Rabu, 14 Ogos 2013

Lawatan Sehari ke LIMA Langkawi 2013 (Mac 2013)

Sebelum aku update kisah aku pergi ke LIMA Langkawi 2013, aku update dulu pasal benda lain. Memandangkan aku kini bergelar pelajar mahasiswa di OUM, aku telah pun mendapat Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). Ambil masa jugak aku nak belanja baucher ni sebab aku tahu bila aku beli buku pun, bukannya aku sempat nak baca. Masa aku banyak habis ke benda lain yang sepatutnya aku 'membaca'. Apa pun, bila orang dah memberi, kita seharusnya menerima dengan tangan yang terbuka. Betul tak?

BB1M Aku (3/3/2013)

Bergaya di dalam Mercedes S Class milik big bos (5/3/2013)
Saja jer nak berposing sikit dalam kereta Mercedes big bos aku. Bukannya senang aku nak dapat jumpa big bos apatah lagi nak dapat naik kereta dia. Aku tak buat apa pun sebenarnya, cuma ikut dan jadi pak pacak jer jumpa potential client. Tapi aku takde la ikut saja-saja jer makan angin, ada la info-info yang penting aku kumpulkan untuk buat kerja, tu pun tak berapa nak menjadi pun kerjanya..hahaha..Cuma aku nak story la bila duduk dalam kereta Mercedes tu, rasa macam best jer, takde rasa macam naik kereta Proton ataupun Toyota pun, dia punya feel tu lain macam, langsung takde rasa bosan atau letih walaupun duduk dalam trafik jem. Patutlah kalau bos-bos ni suka naik kereta-kereta mewah dan mahal ni, feel dia lain wooo..

Okaylah, cukup-cukup la tu bermegah-megah. Tapi nak megah pun bukannya harta aku pun..kuikuikui..Jadinya pada 28/3/2013, aku telah pun terpilih untuk mengikuti seorang bos aku ke LIMA Langkawi 2013. Sebelum ni aku tak pernah pun pergi LIMA ni, jadinya bila dah ada peluang, wajibul ghunnah la aku terima dengan hati yang girang. Pergi pulak tu bukannya naik bas, kereta atau feri, naik flight tu wehh...walaupun cuma AirAsia tapi still terbang la jugak kan? Menariknya lagi, pergi balik hari jer pun, tak perlu bermalam bagai.

Boarding Pass AirAsia KL - Langkawi

Naik kapal terbang AirAsia

Pulau apa ntah sebelum sampai Pulau Langkawi

Dah nak sampai Airport Langkawi

Sampai sudah di Airport Langkawi

Kapal terbang bersepah kat Airport Langkawi

Kapal Terbang AirAsia aku naik tadi

Pintu masuk ke check-in kaunter Airport Langkawi

Ruang Legar Langkawi Airport

Berjalan kaki ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC)

Pintu masuk utama MIEC

Tempat pendaftaran di MIEC untuk LIMA 2013

Salah sebuah syarikat yang menyertai exhibition

Tapak-tapak dalam exhibition centre

Kapal terbang prototaip kut

Jet pesawat untuk pelawat tengok-tengok

Helicopter

Pintu masuk MIEC

Booth THALES: Besar-besar kontrak diorang ni

Mobile Command Vehicle

National Aerospace & Defense Industries: Industry yang sangat lumayan.

KPT pun join jugak

Sapura punya Command Centre Booth

Advanced Air Traffic Systems punya booth

SAAB bukannya setakat kereta jer, jet pesawat tempur pun ada jugak

SAAB guna Alienware laptop tuh..

Macam pernah dengar Sukhoi ni..bukan ada kapal terbang diorang langgar gunung ke tak lama dulu?

Bell Helicopter punya spec

Berkilat lagi helikopter ni

Airbus punya booth

Tourism Malaysia pun ada

Terserempat dengan rakan kenalan sejak umur 6 tahun. Kampeni dia bukak booth.

Dept of Civil Aviation

Jenjalan kat luar pulak tengok jet
Sampai kat Langkawi waktu tu pukul 2pm, kebetulan pulak diorang tengah buat persembahan udara jadinya tak dapat tengok time tu. Dah la terpaksa berlegar kat atas udara tu sebab show tu punya pasal. Kat luar kawasan exhibition tu memang bising betul dia punya enjin jet tu, mau pekak telinga aku kalau hari-hari dengar bising jet tu. Air minuman nak beli untuk minum sebab haus waktu tu harga dia 3 kali ganda mahal woo..

Apa pun, lawatan tu memang menarik dan aku sempat lagi borong sikit coklat Hershey's kat Airport Langkawi tu. Memang murah siut..

Kalau ada rezeki lagi, memang aku nak pergi ke Langkawi untuk bercuti pulak..mesti lagi best!!

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...