kat Low Yatt Plaza. Barang-barang pun tak sebanyak Low Yatt. Daripada nak beli barang kat Guanghua ni, pergi Low Yatt lagi puas hati wooo...

Kitorang lepas tu pergi tempat lain pulak, cari Taiwan punya night market.

Singgah kedai senjata api soft gun. Macam real wooo!!

Senjata api soft gun..berat boleh tahan jugak woo

Dah sampai night market

Kawan ofis aku beli paying bentuk helmet ni. Unik woo..

Posing di Taiwan night market area

Tak tahu nak beli apa, bedal seketul powerbank jenama Yoobao. Pakai 3-4 bulan, dah jahanam..yapa daaa..

Ni night market kat..apa ntah nama tempat ni..tapi memang menarik dan cukup bersih. 
Aku nak buang sampah pun cari tong sampah tak jumpa. Nak buang merata-rata tak boleh la dah ni tempat orang lagi pun takkanlah aku nak jadi orang tak bertamadun pulak kan?

Ni air anggur aku beli kat penjaja air yang aku beli guna bahasa isyarat. Perghh..terbaik rasa dia..takde jumpa kat Malaysia wooo...

Apa ni? telur katak? Macam2 bau ada siut..
Alamak..mana aku nak pergi ni? Tulisan satu habuk tak reti nak baca..

Berposing dengan barang dah beli

Ni la member yang beli payung tadi. Memang sempoi mamat ni..(apa pasal tiba-tiba aku promote mamat ni pulak..haha)

Berlatih menembak kejap...cukup bergaya tak aku?

Ni tempat kegemaran pelancong, Shilin Market..

Direct translation..muahahaha..

Dalam Shilin Market

Serangga elektronik, RM10 seketul..rugi lak tak beli satu..haha..

Aiseyman..apakah ini???

Aiskrim???? Besar betul!!

WiFi free..tapi kena register daa..

Haa..baru jumpa tong sampah..kat hujung jalan pasar tu rupanya..

Dekat tengah malam jugak la kitorang merayau-rayau sekitar Taipei. Mujur la dalam geng ada Chinese 2 orang, kalau tak memang satu habuk nak cakap apa pun tak tahu.

Hari ke-3 dah, last day untuk berjalan-jalan di Taipei.

Tempat exhibition..

Kat Taipei ni bersepah Mr. Brown Coffee ni. Starbucks macam aku tak nampak la pulak..
Aku saja-saja la masukkan bisnes kad aku dalam lucky draw..sekali tu kena siut..Wuhuuu!!

Amoi Taiwan temuramah aku sebelum dapat hadiah

Mentang-mentang bini tak ikut..Wakaka..
Berposing di atas bangunan tempat exhibition nak tengok hadiah apa dapat tadi..

Infinova IP Dome Camera (jenama CCTV yang aku tak pernah dengar pun). **Jadi hiasan jer IP Dome Camera ni kat rumah aku dalam bilik store..hahaha..

Petang tu hujan pulak. Menuju ke Taipei 101.

Taipei 101
Posing itu penting..

Memang tinggi sampai tembus awan woo...

Macam dalam Time Square kat KL tapi ni Taipei 101 ok?

Jalan nak masuk tempat Taipei 101 tower

Kaunter tiket

RM45 harga tiket untuk sorang naik ke atas. Thank you boss sebab belanja!

Lif berkelajuan 1km sesaat. Memang laju siut..

Mr Damper Taipei 101

Pemandangan daripada atas Taipei 101. Dah malam nampak lampu jer la..dah ler hujan..
Posing jangan tak posing

Mr Damper

Mr Damper dengan damper yang betul2 kat belakang ni.
Aku mula-mula tak tahu, rupanya damper ni diperlukan untuk bangunan-bangunan tinggi ni untuk menjamin kestabilan struktur bangunan. Nak tahu teori damper ni kena tanya orang yang belajar Civil Engineering lah. Aku belajar Automotif dulu so aku tak tahu sangat benda alah ni.


Boss aku sebelah kanan tu..

Akhirnya jumpa jugak kedai makanan halal

Yunus Halal Restaurant Taipei Taiwan

Macam makan kat kedai Tom Yam kat KL. Tapi sedap siut Tom Yam dia...macam pergi Phuket hari tu pulak..

Sempat pulak owner kedai ni senyum time aku curi-curi nak ambik gambar kaunter ni. Nama dia Yunus.

Memang kenyang giler makan di hari terakhir di Taipei. Terima kasih kepada bos yang belanja makan. Semoga bos panjang umur.

Berkemas nak balik Malaysia

Begitulah serba sedikit pengalaman aku berkunjung ke Taipei, Taiwan. Kalau ada rezeki lagi aku datang sana.

Kalau nak tengok full album gambar aku ambik kat sana, silalah berkunjung ke galeri FB aku menggunakan link di bawah:

Taipei Visit April 2013 (Day 1)
Taipei Visit April 2013 (Day 2)
Taipei Visit April 2013 (Day 3)

Sekian..

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...